Friday, April 18, 2008

beSday GuA La pLaK

Hari ini 18hb April 2008, genaplah umur saya 43 tahun. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kepada Allah swt kerana dapat saya mencecah usia sampai ke sini dengan kesihatan yang masih sempurna dan baik serta kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan dan kesejahteraan. Memang dalam usia sebegini masih banyak lagi hasrat yang belum kesampaian, usaha yang mengimpikan kejayaan dan bakti yang ingin di semaikan. Menoleh kebelakang juga masih banyak amalan yang belum di tunaikan dan hasrat untuk meningkatkan cinta dan kasih kepada Yang Maha Pencipta dengan meningkatkan amalan kepadaNya dan memperkuatkan keimanan. Sempena malam Jumaat yang amat berkat ini saya memanjat doa kepada Allah swt moga hasrat yang tak kesampaian dapat di sampaikan, moga keinginan di makbulkan, moga kesihatan yang baik dikekalkan, moga keimanan di tingkatkan, moga amalan di lipatgandakan dan moga kesejahteraan di dunia dan akhirat diperolehkan.

10 comments:

ummi said...

Salam Kida...Weee...Happy 43rd Birthday..(*muda lg tuuuu)..Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk berbuat lebih kebajikan dan amalan sepanjang hidup..Semoga berbahgia selalu di samping isteri comel yg tercinta dan anak2 (*comel gak..) tersayang..

**psst..xnak kumpul ke geng April leh tempah pulut kuning bertingkat..wat doa selamat hehe..(*jgn lupa msukkan abg nu..tp dh lepas 12 April hari tu..hehe)

abg nu said...

Assalamualaikum Kida..
SAya doakan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan berbahgia selalu bersama keluarga tersayang. Semoga kehidupan lebih diberkati di dunia dan akhirat..amiinnn..

dona_itmpahang@yahoo.com said...

Happy 43rd Birthday!!!
Semoga murah rezeki, bahagia dunia dan akhirat dan dilindungi Allah SWT slalu...

charlie said...

Pak cik!!!

Di doakan panjang usia, murah rezeki, dilindungi Nya sentiasa.

LaN KidA said...

Salam,
Ummi, Abg Nu, Charlie..... wah! semua ada, anak sedara, mok sedara, pok sedara... tima kasih kerana doakan saya.

Tima kasih juga buat Dona dan beberapa kengkawan seperti Bilal, Kudeng, Raman Kerbau yang ada sms kepada saya mengucapkan Happy Cutting Cakes Day.

Malam ni geng budiMaN Temerloh pun ada di KL ajak saya teh tarik tengah malam nanti bersama beberapa kengkawan budiMaN KL.

Bilal juga bersama Kudin Mekanik ada beritahu saya untuk ajak teh tarik pada hari Ahad malam Isnin ni bersama kengkawan budiMaN. So kepada sesiapa yang ada kelapangan tu marilah join sekali. Tempat Bilal belum confirm lagi dan Ahad nanti dia akan beritahu saya. So sape yang nak join tu either sms Bilal atau saya nanti.

RAZANI said...

happy besday kida semoga dipanjangkan umur,murahkan rezeki & mendapat kejayaan dalam kehidupan dan yg paling penting moga2 mendapat keberkatan Illahi dlam apa jua yang kita buat...amin

Walid said...

salam.
Selamat hari lahir dan semuga tarikh kelahiran ini akan menjadikan sahabat lebih berbakti secara positif baik zahir maupun batin.SEmuga slalu diberkati ALLAH s.w.t. buat sahabat serta keluarga sahabat.
Amin.

p/s jgn lupa hari kelahiran saya puloqqq....ngusik jer.

Anonymous said...

SELAMAT PANJANG UMUR BANG...MURAH REZEKI ...DIBERKATI ALLAH KEHIDUPAN DIDUNIA DAN MENDAPAT SHURGA DIAKHIRAT.
SALAM...bob mpk

ZM said...

Kida, rupanya birthday awok berdekatan dgn koi juga ye. Tak perlulah tahu tarikh sebenar birthday koi. Tapi Norhuda (DPA) pun tak lama lagi akan sambut birthday dia. Masa kat ITM kami pernah sambut bersama. Makan rojak ayam kat Taman Gelora. Hehehe...

Anonymous said...

Salam Kida,
Saya pun nak tumpang ucapkan Happy Birthday buat Kida semuga dilindungi Allah SWT selalu ..begitu juga geng yang seangkatan, yang akan sambut umur 43 tahun ...tahun ni.

Fadzil
Cambodia