Wednesday, July 30, 2008

seMbaNG-seMbaNG

Isnin saya ceritakan pasal sahabat budiMaN penoreh getah. Malam semalam saya terima satu sms dari sahabat budiMaN kita itu. Sms tersebut lebih kurang begini :

Pening sangat ni brother. Nak ke KL tak lepas, duit tak ada, tambang bas pun tak lepas, ( sebenarnya sahabat budiMaN kita ni nak ke KL untuk menguruskan suatu hal yang penting yang mesti di buat dalam minggu ini juga - tambang bas tak sampai RM10 pun sehala ), asah pahat getah tak tajam2, anak bini tumpangkan makan di rumah emak saja sebab dapur 2-3 minggu tak berasap dah, setiap minggu kena sediakan RM110 untuk bayar wang pinjaman ( kalau tak silap saya ada diberitahu wang pinjaman PPRT atau KEMAS lebih kurang macam tu lah yang di gunakan untuk samada perniagaan atau bina rumah beliau yang masih tak siap-siap lagi kerana tiada kewangan untuk diteruskan - pinjaman ni kalau tak di jelaskan setiap minggu bermakna kumpulan orang miskin yang turut sama meminjam dalam kumpulan sahabat kita itu terpaksa berkongsi untuk membayarnya yang sudah tentunya menambahkan beban lagi kepada sahabat kita itu dan kumpulannya), goner gaya saya nak buat brother?

Itulah keluhan dari seorang sahabat budiMaN kita yang dapat sampai kepada saya. Bila saya terima sms begini saya teringatkan sahabat2 budiMaN kita yang susah. Saya teringatkan sahabat budiMaN yang pernah bercerita kepada saya terutama apabila buka sekolah dan ketika itu musim hujan di bulan Disember di mana hasil perniagaan pasar malam tidak laku. Ada sahabat lain pula yang terpaksa meminta kepada anaknya untuk memecahkan tabung anak untuk membayar zakat fitrah di Aidilfitri, sampai ke tahap begitu sekali.

Teringat pula saya kepada sahabat-sahabat budiMaN yang senang dan mewah, berjawatan besar, berkereta mewah, berumah besar, melancung ke luar negeri setiap tahun .... tolonglah ambil tahu nasib sahabat budiMaN kita yang kurang bernasib baik ini .... kalau tak boleh sumbang banyak .... sumbanglah setakat yang ikhlas hatta RM10 sekalipun. Jangan sebab anda berjawatan besar segan pula nak derma RM10 .... biaq pi la depa nak kata apa .... Hari ini hari mereka, hari kita, kita tak tahu lagi. Sebab itulah saya unjurkan Program Amal budiMaN seperti di bawah .... bukan nak tolong orang lain .... tolong saudara kita yang sama-sama dengan kita di UitM Kuantan dulu ..... kalau lebih sumbangan mungkinlah baru boleh kita berbakti dengan masyarakat setempat pula.

Ada sahabat budiMaN yang nampak saja macam senang tetapi sebenarnya susah sangat-sangat .... saya tahu. Ada sahabat budiMaN yang nampak susah dan sangat sederhana ... tapi sebenarnya banyak duit .... saya juga tahu ... saya tahu apabila mereka sampai boleh melabur RM30-40 ribu untuk sesuatu .... saya tahu apabila mereka senang-senang menabur RM50-100 untuk sesuatu yang tak berfaedah.

Tolonglah kepada sahabat-sahabat budiMaN kita yang memerlukan.

9 comments:

lan kida said...

Salam,
Sehingga semalam Rabu, Kitang memberitahu saya jumlah kutipan hanyalah RM200 sahaja. Saya tak dapat nak berkata apa .... cuma syukur...ada 2 kerat insan budiMaN yang masih menghargai persahabatan di kala susah dan senang.

Saya rasa batch UitM Kuantan ramai bilangannya ... kalau batch Julai 85 sahaja saya rasa melebihi 300 orang dan yang mengetahui kewujudan dan mengikuti blog ini melebihi 100 orang ... jadi kalau 100 orang sumbang RM10 pun kita dah ada RM1,000 tetapi malangnya tak tercapai hasrat tersebut ... hasrat untuk membantu kawan-kawan budiMaN yang tidak bernasib baik.

Semalam juga saya cuba membantu kawan penoreh getah kita. Saya cuba untuk bank in ke dalam akaunnya, malangnya beliau memberitahu saya untuk menaiki bas ke bandar bagi mengeluarkan wang yang saya bank in pun beliau tidak terdaya padahal tambang tersebut cuma lebihkurang RM2-00 sahaja. Saya cuba minta tolong kepada kawan budiMaN yang duduk berdekatan beliau tetapi tiada yang dapat membantu. Saya tak dapat bayangkan perasaan beliau sekeluarga ketika ini ... hanya Allah swt yang mengetahui.

Hari ini saya akan usahakan lagi cuba meminta tolong kengkawan yang duduk berdekatan untuk membawa beliau ke bandar bagi mendapatkan tiket bas untuk ke KL. Urusannya cuma tinggal hari ini dan esok ... jika gagal maka hancur lah harapan beliau dan gagal lah saya membantu seoarang sahabat yang sangat-sangat dalam kesusahan.

Saya teringatkan juga Apamz yang bakal menimang cahyamata ke 3.... bagaimana persiapannya, bagaimana persediaannya ... keseorangankah dia seperti dulu menjaga keluarganya tanpa sedikit pun bantuan kengkawan?

Sanggupkah kita dikatakan kawan ketawa sahaja dan apabila menangis kita meninggalkan kengkawan .... saya rasa kengkawan budiMaN belum tergamak lagi berbuat demikian.

Anonymous said...

TERUK SANGAT? SAPA LAH DIA. SUSAH NAK TOLONG KALAU TIDAK TAHU SAPA.

ummi said...

Salam Kida,
Memang rasa terharu dan sedih dengan cerita kawan2 yang terlalu susah kehidupannya di saat kita menikmati sedikit kesenangan..(siapalah agaknya..boleh kot bagitau)..umpama hidup melarat saja mendengarnya..Rasanya masih ramai insan di luar sana yang mampu dan berhati mulia..cuma kadang2 terlepas pandang oleh kerana banyak sangat urusan seharian yang memang kalu nk tunggu habis, xkan penah habis..InsyaAllah kita sama2lah saling mengingati dan usahakan..tapi so far, dah banyak jgk aktiviti kita berjaya direalisasikan dengan adanya kawan2 yang masih prihatin kan..Biasanya last minute, ramai akan buat tindakan dan turun padang jugak!

Memang x perlu banyak nak disumbangkan, sebab kalu nk tunggu banyak kita duk rasa x banyak gak lagi nak hulur..bila bagi sikit kita rasa sikit pulak nk bagi..walhal kalu dapat kat orang yang susah macam tu, banyak dah dia rasa! Jangalah nanti last-last niat tinggal niat je..!!

Betullah orang kata alim ulama': Adalah lebih baik kita hulur sendiri RM1 sekarang dikala kita masih hidup, daripada orang lain yang tolong hulurkan beribu ringgit harta yang kita tinggalkan bila kita dah xda di dunia nih!

**Ummi hanya mengingatkan pesanan ini untuk diri Ummi dan terapkan nilai ni kat family Ummi..itu sahaja..x bermaksud selain daripadanya. Maaf. Ikhlas!!

lan kida said...

Salam,
Anonymous ni bercakap sedap mulut ke apa... lu pun tak bagi identiti lu..sibuk lu nak tahu identiti orang.... kalau lu pun malu dengan diri lu sendiri... abis lu ingat orang yang kedana tu tak segan ker?

Sebab itu gua cakap, lu kena ambik tahu pasal rakan-rakan... telepon sendiri...pergi tengok sendiri... bukan setakat kat blog ni saja...

Lu pernah pergi tengok Apamz? Lu beritahu gua Anonymous.

Anonymous said...

JANGAN MELENTING BRO. GUE TANYA PONG MELENTING. WHATEVER BRO.

lan kida said...

Salam,
Sorry beb...gua mmg pantang dengan orang pakai anonoymous ni.... jadi lu boleh blah. Adios...chiow... berambus!

Gua tak perlu lu di sini.

Anonymous said...

SALAM..

HAHAHAHAHA.... BLOG PALING BOSAN DAN SYOK SENDIRI.... ANGKAT BAKUL LU BOLEH PERASAN SENDIRI...

zula said...

Jangan la nak gaduh2, tak baik ar, blog ni tujuannya nak rapatkan hubungan, bukan nak menjarakkan hubungan, kalo rasa boleh tolong kawan-kawan, kita tolong, kalo rasa tak, tak per, simpati aje pun cukup. Lan kida pun jangan emosi sangat ae..ai suka aje ada blog ni dan yu pun sebenarnya berjaya merapatkan hubungan kawan2 melalui blog yu, anonymous plak, jangan sebab orang tegur sket yu kutuk macam-macam..moga silaturrahim antara kita seme berpanjangan...

LaN KidA said...

Salam Nonymous,
dah..dah..dah ler beb... yang lu dok intai2 dan jenguk2 kat blog bosan dan perasan ni apahal... dah...dah...pi blah cari blog lain yang tak bosan dan perasan dan memenuhi selera lu... blog ni kurang selera skit la dengan lu.