Tuesday, November 04, 2008

aL-fatihaH buat aRWah haMZah (sOMpRak) dpA

Allahyarham Hamzah Somprak dpA batch Julai 85 telah kembali ke rahmatullah di rumah beliau di Port Dickson awal pagi semalam. Berikut adalah e-mail yang saya terima dari Bilal yang telah menziarahi Jenazah Allahyarham dan menghadiri pengkebumian arwah di kampung beliau di Segamat.

Salam kida...
Jam 10.45am koi terima panggilan dari isteri Allahyarham Hamzah Ramli memberitahu bahawa Hamzah telah menghembuskan nafasnya dan kembali kerahmatullah jam 4.00 pagi 3hb Nov 2008. Terkedu yang amat sangat bagai jantung direntap rasanya. koi pun menghebahkan berita sedemikian pada semua sahabat BUDIMAN melalui SMS.

Jam 11.30am Koi bergegas ke Segamat kerana menurut Isteri arwah, jenazah telah pun disempurnakan di Hospital Port Dickson dan dalam perjalanan ke Segamat - kampung arwah. Dalam perjalanan.. koi masih terngiang-ngiang gelak tawa dan ramah mesra arwah ketika Koi bertemu dengan arwah sekeluarga Petang Syawal Pertama di rumah arwah sendiri di Segamat. Amat tidak menyangka.. Arwah yang koi cuba jejaki selama 18 tahun disebabkan lost contact.. akhirnya Allah perkenankan doa dan hasrat dan diketemukan di syawal berkenaan.. Pun rupanya merupakan pertemuan terakhir.. Pilu yang amat.. tatkala menatap kembali photo yg sempat dirakamkan.

Buat teman-teman.. Allahyarham Hamzah Ramli 41 tahun adalah anak kelahiran segamat dan mengambil jurusan DPA ketika di ITM pahang. Seorang yang sentiasa senyum..dengan kumis sejemput di bawah bibir.. arwah adalah pelajar yang low profile. Arwah amat popular dengan gelaran "Somprak" gelaran yang diberikan oleh Syariff and the gang.. Selama di ITM, arwah adalah sahabat yang baik..mudah ketawa dan amat rapat dengan Apek, Arash, Man rapu, Man gelap dan sahabat DPA yg lain. Selepas tamat pengajian.. menurut arwah walaupun berjaya dengan temuduga Inspector dan BPR, arwah membuat keputusan untuk menyertai Petronas untuk projek pipe and gas.

Kemudian Arwah berjinak-jinak mencebur perniagaan yang berkaitan dengan wiring and cabling untuk power plant sehingga kini malah menurut partner arwah.. 2009 perniagaan mereka kini hampir mulai berkembang ke Dubai, Qatar dan Bintulu dan arwah merupakan tulang belakang utama projek mereka kelak. Malah ketika bertemu dengan arwah Syawal nan lalu koi lihat arwah masih kekal dengan low profile dan mesra seperti dulu dan tidak angkuh dan sombong meskipun koi kategori arwah sebagai amat berjaya.. Kini Koi dan rakan rakan DPA khususnya serta mereka yang mengenali arwah amnya.. telah kehilangan seorang sahabat yang mana Allah lebih menyayanginya. Koi difahamkan.. Arwah tidak mempunyai sebarang penyakit dan mungkin arwah tak sedar yang dia mempunyai penyakit. Jam 3 pagi.. arwah tersedar dan mengadu sesak nafas dan kemudian hanya dalam seketika tatkala menunggu ambulan tiba.. Hamzah telah menghmbuskan nafasnya disamping isteri dan anak-anaknya. Innalillahi wainnailaihirojiuun.. Koi tiba rumah arwah jam 1.25 tengahari dan arwah telah di bawa ke tanah perkuburan di Bt 8 Buluh Kasap. Kami bergegas ke sana. Sebaik tiba.. arwah telah disemadikan dan imam sedang mentalkin kan..Ramai sungguh mereka yang hadir mengiringi jenazah.

Arwah meninggalkan seorang isteri yang tidak bekerja - suri rumah sepenuh masa, 3 orang anak yg sulong adalah lelaki baru saja tamat PMR, yng kedua perempuan ting 1 dan yang kecil, sama umurnya dengan anak koi yg bungsu.. baru 6 tahun. Sempat koi renung anak-anak arwah yang mungkin mula mengenang nasib mereka selepas ini..

Marilah wahai sahabat, pertamanya kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, kedua kita turut mendoakan agar arwah diampun kan segala dosa serta ditempatkan bersama para ambia. Seterusnya kita hulurkan sedikit bantuan mahupun sumbangan kewangan agar meringankan tanggungan waris untuk kehidupan seterusnya. Sekadar untuk makluman, arwah pernah turut serta menyumbang dalam Projek Amal budiMaN surau Tanjung Belenggu dan beberapa aktiviti amal BUDIMAN yang lain..Moga Allah mencucuri Rahmat terhadap rohnya.. AAMIIIIIN.

Kida.. lets activate kutipan amal dan mohon jasabaik Kitang utk manage. Kita target, raya Haji nanti wakil diminta menyerahkan kepada keluarga Arwah, Insyaallah.

Bilal

Saya juga berasa amat terkejut mendapat berita berkenaan pemergian ke rahmutallah sahabat budiMaN kita Allahyarham Hamzah atau lebih dikenali sebagai Somprak, kursus dpA UitM Pahang batch Julai 1985. Walaupun semenjak meninggalkan UitM, saya tidak pernah bertemu dengan beliau cuma mendengar berita berkenaan beliau sahaja, tetapi kalau sebut sahaja nama Allahyarham, mesti kita semua tak dapat lupakan karekter beliau yang pendiam, mudah tersenyum dan humble dengan kengkawan.

Saya sendiri sebenarnya amat terkilan kerana lewat petang tadi barulah saya mendapat khabar berita yang menyedihkan ini. Terkilan kerana tidak berpeluang untuk menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Arwah sedangkan saya agak lapang hari ini. Takdir menentukan saya tidak berpeluang bertemu dengan Arwah lagi. Mungkin Bilal yang ada memberitahu berita kematian ini melalui sms kepada beberapa kengkawan terlupa untuk sms kepada saya kerana sehingga pukol 5 petang tadi, tiada sms atau call yang memberitahu saya berita ini. Itupun nasib baiklah, Raman Kerbau dbS ada sms kepada saya tadi bertanyakan saya, siapa Hamzah Somprak ni, lalu saya tanya balik kenapa dan barulah beliau beritahu bahawa Bilal ada sms pagi tadi beritahu bahawa Hamzah Somprak meninggal dunia. Saya terus menelefon Bilal kira-kira jam 5-30 petang tadi dan Bilal mengesahkan berita tersebut dan beliau baru pulang dari Segamat menziarahi serta menghadiri pengkebumian Allahyarham Hamzah Somprak. Saya terus minta Bilal memberikan sedikit berita berkaitan Allahyarham dan meminta pandangan beliau agar dapat di anjurkan kutipan sumbangan bagi keluarga Allahyarham. Bilal telah menghantar e-mail berita Somprak seperti di atas lebihkurang jam 10-30 malam beserta gambar-gambar yang di ambil oleh beliau.

Kalau dulu mungkin ada di antara kita yang mengenali beliau, sama-sama naik bas Bombay, sama-sama bergelak ketawa, mungkin juga Arwah ada membelanja kita makan dan sebagainya tetapi kini yang tinggal hanya kenangan. Kepada kengkawan budiMaN yang tidak berpeluang menziarahi Arwah, sekurang-kurangnya sedekahkanlah Al-Fatihah dan bacaan Yassin serta ayat-ayat Al-Quran. Arwah adalah sahabat kita semua di sini. Saya juga sebaik menerima pengesahan dari Bilal pukul 5-30 petang tadi telah mengirimkan sms kepada keluarga Arwah menerusi telefon bimbit Arwah ( 012-3668566) mengucapkan Takziah, memohon maaf kerana lambat menerima berita ini dan tidak dapat menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Arwah dan berharap keluarga Arwah akan berbanyak sabar dalam menghadapi dugaan ini.

Kini setelah perginya Arwah Zainal Arrifin Tukimin dbS batch Julai 85, Arwah Fitri diB batch Jan 85, Arwah Radziah dbS batch Jan 85, telah menyusul pula Arwah Hamzah Somprak dpA batch Julai 85.

Al-Fatihah

20 comments:

Anonymous said...

Al- fatihah.

pyan

ZM said...

Walaupun koi pelajar DPA dan satu negeri dgn beliau tapi koi tidak begitu rapat dengan arwah Somprak ini. Walau bagimanapun koi ada juga sedikit kenangan dan cerita ttg arwah.

Koi masih ingat lagi masa di ITM Shah Alam dia pernah merayu koi memasuki dan mewakili Blok 6pertandingan kuiz peringkat asrama Delima. Pada mulanya koi menolak tetapi terpaksa akur dgn kehendak dan kesungguhan beliau merayu kat koi. Akhirnya group koi jadi johan.

Selepas tamat konvo ITM koi cuma jumpa dia dua kali je. Pertama kali ialah sewaktu koi sama-sama temuduga kerja kat kilang Taiko, Senai. Masa tu dia pinjam tali leher koi. Kali kedua lak semasa dia ke rumah koi di Muar bersama kawan beliau untuk memulangkan semula tali leher yang dia pinjam dari koi sewaktu temuduga di Senai.

Kalau tak silap koi gelaran Somprak diberi kerana gara-gara pakaian yang pernah dan sering dipakai oleh beliau semasa di ITM Pahang.

Apa pun Al-fatihah buat arwah Hamzah Ramli @ Somprak. Takziah buat keluarga beliau.

wani said...

Baru saja call Kay DPA, dia kata Hamzah ni sopan santun orangnya.

Arwah Zainal Arrifin Tukimin dbS batch Julai 85, yang mana satu ya? Batch kita ke? bukan senior ke? komander yg pakai spek mahatma ghandi tu ke?

Arwah Fitri diB batch Jan 85, bukan DPA ke?

zm=zukhairi?

kitang said...

Salam takziah buat keluarga arwah.
Kami doakan moga roh arwah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama-sama mereka yg beriman & beramal soleh...Al-Fatihah

waleed said...

Al-Fatihah buat Arwah dan salam takziah kpd keluarganya.
Salam.
Walid pun kenal dgn arwah w/pun x rapat tp sesungguhnya arwah mmg mudah tersenyum dan peramah serta lo profile.
Semuga roh arwah dirahmati dan diberkati oleh ALLAH s.w.t.
Amin.

apamz said...

Walaupun kwn tak berapa rapat dgn Allahyarham Hamzah, tapi kwn tau Allayarham adalah seorang yang sangat baik hati-budinya baik dari segi personaliti serta pergaulan dgn kwn2 dan sentiasa melemparkan senyuman bila berjumpa atau berselisih di tengah jalan. Senyuman itulah yang kwn dok tergambar2 sehingga skrg setelah mendapat berita pemergiannya dari saudara Bilal pagi semalam.

Salam takziah untuk keluarga Allahyarham Hamzah, semoga rohnya dicucuri segala rahmat oleh Nya. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi segala dugaan dari Nya.

Marilah kita sama2 sedekahkan AL FATIHAH banyak2 untuk Allahyarham Hamzah ...

ummi said...

Al fatihah..Salam takziah untuk family arwah..turut simpati dan sedih dengan berita ini..wpun x kenal dan x igt, tapi rasa terkilan jugak lah kehilangan geng Budiman ni...Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang2 yang beriman..Amiinnn..

bob@mpk said...

Al-fatihah....saya masih ingat aruah yg main takraw mase kat itm pahang.
lepas tuuu mase kat shah alam pon jumpe gitu2 je then dapat berita nie.
setiap yg hidup akan kembali kepadanye..namun apekah persedian kite....wasalam

kitang said...

Salam...sekadar kenangan...dpt no tel arwah dari Kida masa sesi ngeteh kat Seri Gombak sebelum bulan posa...terus call arwah mlm tu jugak, memang arwah terkejut & teruja...
Yg masih koi ingat,arwah kata seronoknya dapat jumpa geng2 lama dan InsyaAllah kalu turun KL,arwah akan call...sudah ditakdirkan,rupa2nya Allah lebih menyayanginya.
Seperti kata Bilal,arwah memang x berubah,masih mcm dulu,periang & peramah masa berborak dlm tel tu.

Kalu x silap koi,nama Somprak tu diberi pasal iras muka arwah x ubah mcm org Siam.
Masa Part 1, arwah dok kat hostel Bahaman.

lan kida said...

Salam Wani,
Arwah Zainal Ariffin tu satu batch dgn kita dan nak kenal dia... kurus lampai tinggi...salah seorang antara 2 orang yang ada motor Honda Raider di UitM Kuantan. Arwah satu bilik dgn Jalil dcS dan Mat Trouble dsS. 2 kali kemalangan motosikal semasa di UitM Shah Alam dan terakhir hingga terpaksa di rawat di Bahagian Neurologi HKL akibat kecederaan kepala. Akhirnya akibat long-term effect dari neuro tu, Arwah kembali ke rahmatullah. Arwah bekas pelajar Sek Alam Shah bersama Zul Sani diB.

Arwah Fitri pula betul la dpA, saya tersilap.

ZM ialah... tanya dia sendiri la...hehe. Dah nak betul dah tu cuma ejaannya lari skit.

Arwah Somprak ni pula saya rasa kalau ada gambar masa dia kat UitM dulu, saya rasa mesti anda semua kenal... maybe kalau sesiapa ada gambar Arwah boleh scan dan emailkan kepada saya.

SaYanG kidA said...

al-fatihah buat arwah Hamzah. semuga roh arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman...amiinn...

takziah untuk keluarga arwah semoga tabah menghadapi kehilangan orang yang tersayang...

anim

Mus_Astley said...

Al Fatihah.
Sesungguh seingat FG, dia sentiasa kaya dengan senyuman.
Moga dia ditempatkan di samping roh mereka-mereka yang diberkati Allah.

Amin.

kudeng said...

Assalamualaikum w.b.t.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Mat salleh cakap death is a part of life.

Arwah Hamzah dah complete 2 alam, and now entering alam yang ke 3. Mati adalah iktibar untuk kita yang hidup.

Dari Allah kita datang, kepadaNya jugalah kita akan kembali.

Salam takziah dari ana & keluarga.

Anonymous said...

Salam utk semua sahabat Budiman.. Allahuakbar.. Innalillahiwainnaailaihiroji'unnn... Terkejut yg amat sgt saya bila menerima & mengetahui berita Allahyarham Hamzah nie.. Memang senyuman adalah seakan WAJIB bg arwah utk semua, yg mengenali atau pun tidak akan diri beliau.. Saya mmg masih ternmpk2 raut wajah periang arwah sehingga sekrg walaupun mmg tidak berjumpa beliau setelah masing2 grad d uITM Shah Alam dulu.. Allah SWT lebih menyayangi beliau.. Al Fatihah..
lAN KENTEI & fmly

mama USA said...

Innalilahi wainaailaihiroji'unn...

Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang orang yang beriman..ameen

amir-isa said...

Al-Fatihah.
Salam takziah buat keluarga arwah Hamzah aka. somprak.

Teringat kat arwah ni, teringat juga kat Helmi DPA..member kamching dia selalu berdua. Murah dengan senyuman, peramah, low profile dan humble orangnya.

Kami doakan moga roh arwah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman dan beramal soleh...Amin.

Amir+Afezah
Michigan

ZM said...

Erm.. kida, koi rasalah koi ada gambar arwah Hamzah ni masa kat ITM Pahang. Itu pun bergambar ramai-ramai. Gambar sentimental value. Dah kelam warnanya. haha..

Kepada Wani, awok kenal ke sapa tu ZM. Awok salah orang kot. Koi ni low profile. Tapi dalam low profile tu koi tak sangka lak si Kitang memang kenal koi dan ada simpan gambar koi. Utk pengetahuan Wani, koi ni agak rapat dengan budak kelas awak iaitu Hashim @ Inspector Gadget.

Mazlina said...

Assalammualaikum

Al-Fatihah

Buat keluarga arwah Hamzah, sabar dan tabah menghadapinya.

Mazlina said...

Al-Fatihah

Buat keluarga arwah, sabar menghadapinye

dona_itmpahang@yahoo.com said...

Salam takziah untuk keluarga arwah... Al-fatihah