Tuesday, March 16, 2010

keteMu budiMaN

Petang semalam saya bersama SK ke Sentul kerana ada sedikit urusan di Perodua. Kami bertemu dengan seorang pegawai jualan di situ dan bersembang sementara menantikan urusan kami selesai. Rupa-rupanya beliau juga seorang rakan budiMaN iaitu bekas pelajar UitM Kuantan. Beliau merupakan pelajar diA batch Jan 87. Nama beliau ialah Kamarudin Ramli atau dikenali sebagai KR. Beliau kini ialah pegawai jualan di Perodua Sentul. Selain dari kereta-kereta Perodua beliau juga mengambil tempahan untuk kereta-kereta jenis yang lain seperti Proton, Honda, Naza dan lain-lain lagi. Beliau juga mempunyai blog jualan kereta iaitu di http://sembangkereta.blogspot.com. Kepada rakan-rakan budiMaN yang ingin menempah kereta, saya boleh syorkan dengan KR kerana perkhidmatannya baik dan boleh runding. Beliau turut bercerita kepada saya tentang Asrama Bahaman, Cikgu Harun, Puan Rozainun dll lagi. Batch beliau katanya ramai juga yang berjaya dan antaranya ada yang menjadi Pengarah di Khazanah Holdings, CEO dan sebagainya. Tapi beliau kata ada juga yang masih tidak bernasib baik.

No comments: