Tuesday, April 22, 2008

siNdRoM 40aN

Sembang-sembang semasa di Restoran Kunang-Kunang tempohari bersama beberapa kengkawan budiMaN berkisar juga kepada perubahan umur yang makin meningkat dengan beberapa perubahan diri yang agak ketara. Nyata beberapa sindrom 40an telah mula melanda kengkawan budiMaN yang kebanyakannya sudah mencecah umur 40an atau ada yang hampir memasuki era 40an. Antara beberapa sindrom yang ketara menurut kengkawan budiMaN ialah :

1. Sindrom Pelupa
Banyak antara budiMaN yang memasuki umur 40an khabarnya semakin kurang daya ingatan. Mudah lupa. Walaupun untuk perkara yang sebentar tadi sahaja baru di lakukan. Fadil Sutoq bercerita baru-baru ni bagaimana beliau terkunci di luar pejabatnya. Waktu tu dia kata bini dia baru call beritahu suruh hantar anak beliau tuisyen. Beliau pulak boleh lupa anak dia tuisyen pada setiap Isnin dan Rabu. So dia pun bergegas la keluar pintu dan terus kunci mangga grill pejabat. Sebaik "klak" dia kunci, terus teringat kunci pejabat dan kunci kereta masih lagi kat dalam pejabat. Pejabat di tingkat 1, nak turun bawah ada satu grill lagi kat pintu bawah, pun berkunci jugak, naya betul. Nasib baik telefon bimbit tak lupa sebab selit kat pinggang. Dekat 1 jam jugaklah katanya nak cari member yang ada kunci spare. Last-last, anak pun tak dapat hantar tuisyen dan dia terpaksa melenggung antara tangga pintu depan dan pintu pejabat hampir sejam.

2. Sindrom Rabun Dekat
Sindrom ni pun dah banyak dah saya tengok ada pada budiMaN. Bila membaca kertas bertulisan kecil terpaksa tengok jauh-jauh. SK pun dah pakai cermin mata rabun dekat. Padil Sutoq, Kudin Mekanik, Raman Kerbau, Kudeng dan ada 2-3 orang lagi, saya tengok bila membaca je, memang nak kena jarakkan jauh-jauh sikit baru nampak. Saya sendiri pun kekadang macam tu juga terutama bila mata kepenatan. Tanda-tanda....

3. Sindrom Tak Lawas Berak
Nipun ada beberapa kengkawan cakap, katanya kalau dulu memang cukup disiplin bab buang air besar ni, tiap-tiap pagi bangun tidur, gerenti on. Tapi bila masuk 40an jer, mulalah dia buat hal. Perut masuk angin la, buang air besar pun 2 hari sekali. Makan banyak tapi susah nak buang air. Tanda-tanda kebuncitan perut nak datang sebenarnya. Ada juga yang selera makan makin kurang tapi bila nak buang air besar dah tak disiplin macam dulu. Camno tu! Tu yang makin banyak angin dalam badan dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit... tu yang selalu naik angin satu badan tu beb. Angin betul lah...

4. Sindrom Kurenngg
Sindrom ni pun ada kengkawan budiMaN kata sedar tak sedar bila masuk umur 40an dia rasa makin kurennggg. Kurenngg apa...kurenngg sex excitement dan kurenngg nak buat sex relation. Lebih kurang macam kurang cas atau kurang karan la.... malap je tak macam dolu-dolu. Ni saya dengar dari kengkawan budiMaN lelaki la...pompuan tak tahu la plak. Mungkin lama sangat dah kot... nak kena recharge atau bagi karan full power...tak pun tanda-tanda nak dapat sindrom satu lagi la...sindrom gatal 40an...hehehe. Mungkin jugaklah kalau kena cas baru atau karan baru...baru boleh buat full throttle agaknya...hehehe.

Itulah antara sindrom-sindrom bila meningkat umur 40an yang dapat saya perhatikan melalui perbualan dengan beberapa kengkawan lelaki budiMaN. Tupun tak termasuk kes sakit badan la, sakit urat la, berpantang dengan makanan la, mula ada tanda-tanda nak dapat sakit macam-macam la dan berbagai lagi. Nak hurai pun panjang lebar beb. Minta kengkawan la huraikan pengalaman masing-masing kat ruangan komen plak. Apa-apapun, semakin meningkat umur di harap semakin matang dan berpengetahuan diri kita di samping meningkatkan lagi amalan kita kepada Allah swt. Sebenarnya banyak lagi tanggung jawab yang lebih besar yang mendatang yang perlu kita tangani baik kepada keluarga, masyarakat dan diri kita sendiri.

10 comments:

SaYanG kidA said...

amboi2 kida...patutlah td bila kita bercerita main angguk2 jer.. ingatkan concentrate baca online news... ghupenyer wat article...

sebenornya sk pkai spek bila baca tu sbb nak nmpk ada style... kan sk wat apa2 aje with style ahaks!

sk *wink* (with style)

Anonymous said...

Oh friend.. .maybe its you guys.. It doesn't apply the middle-age crisis on me! You guys look really old !

Teman Sejati

walid said...

salam.
semua tu adalah tanda peringatan buat semua insan-insan makhlukNYA termasuk la diri saya sendri.
kekdg tu sikat rambut pun terlupa..rasa2 cam da sikat tu yg trus gi ofis...nasib baik ofis ada cermin, bole la sikat ala2 abg Zack a.k.a kitang.(sikat kai jari jemari jer)

tak gitu rodong???

ummi said...

Salam sume..Haahlaaa!!..bagus pnya artikel Kida letak..sume kida cakap tu adalah sesetengah yg dah mengidap, sesetengah tu coming soon kot wpun rasa diri muda..hahaha..xpa usia hnyalah usia..bergaya seadanya..jgn over dah kan sk?? ummi pun nk tempah spek gak laa..tp x rabun lg..nk lebihkan gaya..ahaks!! (*abg nu jeling duk sebelah)

Tp kan Kida, ada org wat research women at this age (40th) are at their prime actly..matang segalanyaa..semakin nmpak peka kalu pasangan mula nk wat hal, semakin nk menarik hati suami, semakin mencari resepi keharmonian rmhtangga utk membahagiakan pasangan or fmly, semakin tau kalu2 suami mula nk wat hal, tp kantoii dgn isteri akhirnya..(itu kata Dr Fadzilah Kamsah le..dia yg wat research hehe..)

Tp kan org lelaki kalu rabun pun nak membaca je..kalu tgk wanita jarang yang rabun..tau je wanita tu cantik ke x ke..isteri dia makin tua ke, makin muda ke (*jarang nmpak ni..)kwang 3x

Ok jgn amik hati la sume ya..ummi saja2 je meriahkan kat sini..xnak la serius sgt..apapun belum terlambat di usia ni nk menambah ilmu di dada ke, nak berniaga ke, nak berkenalan ke..hehe..lg baik memanjangkan silaturrahim kan, kan..

Didoakan sume BUDIMAN beroleh kesejahteraan di usia yang semakin matang ni..(*bukan tua lah).

SaYanG kidA said...

To walid – amboi guna shampoo rejoice ker sbb guna jari pun boleh... ahaks!

To ummi – ala bergaya sakan pun untuk suami apasalahnya kan kan kan...besar pahala tu :)

To anonymous aka teman sejati– siapakah gerangan tuan hamba? wld appreciate if u cld identify urself next time yea ;)

sk said – just enjoy and appreciate life... have fun and stay healthy - "life is great"

Anonymous said...

Tergelok koi maca article awok ni Lan, tapi itulah realiti nya hidup kita ni....semoga semua tabah menghadapi dugaan ini...itu baru 40an...50an nanti..lagi banyak penyakit...harap2 kita semua jaga kesihatan...jaga makan, exercise dan jauhi perkara2 yg memudaratkan seperti overdose of teh tarik, merokok dan sewaktu dgn nya

Fazuna/Joana

walid said...

salam.
SK,
walid kai syampu minyak kelapa jer..x pakai jari pun leh sikat...geling2x..angguk2x dah ok....hehe
Joana/fazuna - tul tu.kena jaga kesihatan luar n dalam.(bukan suar dalam tau.)

p/s maaf tuan tanah jika 'word' tu agak 'kureng' skit.

kudeng said...

Assalamualaikum

40 is a miraculous number actually. At the age of 40, a certain one Muhammad ibnu Abdullah was chosen to become the Seal of the Prophet, Prophet for all mankind, and an imam for all the previous prophet.

Prophet Musa a.s. went for khuruj on top of Mount Sinai for 40 days.

A life is being blown by Allah SWT into a human embryo after 40 days inside the mother's womb.

Prophet Yunus a.s. was in the belly of the Nun for 40 days.

40 days and 40 nights of performing our fardhu prayers without missing the imam's takbiratul ula can protect you from nifa' and the torture of hellfire.

Last but not least, life begins at 40...really?

Anyway, I'm turning 40 this October.

Ana la a'lama, Wallahu Ta'ala A'lam.

komeng said...

some people says..life begins at 40...whargh whargh whargh

komeng said...

kalau pasal sindrom pelupa ni wa ada satu citer...baru je jadi pagi semalam (30.4.08)....pagi wa jaga pukul 6 pagi...biasa le wa bangun pukul 6 pagi....biasanya bila jaga terus bangun n pegi mandi kecuali hari ct....pagi semalam bila jaga x terus pegi mandi tapi sambung zzzzz semula....bini wa pun pelik....mana x sambung zzzzznya,wa ingatkan pagi sabtu....nasib baik ler bini wa kejutkan....kalau tak lambat ler masuk opis.....life begins at 40...he he he