Saturday, November 08, 2008

beRitA keNGkaWaN

Berikut sedikit berita berkaitan rakan-rakan budiMaN yang telah saya terima. Antaranya :

1. Puan Miza, isteri Apamz telah selamat menjalani minor operation semalam (Jumaat 7-11-2008) di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Menurut Apamz, pembedahan telah berlangsung selama 1 jam setengah dan isterinya tidak mengalami apa-apa masalah semasa pembedahan. Puan Miza di jangka keluar dari HTAA pada hari ini. Baby girl Apamz pula kini berada di Temerloh bersama-sama neneknya.

2. Wani dcS yang menunaikan fardu haji pada tahun ini telah mendaftarkan diri bersama suami dan emak mentuanya di Tabung Haji Kelana Jaya semalam. Wani ada sms kepada saya kronologi perjalanan beliau ke Tanah Suci sebaik berangkat keluar dari rumah beliau. Berikut kronologi sms yang dikirimkan kepada saya semalam :

7hb Nov 2008
5-54pm : Dugaan pertama bila mak kena stroke on monday. Admitted to Serdang Hospital on Wed n discaj on Thurs. On d way ke Kelana Jaya. My mom alhamdulillah dah 2 hari tak kena stroke. Bg makan intra. Hayati kalimah alhamdulillah.

11-19pm : Bas mula bergerak ke KLIA

12-13am : 12 buah bas di iringi ambulan dan raider tiba di KLIA jam 12-20am

1-17am : Dah dalam perut kapalterbang. Kami last group masuk sbb kami agak depan. Row ke 8

6-07am : Masih di KLIA. Kapalterbang rosak. Jangka bertolak pukol 8am

8-24am : Jangka pukol 5 bertolak. Transfer ke Hotel Mines, Serdang.

Itu last sms yang saya terima dari Wani dan saya sms beliau kembali tapi masih tiada jawapan sehingga artikel ini ditulis pada jam 11-20am. Mungkin beliau berehat kerana satu malam tidak tidur. Saya pun sms meminta beliau bersama suami dan emak beliau berehat. Saya tidak pasti samada penerbangan beliau jam 5-00pm atau 5-00am kerana beliau hanya nyatakan jam 5 sahaja. Apa-apa pun saya dan SK doakan beliau sekeluarga di permudahkan, sejahtera dan sihat apabila sampai ke Tanah Suci nanti. Mungkin dugaan di permulaan untuk dipermudahkan kemudian, insyaallah.

3. AGGP 2008
Insyaallah AGGP 2008 akan berlangsung Isnin ini 10hb November 2008 di Kelab Golf Kinrara dan bakal di sertai oleh ramai rakan-rakan budiMaN dari Kuantan, Temerloh, Alor Star dan Kuala Lumpur tidak mengira batch senior dan junior. Setakat ini sebanyak 3 flight sudah pun mengesahkan penyertaan. Kepada rakan budiMaN yang tidak bergolfing tetapi mahu menyertai makan malam di Kelab Golf Kinrara boleh datang sekitar jam 7-00 malam untuk bertemu rakan budiMaN nanti. Kita pun mungkin ada sessi teh tarik yang berlarutan sehingga tengah malam nanti. Kepada rakan2 yang ingin datang boleh berhubung dengan Antu di 012-9860005 atau saya sendiri di 013-3511913.

3 comments:

Anonymous said...

Salam,
Lebihkurang pukol 5-30 ptg tadi, SK menerima sms dari Wani yang memberitahu beliau telah bertolak dari Hotel Mines ke KLIA. Namun begitu tiada butiran penerbangan beliau di berikan. Cuba untuk sms kepada beliau tetapi setakat ini tiada jawapan.

Anonymous said...

Salam, ai nak maklumkan juga, kalo ada sesiapa yang masih ingat pd Ida Noraini Husin, budak DIB batch January 86, sekarang bekerja dengan PKNS, telahpun ke Mekah sebagai tetamu Allah pada 11/11 baru-baru ni. Kita doakan moga dia memperoleh haji mabrur, selamat pergi dan kembali...ameeen....

Anonymous said...

koi minta maaf bebanyak. sibuk bebenar koi sampai tak sempat balas sms. apa-apapun koi dah ceritakan all details dalam blog