Thursday, April 15, 2010

beRitA

1. Che Dat @ Sidi dpA yang baru bertukar ke Pejabat Belia dan Sukan Muar kerana kenaikan pangkat kini berada di Hulu Selangor dan akan terus berada di sana sehingga pilihanraya kecil pada 25hb April nanti.

2. Emak kepada Normazidah dbS batch Julai 85 yang tinggal di Kampung Sekara, Chenor bersama seorang anaknya telah di rompak di rumahnya beberapa hari yang lalu. Mujurlah tiada kecederaan apa-apa yang di alami cuma kehilangan wangtunai dan sedikit barangan berharga. Berita berkaitan telah tersiar di Sinar Harian edisi Pahang. Banyak kes rompakan berlaku di sekitar Chenor baru-baru ini dan tumpuan perompak ialah kepada mangsa yang tinggal bersendirian atau berdua dengan anak sahaja. Saya berasa amat bimbang mendengarkan berita sebegini tambahan pula kedua orang tua saya tinggal berdua sahaja di rumah yang agak terpencil juga di Temerloh. Saya doakan semoga Allah swt sentiasa memelihara keselamatan mereka berdua, Amin.

3. Semalam juga seorang AJK ReunioN UitM Pahang ada menelefon saya bertanyakan respon rakan budiMaN setakat ini terhadap ReunioN yang bakal di adakan nanti pada 29hb Mei 2010. Saya beritahu beliau respon agak menyedihkan tetapi saya percaya insyaallah di saat-saat akhir nanti mungkin ada yang akan menyatakan kehadiran. Beliau juga beritahu saya respon dari batch Jan 85 juga tidak begitu menggalakkan. Walau apa pun saya masih percaya bahawa dengan usaha keras AJK nanti, insyaallah ReunioN itu nanti akan menjadi kenyataan.

2 comments:

hairie @ zm said...

Macam tak percaya lak Che Dat kat Muar. Biar betul. Kat mana ek Che Dat tinggal.

LaN kidA said...

ZM...awok call la dia 013-6843639. Dia bujang kat Muar tu.