Thursday, November 27, 2008

beRita keNGkaWaN

Musim cuti sekolah ni nampaknya aktiviti kengkawan budiMaN agak senyap sunyi sedikit. Barangkali ramai yang sibuk dengan kenduri di kampung dan aktiviti melayan anak-anak yang bercuti sekolah. Peperiksaan SPM pun dah selesai 2-3 hari lepas cuma ada beberapa pelajar lagi yang hanya akan selesai SPM pada minggu hadapan. Keadaan hujan setiap malam di Kuala Lumpur dan di tempat-tempat lain juga mungkin menyebabkan kurangnya aktiviti teh tarik. Jadi tak banyak berita yang dapat saya sampaikan. Itupun berita di bawah ini saya perolehi daripada Kudin Mekanik yang ada menelefon saya semalam.

1. Menurut Kudin Mekanik, Bilal ada menelefon beliau memberitahu bahawa beliau mengalami kemalangan di Lebuhraya Karak pada hari Selasa lalu. Kereta Volvo beliau telah terbabas semasa hujan lebat dan tergelincir ke arah railing jalan. Khabarnya beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan tetapi kereta beliau agak teruk juga. Saya pula tidak sempat menelefon beliau lagi untuk bertanya keadaan sebenar. Bilal sekeluarga sebenarnya bercadang untuk berpindah ke Nilai, Negeri Sembilan pada awal Disember ini dan baru-baru ini beliau ada sms bertanyakan jika ada kengkawan yang mempunyai kontek di Kementerian Pelajaran bagi memudahkan pertukaran sekolah isteri beliau ke Nilai.

2. Fadil Sutok pula khabarnya kini terkandas di Bangkok akibat penutupan lapangan terbang Suvarnabhumi di sana. Beliau yang kesana bersama seorang rakan baru-baru ini sepatutnya di jadualkan pulang pada hari semalam Rabu tetapi sehingga kini masih tersadai di sana kerana tiada penerbangan pulang. Mungkin ada alternatif lain seperti melalui keretapi atau bas dan di harapkan beliau akan dapat pulang dengan selamat.

Itulah antara beberapa berita kengkawan yang saya perolehi melalui Kudin Mekanik. Saya pula agak sibuk sedikit 2-3 menjak ni dan belum dapat memikirkan sebarang aktiviti budiMaN dalam masa cuti sekolah ini. Telefon bimbit saya pula buat hal sehingga saya terpaksa format balik memory card dan menyebabkan hilangnya beberapa data penting termasuk beberapa gambar rakan budiMaN yang saya temui baru-baru ini.

No comments: