Sunday, August 09, 2009

jeM giLeR

Jumaat lepas sewaktu pulang dari Port Dickson, laluan lebuhraya PLUS sesak dengan kenderaan yang kebanyakan menghala ke selatan. Perjalanan yang biasanya mengambil masa 40 minit dari PD ke Kuala Lumpur menjadi hampir 2 jam. Rakan saya yang membawa kereta kata kalaulah petrol harga RM10 seliter tentu tak jadi jem giler ni. Dah tentu ramai yang pakai motosikal dan kereta hanya di gunakan untuk balik kampung jer tupun kalau ada budget untuk minyak. Bayangkan nak isi minyak tangki penuh 70 liter jadi RM700, memang tak pakai kereta la. Yang boleh pakai kereta pun Datuk K dengan Siti Nurhaliza jer dan yang sekaya macam mereka. Barulah aman sikit rasanya Kuala Lumpur kalau minyak RM10 seliter ni. Masa tu barulah tengok CEO naik basikal pergi kerja pakai drebar macam iklan kat TV tu. Bagus juga kalau minyak RM10 seliter tapi dengan syarat kerajaan bagi subsidi minyak untuk lori dan kenderaan awam lah, barulah harga tiket bas, teksi dan barangan tak naik, sama macam sekarang. Amacam, ok tak kalau kita suggest kat kerajaan macam tu?

Satu lagi kalau nak suruh orang berhenti hisap rokok, apa kata kerajaan tetapkan harga minima rokok jadi RM200 sebungkus... Gerenti berapa juta orang berhenti hisap rokok! Kalau hisap pun kena tong-tong beli rokok batang yang harganya RM30 sebatang dan kongsi sip 2-3 pam. Amacam?

3 comments:

Anonymous said...

Salam...yo dok KL kalu tak jem bukan le KL namanya..adalah pelik kalu jln setapak tak jem pada hari keja--waktu pagi,...bior pun dah beberapa org menteri tuko
kalu tak nak jem naik PUTRA....tapi sardin....itu kira jem jugak...
Yo......Amid

walid said...

salam.
jln jem ni x yah citer...kat maan2 pun jem skrg ni.pasal rokok?..koi stuju...

p/s mc la koi ni bukan smoker...hehee tp koi stuju..

lan kida said...

Salam Abg Amid n Walid..
Sebab jalan jem lah kita kena naikkan harga minyak supaya orang tak boleh bawak kereta..tak mampu nak isi minyak.

Pergi kerja naik basikal, bas dan lrt jer. Masa tu syarikat bas kat KL ni ada 30 buah...barulah senang. Jualan beca gerenti laku terutama untuk yang anak ramai macam Kudeng. Walid kena beli 2 beca sebab satu dia bawak dan satu lagi Raja boleh bawak.

Kalau kawan nak tumpang beca mintak maaf lah...tolong kayuh boleh!

Motor pun berat jugak nak isi minyak kalau RM10 seliter...sebab nak isi RM3 macam dulu dah jadi RM20. Motor pun rasanya Senior Manager yang gaji RM10 ribu jer boleh pakai. Apataknya..seminggu minyak mahu RM2-300 jugak. Nak tengok CEO jadi Mat Rempit masa tulah... cilok sana..cilok sini...tapi jalanraya aman..sebab takde kereta...nak cilok ke hape...cilok celah-celah basikal dan beca je lah.

Takat ni memang gua setuju bebenor harga minyak dinaikkan jadi RM10 seliter...kalau boleh RM20 pun takpe...senang tak payah fikir nak isi minyak lagi selama2nya...yang perlu fikir camne nak kasi basikal dan beca gua power..sekali kayuh jer...berdesup pergi beb...makan habuk la.