Saturday, August 15, 2009

h1N1

Gejala penyakit H1N1 kini semakin membimbangkan dan sudah sampai ke tahap kritikal di negara kita. Banyak institusi, sekolah telah di tutup bagi membendung merebaknya penyakit ini. Di ketika ini Malaysia telah menjadi negara ke 3 di rantau Asia Pasific yang mempunyai kematian paling tinggi selepas Australia dan Thailand. Sehingga ini, sudah ada 51 kematian akibat H1N1 dan pola kematian yang paling tinggi adalah dari bangsa Melayu. WHO pula meramalkan penduduk Malaysia seramai 500,000 orang akan dihidapi penyakit ini dan jumlah kematian boleh mencecah sehingga 28,000 orang. Satu jumlah yang sangat-sangat membimbangkan. Langkah-langkah yang lebih serius sewajarnya di lakukan oleh kerajaan dalam membendung gejala ini selain kesedaran orangramai sendiri untuk sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan. Adakah ini satu lagi bala yang diturunkan kepada kita semua akibat keangkuhan dan kedegilan manusia yang tidak pernah ingin memperjuangkan syariatNya? Sesungguhnya setiap kerosakan di muka bumi ini adalah berpunca dari kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Semoga budiMaN semua di lindungiNya dan seluruh ahli keluarga budiMaN sentiasa dalam sihat sejahtera. Amin.

4 comments:

lan kida said...

Salam,
Sehingga petang tadi sudah ada 62 kematian akibat H1N1 di negara kita.

wani said...

kawan saya yg kerja kat kilang Jepun dan terlibat dalam menangani H1N1 di kilangnya kata, langkah terbaik dalam mengawal H1N1 bukan saja dengan memakai topeng muka di tempat awam(janganlah kat meja kerjapun kita pakai topeng muka), ialah dengan membasuh tangan dengan sabun setiap kali kita menyentuh barang di tempat awam contohnya lif (berapa orang dah picit itu butang tutup dan buka pintu lif), memegang rel tanggan, meletakkan tangan di escalator. semua tempat2 tu entah2 sudah terkena bersin atau air liur pesakit H1N1.

Penggunaan topeng muka hanyalah perlu jika kita berada dalam jarak 2 meter dari pesakit. Jadi, kalau dalam lif, memang perlulah, sebab jarak kita pun kadang2 mencecah 0.2m.

kawan saya tu akan mengarahkan kakitangan dia utk memeriksa suhu badan setiap pelawat ke kilang mereka. bagi yang mencecah suhu melebihi 37C, tak dibenarkan masuk.

kudeng said...

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau dah this pandemic transmits through air, pakai topeng camane skalipun memang tetap kena gak. Every house is a sitting duck. Hanya Allah SWT saja yang dapat lindungi kita dan keluarga kita.

Ana duk amal baca manzil lepas subuh ngan lepas maghrib. Lepas tu amal doa Abu Darda r.a. tiap2 lepas subuh. Tapi kena yakin dengan perlindungan Allah SWT. Insyallah selamat.

Wallahua'lam.

wani said...

tu la, wani memang amal baca ma'thurat dan ada terdengar antara doa tolajk penyakit berjangkit ialah.... eh rupa-rupanya antara doa dalam ma'thurat

ni dia utk statistic terkini updated every 4 minutes

http://www.flucount.org/