Monday, July 28, 2008

pRoGRaM aMaL budiMaN siri 2

Semalam genap sebulan sejak Program Amal budiMaN di lancarkan dan sehingga kini seperti yang dilapurkan oleh Bendahari budiMaN saudara Kitang, jumlah sumbangan hanyalah RM100 sahaja yang diterima setakat ini. Nyata jumlah tersebut amat mendukacitakan. Namun begitu dari perbincangan dengan Kitang, Bilal dan Kudin Mekanik pada minggu lepas, kami ingin melanjutkan lagi pemberian sumbangan ini sehingga masuknya Ramadhan nanti iaitu sekitar bulan September nanti bagi membolehkan sumbangan ini diberikan dalam bulan puasa nanti, insyaallah.

Saudara Apamz kita sebagai salah seorang target untuk diberikan sumbangan ini akan menyambut kelahiran anak ke3 beliau sekitar bulan Ogos nanti. Sumbangan oleh kengkawan budiMaN saya anjurkan supaya sedikit sebanyak dapat meringankan beban Apamz sekeluarga dari segi kewangan. Keperitan menjalani kehidupan seharian mungkin tidak terdaya di bantu oleh kita semua di sini tetapi dengan sumbangan amal budiMaN sekurang-kurangnya dapat meringankan sementara keadaan Apamz sekeluarga, insyaallah.

Saya juga baru-baru ini sempat bertemu dengan seorang lagi kawan budiMaN yang hidup dalam kemelaratan walaupun sering mendampingi kawan-kawan budiMaN yang lain. Beliau tidak merasa segan bergaul dengan kengkawan walaupun semua aktiviti bersama kengkawan di tanggung oleh kengkawan budiMaN yang lain. Mungkin tidak terlihat di muka beliau keperitan yang di alami. Masih bergantung hidup dengan menjadi penoreh getah dengan isteri yang tidak bekerja. Musim getah meluruh selama 2-3 bulan ini menjadikan beliau tidak berpendapatan. Saya juga ingin unjurkan agar sebahagian wang sumbangan itu nanti mungkin boleh di sedekahkan kepada beliau terutama dalam bulan Ramadhan nanti sebagai persediaan kepada keluarganya agar beliau dapat menyambut Hari Raya nanti dengan sedikit persiapan untuk anak-anaknya.

Teruskanlah dengan menyumbang kepada kengkawan budiMaN yang kurang bernasib baik kerana sumbangan anda semua bukanlah kepada orang asing jua tetapi kepada kengkawan budiMaN sendiri yang sama-sama bergelak ketawa, suka, duka semasa kita semua bersama-sama di UitM Kuantan suatu waktu dahulu.

Segala sumbangan bolehlah di bank in melalui akaun Maybank seperti butiran di bawah :

Bank : Maybank
No Akaun : 114254123223
Nama Akaun : Zainordin Awang Samah
Telefon : 03-22972584, 019-7567799
EMail : zainordin@maybank.com.my

Setelah anda menyumbang menerusi akaun tersebut, sila sms atau berhubung dengan Kitang untuk memberikan butiran sumbangan anda untuk tujuan catatan pengurusan.

Berbudi Melalui budiMaN
Beramal, Berbakti, BersilatulrahiM

No comments: