Monday, April 21, 2008

teH taRik kuNaNg-kuNaNg

Malam semalam (Ahad malam Isnin), Bilal telah mengajak beberapa kengkawan budiMaN untuk berteh tarik di Restoran Kunang-Kunang yang terletak di Gombak. Restoran Kunang-Kunang ni khabarnya usahasama antara Yazid Search dengan Ramli Sarip dan menghidangkan makanan Melayu dan Western. Antara kengkawan yang hadir ialah Walid, Fadil Sutoq dan Kudin serta saya sendiri. Arash dan Apek yang pada mulanya di katakan nak hadir tapi tak muncul-muncul sehinggalah selesai teh tarik.

Rupa-rupanya Bilal dan kengkawan budiMaN telah membuat suprise kepada saya dengan kek harijadi saya. Maka saya pun memotong kek tersebut dan kami semua pun makanlah beramai-ramai. Terima kasih kepada kengkawan yang bersusah payah membeli kek untuk harijadi saya ini. Kami pun bersembang dengan pelbagai topik dan antaranya perancangan aktiviti budiMaN untuk setengah tahun 2008 akan datang ini.

3 comments:

Anonymous said...

Salam...Hepi Belated Besday...lambatlah puloook!...sorilah Datuk Bandar Tmn Melati x dpt nak join sekali ngeteh tu...
Anyway koi doakan awok dipanjangkan umor/sihat tubuh badan,dimurahkan rezeki,aman bahagia disamping famili tercinta & dikurniakan kebaikan di dunia & akhirat...Amin

Anonymous said...

Yoo Roding2,

Koi mintak maap byk2 tak dapat hadir... anak koi koi dodoikan suruh tidur takut diorg nak ngikut...tak mboh gak tidur2... lama2 koi yang tertidor...

Pada Kida...koi ucap happy best day... masuk 40an nie.. moga-moga kekal sihat dan uummph tu maintain...

Apeks

Anonymous said...

harap maaf, reatoran kunang kunang tu bukan lah hasil usahasama artist Yazid & Ramil Sarip mereka hanyalah kenalan rapat big bos retoran tstb. Harap maklum