Sunday, November 30, 2008

beRita keNGkaWaN

Ada beberapa berita kengkawan yang saya perolehi, antaranya :

1. Fadil Sutok yang terkandas di Bangkok baru-baru ini telah selamat pulang melalui Hatnyai dan telah tiba di KL Sentral pada hari Jumaat lalu. Beliau yang memulakan perjalanan dari Bangkok pada hari Rabu menceritakan perjalanan beliau yang seolah-olah berada di medan perang untuk pulang ke Malaysia.

2. Raman Kerbau dbS akan menjalankan perniagaan Driving Range Golf di Kelab Golf Maran. Beliau akan membuat pembukaan rasmi Driving Range tersebut dalam minggu hadapan dan akan beroperasi dari pagi hingga ke petang. Di samping itu beliau juga akan membuka cafe di Driving Range tersebut.

3. Blog budiMaN dari hari ke hari telah menarik perhatian pengunjung-pengunjung yang bukan saja terdiri dari kalangan bekas-bekas pelajar UitM Kuantan malah pengunjung-pengunjung dari kalangan personaliti terkenal seperti penulis-penulis novel baik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia, pensyarah-pensyarah dan juga beberapa VVIP yang terkenal ada mengikuti blog ini. Cuma kunjungan mereka itu hanya sekadar mengikuti perkembangan dan jarang untuk surface mengenalkan diri atau participate dalam perbincangan. Namun begitu, mereka-mereka ini tidak kurang juga ada memberikan sumbangan apabila sesuatu aktiviti amal di jalankan oleh budiMaN. Saya percaya dengan tekad kita untuk Beramal, Berbakti dan Bersilatulrahim yang menjadi teras dan tunjang utama blog budiMaN, insyaallah usaha murni kita ini bukan sahaja mendapat sokongan dari kalangan budiMaN sendiri tetapi juga dari tetamu-tetamu senyap (silent guest) kita itu.

8 comments:

mizi said...

Fadil,

napa hang tak contact aku masa di Hatyai?

Utusan Malaysia, 29/11/2008 (Dalam Negeri)

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Sekumpulan 14 orang pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang terkandas di Bangkok ekoran penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi terpaksa pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sejauh 1,600 kilometer (km).

Konsul Muda Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Hadtamizi Abu Bakar berkata, kumpulan pelajar itu merupakan antara ribuan lagi rakyat Malaysia yang terkandas di sekitar Bangkok.

''Kumpulan pelajar UniKL ini diketuai Muhamad Fazaizul Razali berada di Bangkok sejak 24 November lalu untuk menghadiri satu majlis King Rama XI yang diadakan di Universiti Chulalongkom.

''Mereka yang sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan AirAsia semalam terkandas kerana penutupan lapangan terbang tersebut sejak 25 November lalu,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, Muhamad Fazaizul telah menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand bagi mendapatkan bantuan.

Katanya, urusan membawa pulang kesemua pelajar terbabit ke Malaysia diatur dengan menaiki bas ekspres.

''Mereka melalui perjalanan sejauh 1,100km dari Bangkok ke Hatyai pukul 2 petang semalam dan dijangka tiba di Hatyai pagi ini pada kira-kira pukul 8.00 pagi.

''Setibanya di Hatyai, mereka akan bertukar bas ekspres lain dan sambung perjalanan ke Kuala Lumpur pukul 11 pagi ini dan dijangka tiba di Kuala Lumpur malam nanti,'' katanya.

Sementara itu, 106 kakitangan syarikat Kumpulan Etiqa Takaful Bhd. (Etiqa) yang dilaporkan terkandas semalam akan diterbangkan ke Kuala Lumpur.

Mereka dijangka menaiki penerbangan yang akan berlepas melalui Lapangan Terbang Utapao, kira-kira 140km dari Bangkok.

lan kida said...

Tu la Mizi, patutnya dia kontek engkau hari tu... tapi aku tak tau dia ada no phone engkau ke tak tapi carilah no phone konsulat...hotel mesti boleh tolong punya... mungkin dia panik..sebab itu first time dia travel luar negeri aku rasa..kena plak situasi macam tu. Tapi kita tunggu punya Fadil cerita plak camana.... Fadil...ceritalah skit pengalaman di thailand naik bas.

P/S : Mizi, Konsulat Muda... bergaya lu keluar dalam newspaper.

Waleed said...

Salam.
Semuga Fadhil dpt menceritakan detik2 kat sana utk tatapan n pengetahuan kita yg mungkin nak melancung keluar dari Malaysia.

Mmg bergaya Mizi tu...Konsul Muda tu...
p/s Konsul x brapa nak muda n tak brapa nak tua ada ke?...hehee

ummi said...

Salam..alhamdulillah selamat jugak Fadil balik ke Malaysia ni...seram jugak baca tragedi kat airport tu..! Mst Fadil terkezuuut lagi tu..tunggu dia pulih..mesti dia kongsi pengalaman dgn kita nnt..

Mizi said...

Salam semua,

lain kali jika hadapi masalah di Thailand, terutama di Selatan, hubungi saya. Insyalah R&R boleh disediakan. Thai Massage hanya untuk yang MUDA macam saya ni....,

fadil sutok said...

salam seme...

alhamdulillah... yg penting aku slmt balik mesia. tak reti nak citer semuanya dlm blog ni. kalau pekena teh tarik sambil belasah kerang rebus ke kerang bakar ke aku ingat bole aku kronologikan semuanya....

sori tuan konsul Mizi... sepatutnya takde masalah kat sana. ada budak siam jadi guide kami. dah panik cam tu, yg aku ingat jln nak balik jer. nak jadi citer tepon aku tak roaming, tepon kwn aku kong pulak. hehe... mmg masalah.

mlm 25 tu mmg dah di beritahu oleh pihak hotel, semua tourist dah lari ke airport suvarnabhum sbb don muang dah tutup so esok pagi2 lagi kami dah cabut ke suvarnabhum. kat situ la mulanya drama... dari hotel pun dah mula taxi tak mahu pegi sana.

flight jam 1.45 kami dah kuar seblm kul 9 lagi. driver taxi dah tau hiway ke airport dah kena block dia bawak ikut jln lain. nak sampai airport tu dr jauh dah nampak suasananya. masa tu hati tak tau nak berdegup camana... lepas ke tidak. road block oleh gang baju kuning aku ingat setiap 50 meter ada satu. dgn topengnya, parangnya, batang kayu nya, batang besinya. hu.. tak berdegup rasanya...

sepanjang roadblock tu kami kena tunjuk passport mesia.. nak cakap omputih dorang mmg out. masa tu yg meletup dah mula dah... lg panik. driver taxi bgtau dorang tak kasi semua pilot dan crew masuk airpot.

masuk airpot yg baju kuning dah penuh duduk atas hiway dpn airpot dr tgkt 1 smpai 3. beribu...

nasib baik dlm airpot dorang tak kacau penumpang. kami terus check in... semua flight cancelled. kami tgok keadaan mmg takkan ada perubahan dlm masa terdekat. gang kuning takkan berundur selagi pm skrg tak turun. kami cancelled tiket dan buat keputusan balik ke bangkok dan guna jln darat. ada grup indon yg nak ikut kami tapi brg banyak sgat terpaksa sewa van utk ke hatyai kena bayar 20,000bhat( lebih kurang rm2000).

dari airpot naik shuttle bas. ada pulak si Mark dari England nak ikut balik bangkok. dia kata duit dah abis kawan dia yg nak dtg bawak duit dah sangkut. naik pulak van rm4 ke bangkok. terkial-kial tanya org siam camana nak ke Bangkok Bus Terminal. nasib baik ada awek student siam jadi jurubahasa ngan kondukter bas tu.

kami ambik bas ke hatyai jam 2.00ptg (550bhat=rm55). gila betul 15 jam dalam bas, aku ingat kalau tambah lagi sejam mau lumpuh kaki aku. singgah berenti rehat kat tempat tak halal, turun kencing aje la. buang aje masuk tidak. 5 pagi sampai kat hatyai terus ke airpot hatyai... tak bukak pun lagi... tggu punya tggu dpt tau takde pulak flight ke kl. sori tuan konsul, kami kat hatyai kejap sangat, hari ujan tak berenti pulak tu.

kena naik van pulak ke sempadan, ke Danok. ingat kan dekat rupanya jauh jugak. naik sakit blkg seat tegak camtu.

10.30pg sampai danok terus check flight dari alor setar kat cyber cafe. alhamdullillah esok paginya ada flight 8.30 pagi. dah tak larat nak naik bas lagi kurang-kurang mau 7 jam lagi tu.

esok pg jam 5.30 waktu mesia = 4.30 waktu siam dah kena bangun nak lepas imigresen... wah... dah panjang beratur. rupa2nya kebanyakan semua dari bangkok mcm kami jugak. ambik teksi terus ke airpot alor setar dan sampai kl sentral lbh kurang kul 11.30

satu pengalaman yg tak mungkin akan dpt lagi. kami buat keputusan tepat utk ikut jln darat kalau kami tggu lagi mungkin dah jadi tahanan pulak.

tgok dlm tv lain dgn tgok live ni... tak sanggup nak tengok darah darah ni, kat pasaraya Big C mlm 25 tu depan kami dlm pasaraya sorang kena tembak adui... la. dari luar masuk lari kedalam pasaraya darah dah merata... ish... oh mesia...

kat mesia kalau buat demo abih kuat pun kena tembak air jer, kalau luka pun yg lebihnya sebab jatuh sendiri. tapi kat sana yg mati yg luka yg putus kaki..

so kalau nak ke bangkok:-

1-pastikan tempat yg nak di tujui (bahasa mmg fail, dari driver taxi, driver tuk tuk, org tepi jln kondukter bas, reception hotel, reception kedai)
2-ada orang bawa lagi bagus
3-prepare makanan baik2 (makanan halal susah) lima hari kat sana 3 kali je kami dpt makan nasi 1 kat plaza mbk 2 dlm perjalanan ke hatyai 3 kat danok
4-kalau nak jugak ke siam, pegi la kesebelah selatan, dari tempat konsul muda kita ke sempadan. sana banyak org islam dan bahasa lebih mudah, makanan senang.

mesia jugak yg best tapi nak gi tempat lain pulak la.. hehe dengar kata kemboja dan vietnam pun cantik..

waleed said...

Salam...
Syukur slamat gak kawan kita ni balik.Tul gak tu..pekena kerang rebus ok gak tu.
Kita harap perglakan tu tak melarat spai ke tpt Tuan Konsul Muda kita.Semuga beliau pun selamat disana.
p/s..padil..lagi mau pegi vietnam ka?pegi pulau tioman ke..yg kat mesia jer la dulu...

kudeng said...

Assalamualaikum

Fuyoooo...sutok. Kalu gini, mung buleh lah wakil budimang ke amazing race asia season 4 kekgi...

Ke guane?

Hehehe