Semenjak artikel nikah siam tempohari keluar kat blog ni dah ada 7-8 orang dah mintak panduan dari gua camne nak nikah kat Siam. Ada yang call sendiri, ada yang sms dan ada yang e-mail. Ada lelaki dan ada perempuan yang call. Dari gaya mereka semuanya nampaknya macam betul-betul serius dan mengharapkan gua bagi panduan. Rupa-rupanya ramai yang berhajat sungguh nak mendirikan masjid ni walaupun terpaksa lalu ikut jalan belakang. Kasihan jugak dengan dia orang tu sebab kebanyakan yang berhajat tu selalunya terpaksa memendam hasrat dan sendiri-sendiri cari jalan. Nak bersuara terang-terang takut pulak nanti pecah lobang dan di ketahui isteri tua. Susah-susah...nak kahwin pun susah..tak kahwin pun susah. Camne?
Thursday, August 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments:
Herannya manusia ni malu pada benda yang halal dan tak malu pada tuhan pada benda yang haram.
Contohnya seorang lelaki malu untuk jalan berpegang tangan dengan isteri tapi tak malu untuk jalan berpegang tangan dengan awek.
Kita takut untuk berkahsin satu lagi kerana akan diserang, sedangkan perkara tu adalah sifat tabii manusia. cuma kalau dah pandai kahwin dua tu, pandai2lah jaga diri agar tak terjebak ke neraka lak. KEna jaga hati isteri pertama dan jaga kebajikan iseri kedua. Ni tidak, dah kahwin 2 tu langsung tak jenguk bini no 1. Makan ka, bil bayar ke dak, anak boleh gi sekolah ke. Agaknya kalau isteri pertama bengang, dia buka tudung, siapa agaknya yang akan dia seret masuk neraka? worst kalau isteri pertama tu kena tangkap basah, siapa agaknya yg tanggung dosa bersama?
Masa lom kahwin, 'tak... i takkan buat macam tu. i ni jenis baik tau!' Bila bini no 2 goda, tak ingat apa dah. Dosa tu kemudian, nanti I jawab kat Allah kat akhirat nanti. Allah segan dengan I. Mesti Allah terima punyalah alasan I.
Wani, yang bestnya ramai yang call tu semuanya pompuan...hai mana pi boyfren dia orang ni...pompuan jer serius nak nikah...banyak yang jantan tu nak buat main-main jer...tapi dah terjebak..nak buek camno..tanggung jo la.
Wani, yang bestnya ramai yang call tu semuanya pompuan...hai mana pi boyfren dia orang ni...pompuan jer serius nak nikah...banyak yang jantan tu nak buat main-main jer...tapi dah terjebak..nak buek camno..tanggung jo la.
Brothers,
KPI kan ada. Kelab Poligami Ikhwan..
Tarbiah bro,, tarbiah..
Semoga ramadhan yang mendatang mambuka pintu syurga untuk para suami dan isteri-isteri.. Payung Emas beb..
(dari http://nikah-thailand.blogspot.com kos RM1800 - imam diiktiraf kedutaan/konsul malaysia dan dokumen pengesahan dari konsul malaysia)
Salam
Saya Hj Din rakyat Malaysia yang bermastautin di Thailand terlibat dalam industri eksport.
Selama saya di Thailand saya lihat banyak pasangan Malaysia tertipu kerana bayaran nikah yang terlalu mahal sehingga ribuan Ringgit dan implikasi daripada perkara tersebut mereka melewatkan laporan ke pejabat agama dan daftar nikah di Malaysia kerana denda dikenakan.
Banyak pasangan kahwin ke Thailand tidak bahagia tetapi banyak juga kahwin di Malaysia tidak bahagia. Hakikatnya tiada siapa dapat membaca masa depan.
Antara sebab utama dilangsungkan perkahwinan di Thailand:
1- Tidak mendapat restu keluarga
2-Tidak mendapat restu isteri pertama
3-Talak Tiga ( kahwin semula)
Apa pilihan yang ada?
Haruskah dibiarkan pasangan muda berzina dan membuang anak? Haruskah pasangan 30-an, 40-an berzina dengan dosa yang sangat besar hanya kerana tidak mendapat restu isteri pertama?
Haruskah rumahtangga diruntuhkan terus kerana terlepas talak tiga-dan bagaimana kalau tiada orang baik membuat kerja ini - bagaimana nasib wanita yang menjaga kemualiaan dirinya berpuluh tahun terpaksa bernikah sementara dengan manusia yang kotor?
Semua ini adalah realiti yang saya lihat sehari-hari dan kerana itu saya ingin memulakan blog ini.
Sila email saya untuk maklumat lanjut. Saya percaya bahawa mereka yang bersusah payah untuk berkahwin kerana mereka ada sedikit iman di hati mereka. Berzina lebih mudah.
(Setiap perkahwinan akan dilaporkan ke konsul Malaysia di Songkhla secara rasmi untuk menjamin kebajikan semua pihak)
Untuk makluman lanjut email saya din.shamsul31@gmail.com
Posted by Hj Din at 2:48 AM 2 comments
insyaallah nikah kahwin yg dibuat melalui betong ini adalah sah & cukup dr hukum syarak. kadi & ahli majlis di pejabat agama sendiri akan memastikan segala syarat & rukun dipatuhi sblm memulakan proses akad tersebut.
kerana itu lah akad nikah di buat di dalam pejabat majlis agama wilayah yala cawangan betong, bkn di bawah pokok, atau dlm rmh kadi yg tidak ditauliahkn seperti nikah sindiket yg lain.
hati2 dgn pihak yg menawarkn khidmat nikah yg diragui. ramai yg menjanjikan mcm2 termasuk jaminan tetapi adakah mereka sanggup bertanggungjwb? berwaspada juga dgn agen2 nikah yg menawarkan kos sehingga mencecah beribu2 ringgit.
di betong nnti segalanya akan diuruskn oleh sy & naib kadi di pejabat majlis agama wilayah yala dr membuat temujanji dgn kadi, bawa pasangan ke sana & sehinggalah proses mengeluarkan dokumen2 yg berkaitan.
setiap pasangan yg bernikah boleh berkenalan dgn kadi2 yg ditauliahkan dlm wilayah yala (ada 30 org kadi di wilayah yala yg dilantik setiap 6thn, 2 drpdnya telah meninggal dunia).
alhamdulillah setakat ini byk pasangan yg sy bawa telah berjaya mendaftarkan pernikahan mereka tanpa sebarang masalah. ada juga yg mahu merahsiakan pernikahan mereka atas sebab2 tertentu.
kpd yg memerlukan khidmat sy bole la menghubungi sy melalui email elmyda@gmail.com atau call sy di no 0175955633 (helmi). sy akan memberikan segala butir dgn lebih terperinci.
lebih elok di jelaskan segala keraguan sblm nk ke sana. kpd yg berminat sebaik2nya buatlah solat istikarah & berdoa semoga diberi petunjuk olehNya.
Post a Comment