Monday, February 02, 2009

tEh taRiK

Petang semalam Antu @ Amy Jarr dpA meminta saya menyampaikan kepada rakan-rakan budiMaN jemputan untuk bertehtarik pada malam hari Selasa 3hb Februari 2009. Tempat dan waktunya tiada pula di beritahu kepada saya. Walaubagaimanapun pada sebelah petang Selasa nanti mungkin kami akan bergolfing dahulu di Bangi. Jadi saya rasa sessi teh tarik tersebut mungkin boleh dimulakan sekitar jam 9-00 malam dan tempatnya saya rasa bersesuaian di Restoran Lotus Jalan Ampang. Antu ada memberitahu saya tujuan beliau ingin berjumpa rakan-rakan budiMaN nanti untuk memberitahu beberapa perkara dan beliau akan membuat sedikit briefing dalam sessi teh tarik tersebut. Saya pun tak tahu apa yang beliau ingin sampaikan, jadi kalau ada rakan-rakan budiMaN yang kelapangan dan ingin menyertai teh tarik tersebut bolehlah datang nanti.

2 comments:

sherry said...

Salam.

Just tau pasal blog ni dari UMMi.


Salam persaudaraan.

Nazmi M.Azahar
Sharifah Norjannah Syed Agil
DIA Julai 86-89

Anonymous said...

Salam Sherry,
Selamat datang ke blog budiMaN dan semoga persahabatan antara semua kita disini akan terus berkekalan sampai bila-bila.

Kalau ada berita kengkawan yang lain atau apa-apa yang nak di sampaikan di sini untuk tatapan bersama kengkawan budiMaN yang lain, silalah e-mail kepada saya.