Thursday, November 20, 2008

gaMbaR2 budiMaN

Rasanya hampir dekat-dekat 2 minggu juga saya tidak menulis untuk blog kecuali artikel ucapan besday untuk Fadil Sutok dbS pada Ahad lepas. Ini kerana selepas bermulanya AGGP 2008 pada Isnin 10hb Nov dengan pelbagai acara AGGP yang berakhir kira-kira jam 4-00 pagi, saya terus menerus setiap hari selepas itu mempunyai beberapa urusan yang menyebabkan saya tidak tidur malam ( Rabu dan Khamis sampai saya tak tidur dan mandi 2 hari) sehinggalah ke hari Isnin lepas (itupun 2 hari semalam- Selasa/Rabu rakan perniagaan saya terperuk di The Zone,KL(sebelum tu 2 hari terperuk kat Mandarin Oriental) menyiapkan beberapa urusan dan saya surrender dah) barulah segala urusan dapat di selesaikan dan alhamdulillah dapat berehat sedikit untuk menjenguk blog budiMaN kembali. Jadi selepas membawa SK dan 2 anak saya menonton Quantum of Solace kira-kira jam 10-00 malam tadi, sampai rumah sekitar jam 12-00, terus saya mengadap komputer dan mendownload serta mengedit gambar-gambar yang telah dikirimkan kepada saya sebelum ini oleh Bilal dan Kitang untuk tatapan anda semua.
Gambar di atas telah dikirimkan oleh Bilal semasa penyerahan Tabung Amal budiMaN dalam bulan Ramadhan lalu kepada Maahad Darul Fikri, Kuantan. Sumbangan tersebut telah diterima sendiri oleh pengasas Maahad iaitu Ustaz Rosli Jabar yang menurut Bilal telah menyampaikan jutaan terima kasih kepada semua budiMaN yang bersimpati dan bersedekah sumbangan kepada Maahad tersebut.

Gambar di atas ini pula ialah kunjungan keluarga Kudeng dsS ke rumah Kitang di Temerloh semasa Aidilfitri yang lalu. Kudeng sekeluarga sebenarnya dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke Kuala Lumpur pada waktu itu.

Gambar di atas pula ialah Saudara Jamalatif dsS yang saya ceritakan tempohari. Beliau sempat bersama geng-geng budiMaN yang mengadakan PotLuck Aidilfitri di rumah Kitang di Temerloh. Beliau sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Ipoh, di mana beliau sekeluarga tinggal kini. Jamalatif ni memang peramah dan lawak giler orangnya dengan slang Perak, memang tak kering gusi bersembang dengannya. Beliau setelah tamat UitM telah berkhidmat selama 9 tahun sebagai Steward dengan MAS dengan macam-macam pengalaman. Setelah itu berkhidmat dengan Celcom dan kini membuka perniagaan sendiri di Ipoh. Saya lupa pula nak minta no phone beliau, maybe Ummi boleh berikan di ruangan komen dan ceritakan sedikit tentang Jamalatif ni. Di bawah ini saya teruskan cerita dengan gambar-gambar PotLuck Aidilfitri di rumah Kitang baru-baru ini.

Ini pula gambar 3 sekawan pengasas rumah bujang di Taman Cenderawasih sekitar tahun 1989-1991 dahulu. Yang kiri tu saya lah siapa lagi, yang tengah tu ASP Ismail Rozi diA batch Jan 86 dan sekarang ini berkhidmat di Mahkamah Shah Alam. Yang paling tinggi tu siapa lagi kalau bukan Apamz. Selepas 3 orang mengasaskan rumah bujang ni barulah datang pula Kla-Kla atau Shamsul Amri dbS duduk sekali. Masa tu ramailah menepek kat rumah bujang ni seperti Walid, Bob MG, Lan Kentei, Man Troq, KB @ Khairul Bahri dbS dan ramai lagi lah. Menjadi markas Band terunggul di Kuantan pada masa tu iaitu Kumpulan CRX. Memang tak pernah sunyi rumah bujang tu sampai banyak kali dapat surat layang dari penduduk suruh diam dan jangan buat bising.

Ini pula gambar Ummi di kiri sekali, di tengah pula ialah Roslina dbS yang kini berkhidmat sebagai Akauntan Kanan di ROC Kuala Lumpur dan akan menunaikan haji dalam beberapa hari lagi. Yang tepi sekali tu SK la , siapa lagi yer.

Ini pula gambar dari kiri anak Kitang, tengah anak saya dan kanan sekali anak Ummi. Dia orang bertiga ni memang rapat dah sebab selalu bertemu dalam banyak program budiMaN walaupun masing-masing duduk di Kuala Lumpur, Temerloh dan Kuantan. Alhamdulillah, mudah-mudahan anak-anak budiMaN akan meneruskan silatulrahim sampai bila-bila di antara mereka.

Ini pula gambar anak dara Ummi yang kat kiri tu sementara yang baju pink tu pula anak dara saya. Mereka berdua ni pun dah jadi kamceng semenjak bertemu dalam beberapa program budiMaN sebelum ini.

Ini gambar geng budiMaN menjamu selera di PotLuck Aidilfitri. Yang baju putih tu ialah Adenan dbS yang kini berkhidmat di KWSP Cawangan Wilayah Persekutuan di Jalan Raja Laut. Tapi beliau pun macam Kitang jugak weekend husband sebab keluarga beliau pun di Temerloh juga.

Lagi gambar menjamu selera. Yang baju biru belang tu pula ialah Hakim dbS yang kini berkhidmat dengan KWSP Petaling Jaya. Sebenarnya Hakim dengan Adenan ni dari UitM Kuantan dulu lagi dah kamceng bebenor sampai kerja pun tempat yang sama. Memang hebat!

Gambar ni pula semasa semua orang nak berangkat balik dah selepas hampir 4 jam kat PotLuck Aidilfitri. Memang meriah dan seronok berAidilfitri sambil bertemu rakan-rakan budiMaN. Macam-macam cerita dan siapa yang tak datang tu memang rugi bebenor la rasanya. Takpe insyaallah kalau panjang umur nanti kita buat lagi berkumpul-kumpul macam ni bersama keluarga supaya silatulrahim bukan sahaja antara kita budiMaN tetapi seluruh keluarga kita akan dapat di panjangkan lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Salam...
ye..ye....org ketama komen.....
Sedih gak x dpt bersama potluck kat umah kitang.Nak wat camner.Nmpk meriah skali.
Semuga kita bertemu dilain masa dan BUDIMAN trus begini.InsyaALLAH.

Anonymous said...

Ok dah tengok gambar..kat Ummi pun ada jugak 5 6 keping gambar kat rumah Kitang tu rasanya..tp xda masa nk check..gambar sama gak, cuma lebih clear sikit..xpalah, ok dah tu..Kepada yang nak mengacau si Jamalatif (nama glamor kat itm dulu Anjang Aki..hehe) ni nombornya 013-3076000...Emm lepaih ni..pueh le si Anjang ni nak melayan peminat..hehe