Tuesday, April 06, 2010

kUaNtaN vS kL

Semalam Antu dpA ada menelefon saya memberitahu bahawa pada hari Rabu 7hb April ini akan di adakan perlawanan golf antara budiMaN Kuantan dan KL. Beliau telah pun memaklumkan perkara ini kepada kedua-dua pemain pasukan. Perlawanan golf persahabatan budiMaN ini insyaallah akan di adakan di Kelab Golf Kinrara, Kuala Lumpur bermula sekitar jam 2-30 petang. Joe Malady adalah Kapten pasukan Kuantan dan Mat Taib akan bertindak sebagai Pembantu Kapten. Team Kuala Lumpur pula mungkin akan melantik Anuar Mangkuk sebagai Kapten dengan di bantu oleh Charlie atau pun Pungkah atau Mat Rock... mana2 la yang boleh. Kepada budiMaN yang hendak menyertai acara bergelak sakan bergolfing ini bolehlah menghubungi Antu @ Amy Jarr di 012-9860005. Lepas golf macam biasa ada acara teh tarik sampai dinihari dan balik terus sembahyang Subuh, insyaallah. Tengok lah pengajur tahun ini buat macam mana...biasa-biasa kalau Antu menganjur, macam tu lah...hehe.

1 comment:

LaN kidA said...

Salam,
Antu sebagai Setiausaha Team Kuantan bersama Mat Taib, Assistant Team Captain telah menelefon saya sebentar tadi mengesahkan sebanyak lebihkurang 2-3 flight telah mengesahkan penyertaan. Team Kuantan akan bertolak dari Kuantan kira-kira jam 9-00 pagi esok dan akan terus ke Kinrara Golf Club untuk makan tengahari dan terus persiapan untuk pertandingan golf nanti.

Semua peserta nampak begitu bersemangat dan Team KL dengan Captain Anuar Mangkuk, Charlie, Hanif, Mat Rock dll akan cuba membuat yang terbaik demi maruah Team KL.

Kepada rodong budiMaN lain yang ingin menyertai, peluang masih terbuka lagi sehingga tengahari esok dan sila kontek Antu untuk sahkan penyertaan.