Wednesday, June 10, 2009

pApa rOck

1. Apamz ada mengirimkan 2 keping gambar kenangan beliau semasa di UitM Kuantan dahulu. Sekeping gambar di atas dan sekeping lagi gambar bersama geng diA. Gambar bersama geng diA sebenarnya telah di hantar oleh Kitang diA dahulu semasa awal blog dan saya rasa sudah di siarkan, jadi saya cuma siarkan gambar atas sahaja. Dari kiri Sabri Cigak, Apamz, Ramli Sarip (Papa Rock), Mizi Songkhla dan Alias diB. Gambar ni saya rasa di ambil kat kantin UitM Taman Gelora sebab saya ingat lagi Ramli Sarip ada singgah di sana dahulu.

2. Mizi Songhkla yang dalam perjalanan ke KL malam tadi ada sms kepada saya bertanyakan pasal AGGP Songkhla dan bertanyakan samada event tersebut jadi ke tidak. Saya kata kepada beliau insyaallah kalau tiada aral sampai juga nanti geng budiMaN. Ada beberapa orang geng budiMaN yang terpaksa cancel kerana mempunyai beberapa urusan yang tidak dapat di elakkan tetapi saya rasa masih ramai juga yang akan pergi. Kepada yang tiada passport, insyaallah boleh menyertai juga cuma mungkin kena extra charges sikit la tetapi jangan bimbang ada jalannya. Jadi kepada yang nak pergi tu, sila-sila confirm balik sebab nak arrange transport dan sebagainya. Mizi Songkhla akan menjadi hos untuk Dinner AGGP budiMaN selama 2 malam nanti kita di sana dan acara serta penginapan insyaallah akan saya umumkan nanti selepas confirmation budiMaN yang pergi.

No comments: