Setelah angau dan cintan habis kat girlfriend dan rasa-rasa mampu nak bernikah lagi satu maka berpakatlah dengan girlfriend tu nak menikah. Malangnya bini nombor satu tak kasi pulak atau nak suarakan kat bini tak berapa berani sebab dah tahu dah jawapannya. Maka langkah seterusnya ialah bernikah senyap-senyap kat Siam.
Cara nak menikah kat Siam ni senang je sebenarnya. Cari jer tukang atur pernikahan kat Siam ni yang berlambak kat sempadan tu tapi kena hati-hati jugak sebab banyak konsultan tipu buat nikah dengan jurunikah tak bertauliah. Bagi geng budiMaN yang rasa-rasa ada hajat..tanya2 lah kat Mizi sebab hari tu dia pun pelawa kalau ada kengkawan nak nikah. Konsultan tipu ni ada yang pernah charge sampai RM13,000 urus nikah ni beb. Betul punya cerita ni.
Dah dapat konsultan nikah tu beritahu dia bila nak pergi nikah. Tetapkan tarikhnya then bertolak la dengan bakal bini ke Bukit Kayu Hitam atau Golok ker...mana-mana la yang senang. Sampai kat sempadan agen nikah ni akan tunggu dan bawa pasangan angau tadi ke Siam. Kena ada passport beb, tidak nanti susah nak daftar. Bawak passport dan bawak Kad Pengenalan.
Agen nikah akan uruskan akad nikah dengan Jurunikah yang bertauliah dan di iktiraf oleh Jabatan Agama Islam Thailand di Songkhla. Saksi akan di sediakan oleh Agen Nikah. Akad nikah ni tak sampai 10 minit dan kalau di buat di Songkhla, boleh terus dapat Sijil Nikah yang sah. Kalau nikah di Narathiwat ker, Golok ker, Danok ker, Satun ker..sijil nikah hanya boleh di buat di Songkhla. Jadi kalau nak cepat, nikahlah kat Songkhla. Tidak mahu kena tunggu seminggu beb.
Lepas nikah, pasangan pengantin baru kena menghadirkan diri di Konsulat Malaysia di Songhkla untuk Surat Pengesahan Konsulat. Jadi kalau nikah kat Narathiwat kena pergi Songkhla jugak beb. Surat ni ambil masa jugak sebab Konsulat sibuk, banyak acara...hehe tapi kalau kengkawan budiMaN punya pasal...setengah jam jer siap..atas padang golf pun Mizi boleh sign. Tidak kena la tunggu 2-3 hari kot sebab banyak permohonan nikah ni... kan Mizi.
Selesai dapat 2 surat tu iaitu Sijil Nikah dari Pejabat Agama Thailand dan Surat Pengesahan dari Konsulat, pengantin pun boleh balik Malaysia. Lepas tu pergi lah pejabat Agama di Malaysia tempat bermastautin atau seperti alamat kad pengenalan dan daftar perkahwinan tersebut. Kena denda tapi tak melebihi RM1,000. Kan senang proses tu...semuanya tu kalau geng budiMaN punya pasal, saya rasa dalam 2 jam siap la semuanya nikah di Thailand.
Lepas tu korang pandai-pandai la jawab dengan bini tua korang kalau rahsia terbongkar. Habis kuat 3-4 bulan jer mengamuk sakan pun...tahan je la...ibarat kerak nasi kata orang tua2...lama2 lembut la beb. Tu pun gua mau ajar jugak ker?

18 comments:
kepada isteri Tua, kanda sayang pada mu. kepada isteri Muda, i say i love u.
Isteri Tua merajuk, balik ke rumah isteri Muda. Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga.
salam.
bawak keter mesti berlesen
baru bole pandu merata
kawin bole sebarang kawin
kena jumpa mizi tuan muda kat sana
ps
jgn mara aaaaa Mizi
bagus bangat la tu...masa susah dengan isteri tua...dah rasa senang sket, labur kat orang baru....
ingat sket tanggungjawab dengan anak2, dengan isteri2...kalau tak adil, alamat berjalan senget la kat sana....jawab ajelah...
Kida, awok macam berminat je. Hehe.. Sabar ye SK sebab nanti dapat payung emas. Jangan marah ye Kida dan SK, koi gurau je.
Salam,
ZM, takat ni takde lagi la hajat sampai ke situ...kata orang berkawan biar beribu..berkasih biar satu....(macam jiwang plak beb). Pengetahuan ni sekadar panduan untuk kita semua...mana la tahu kot2 nak pakai suatu hari nanti..tak kita pakai..kengkawan atau sedara mara kita.
Tambah skit..untuk daftar pernikahan Siam ni kalau kat KL...bayar RM2,500 complete siap dan tak payah pergi mahkamah. Sebenarnya kalau bini muda punya wali ok dan setuju nak jadi wali nikah..tak payah pergi Siam...kat KL pun boleh bisa urus. Itu info yang saya dapat beberapa hari lalu.
Zula... soal adil tak adil dan sebagainya susah kita nak kata sebab tak semua manusia sama.Tapi Allah swt tu Maha Mengetahui apa yang di tetapkan olehNya jadi ketidakadilan dalam poligami ni rasanya Allah swt lebih mengetahui dan sudah ambil kira sebelum Dia membenarkan lelaki berkahwin 4.
Dan kalau nak tahu pada pandangan saya,lelaki boleh mengasihi semua 4 orang sama rata macam kita mengasihi anak-anak kita..tiada yang dibeda-bedakan. Mungkin pada pandangan kasar ada yang tidak adil tapi di dalam hati..semua 4 sama rata..macam dengan anak-anak kita...mungkin ada seorang tu yang degil kerap kita marahi..tapi tak bermakna kasih sayang kita kurang kepada dia..tetap sama dengan semua anak-anak...percayalah lelaki sebenarnya can make wonders to love equally...cuma sometimes lelaki ni takde peluang membuktikannya.
Salam.
Emmmm....peluang..berikan kami satu peluang....
p/s bukan nank mngoda..cuma nak meniager....
i pun nak kahwin satu lagi lah! camana cara?
ahaks
teringat masa kecik2 dulu ada satu drama tu pompuan kahwin 3. merapek punya cerita. tak ingat a masa darjah brp
harta dunia ni hak Allah, Allah bagi pinjam sat je kat kita. kasih sayang suami pun hak Allah, jadi Allah boleh ambik balik. Kalau suami dah tak sayang kita, itu maknanya Allah tarik balik nikmat tu dari kita. Buat apa nak marah. Oleh sebab itu tak payahlah kita sayang suami sepenuh perasaan. Mana tau kot2 satu hari dia duakan kita, tak le merana sangat. Kan SK? :-)
sokong wani...redha aje bila mungkin sampai satu masa nanti suami menduakan isteri...
cuma mungkin kaum suami boleh fikir gak bagaimana perasaannya kalau mungkin sampai satu masa isteri pun dah tak sayangkan suami...
sayang anak dengan sayang suami/isteri ni bagi ai laen...
Bernikah di Thai ini adalah merupakan penyelesaian terakhir bagi pasangan yang menghadapi masalah bernikah di Malaysia. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya kes kahwin di Thailand.
i) Perkahwinan poligami: pasangan yang terlibat berkemungkinan tidak mendapat kebenaran untuk berpoligami daripada pihak mahkamah atau berhasrat untuk merahsiakannya daripada pengetahuan isteri sedia ada.
ii) Perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh wali: sama ada perkahwinan itu melibatkan poligami atau wali tidak bersetuju dengan pasangan pilihan si anak.
Terdapat juga kes dimana pasangan bernikah di Malaysia, tetapi mempunyai sijil nikah Siam. Sekiranya pernikahan itu dijalankan menggunakan wali yang diragui sah maka perkahwinan tersebut juga diragui kesahihannya. Jika dibuktikan perkahwinan itu tidak sah, maka perintah ‘farak’ iaitu pengasingan antara suami isteri terlibat akan dikeluarkan. Pasangan ini hanya akan disatukan semula melalui akad nikah baru yang pasti kesahihannya. Perkara ini adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Malaysia.
Tanpa surat pengesahan daripada Pejabat Konsulat, pasangan tersebut akan menghadapi masalah untuk meperakukan atau mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam di daerah mereka tinggal. Bila keadaan ini terjadi, akan menyebabkan implikasi yang lebih buruk pada masa hadapan terutamanya jika berlaku penceraian, sebagi contoh, isteri dan anak-anak hasil daripada pernikahan tersebut tidak berhak menuntut sebarang hak daripada suaminya kerana tiada rekod pendaftaran perkahwinan antara mereka. Dalam kata lain, mereka ini tidak dilindungi oleh Undang-undang keluarga Islam Negeri masing-masing.
Kida & Mizi,
Koi ingat nak jadik agen kat Malaysia utk pasangan yang berminat.. Apa pandangan ???
Ap**
hari tu dengar cerita Perlis dah benarkan pernikahan tanpa surat kebenaran dari isteri pertama... maknanya boleh bernikah kali kedua, ketiga atau keempat di Perlis aje tanpa perlu ke Siam...betul ke??? Kalau jadi dikuatkuasakan laaaaagi melompatlah kaum suami.....
Kida,
koi tak pernah menentang poligami. in fact koi selalu gak tanya suami, "abang nak kahwin ngan midah? ngan naza? ngan tu ? ngan ni?" tapi abe koi gelak je.
kahwin no 1 pun umur dah 44, nak kahwin 1 lagi? tak de pasal cari pasal. dia pun dah pencen. siapa nak bagi makan anak bini baru?
saya percaya kalau isteri benarkan suami kahwin satu lagi, tak de lah kes haruan makan anak. kita kena faham nafsu lelaki ni terarah kepada yang satu. dan kita tak boleh salahkan mereka kerana asyik ke situ je, itu semua pemberian Allah kepada hambaNya.
Sebagaimana kita tak boleh marah seorang perempuan yang berkahwin dengan suami orang. Suami orang ni ayat dia lebih power dari seorang teruna.
Walau bagaimanapun Prof Hamka hanya berkahwin dengan seorang wanita sepanjang hayat beliau. Tuan Guru Nik Aziz hanya mempunyai satu isteri sehingga sekarang ini. Isteri ke-2 TG Haji Hadi meminati beliau sejak dari belasan tahun, beliau yang meminang Ustaz Hadi.
Orang yang bijak tak akan menggunakan kebolehannya untuk berkahwin 2 untuk memberitahu dunia bahawa dia hebat. Berkeupayaan berkahwin 2 bukan bermakna seseorang lelaki itu hebat. Hanya isterinya saja yang tahu samada dia hebat atau tidak. Apa gunanya beristeri 2 kalau isteri pertama diabaikan sejak mula dia berkahwin 2. Saya ada 3 kawan yang diperlakukan macam tu oleh suami. Apa cerita?
Pandangan saya secara peibadi, lelaki Melayu tak layak kahwin 2, unless dia ada darah campuran India atau Arab.
Wani,
Insyaallah dapat payung emas awak.
tahniah kerana mengenali diri anda.
Kawan ada darah bengali bole ke??..
Salam,
Wah..macam-macam pandangan bab nikah satu lagi ni yer.
Apek...memang cadangan yang baik nak jadi agen tu..tapi kena cepat-cepatlah sebab Mizi pun tak lama dah kat Songkhla tu rasanya..
Tapi jangan lupa ajak kengkawan sekali..boleh la tumpang2 main golf dan jumpa caddy macam gambar kat bawah tu...hehe
As'kum,
Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.
Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.
Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.
Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu pekan Yala 150km dari Betong.
Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.
Hanya perlu membayar denda (kadangkala tak perlu langsung) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.
Kenderaan akan disediakan dari exit tol PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.
Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.
Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan passport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.
Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.
Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda@gmail.com.
Terima Kasih.
salam bro.. please email me your phone number.. nak tanya sgt pasal poligami di Kl yg u bagitau tu. Boleh ke di buat?
zula tlg email aku bro.... yg pasal kat kl tu...
kpd yg memerlukan penjelasan lebih lanjut boleh email sy di elmyda@gmail.com atau call sy di no 0175955633. insyaallah sy akan cuba jelaskan lg kemusykilan tuan/puan.
Post a Comment