Wednesday, April 16, 2008

seMbaNG-seMbaNG

Saya rasa bermula dari blog ini di terbitkan, bulan April 2008 merupakan bulan di mana paling kurang artikel yang saya hasilkan untuk blog ini. Buktinya setelah memasuki pertengahan April cuma 2 artikel sahaja yang dapat saya hasilkan. Mungkin kesibukan kerana beberapa urusan membuatkan saya terbatas idea untuk menulis. Untuk mengadakan suatu projek amal atau perjumpaan budiMaN seperti yang di suarakan oleh sesetetengah kengkawan pula, buat masa ini saya belum mempunyai kekuatan, ketabahan dan kesabaran dan yang paling penting masa untuk merealisasikan perkara seumpamanya. Insyaallah, jika beberapa perkara yang menyebabkan kesibukan saya dapat di selesaikan, akan saya usahakan nanti suatu aktiviti budiMaN yang akan dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Walau dengan kesibukan akibat beberapa perkara, saya masih sempat menjenguk blog ini seketika sekurang-kurangnya 2 hari sekali di samping berteh tarik dengan beberapa kengkawan budiMaN samada yang datang ke KL mahupun yang duduk di KL. Sempat bersembang berbagai perkara baik urusan perniagaan mahupun kehidupan.

Sembang 1:
Dalam suasana ekonomi dan kos kehidupan yang makin meningkat dengan sangkaan kita terlalu payah menghadapi kehidupan yang serba mencabar ini, tersentuh hati saya bila ada sahabat bercerita bahawa beliau pernah di suatu hari (lebih kurang 1-2 bulan yang lepas) di mana tiada duit langsung untuk membeli barang keperluan dapur. Rumahnya di KL. Sampaikan 2 anaknya merengek kelaparan sedangkan tiada apa untuk di beri makan jauh sekali untuk membeli makanan. Maka di suruh isterinya membuat susu untuk diberikan kepada ke dua anaknya itu. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi berumur 7 tahun. Selesai di berikan susu tiba-tiba ke dua-dua anaknya muntah kerana perut telah masuk angin akibat kelaparan. Dengan berlinangan air mata kedua suami isteri itu melihatkan keadaan anak-anak mereka, si sahabat kita ini berjalan kaki membawa segala kad ATM yang beliau ada dan cuba mengeluarkan segala baki wang yang boleh di dapati. Mujurlah katanya dapat juga di keluarkan dari 7 ATM yang mempunyai baki antara RM15-RM20. Dari 7 ATM tersebut dapatlah dikeluarkan RM70 dan dapatlah beliau membelikan makanan untuk anak-anaknya. Tersentuh hati saya mendengar cerita sahabat kita itu kerana kadang-kadang kita tengok seseorang yang susah tetapi merasakan sendiri kesusahan yang di tanggung tidaklah sama dengan melihatnya sahaja.

Sembang 2:
Ada sahabat kita juga (sahabat budiMaN yang lain) yang berniaga gerai di tepi jalan. Kadang-kadang katanya tersentuh hatinya melihat anak-anak beliau yang menunggu beliau berniaga tidak seperti anak-anak orang lain terpaksa bermain di tepi longkang yang berbau busuk dan bermain-main dengan tikus-tikus yang merayap. Kekadang anaknya meminta untuk di belikan gula-gula berharga 20 sen tetapi ada masanya tiada langsung pendapatannya dan terpaksa berkata kepada anaknya "Lain kali la abang". Realiti.

Sembang 3 :
Dalam akhbar The Star Isnin 14hb April 2008, muka surat 15, saya tersentuh juga membaca berita berkaitan kanak-kanak lelaki Yeap Jia Hui berumur 10 tahun yang tinggal berseorangan di sebuah apartment di Batu Ferringhi, Pulau Pinang selama 2 tahun setelah ibu beliau meninggalkan beliau berseorangan. Ibunya hanya meninggalkan beliau kad ATM dan kadang-kadang 2-3 minggu sekali, ibu beliau akan singgah melihat keadaan beliau. Ibunya juga akan memasukkan wang sekitar RM20 atau RM30 untuk belanja Jia Hui sebulan. Beliau tetap ke sekolah, beli makanan selepas balik sekolah dan menghadiri kelas tambahan sekolah 3 kali seminggu tanpa sesiapa tahu beliau tinggal berseorangan. Beliau akan membuat kerja sekolah dan bermain dengan kawan-kawan dan sekitar pukol 8-30 malam beliau akan kembali ke apartment (smelly rubbish-filled apartment - gambaran The Star). Bayangkan kengkawan budiMaN semua, bagaimana perasaan budak sekecil begini duduk berseorangan di tinggalkan keluarga. Bagaimanakah beliau survived dengan wang sebanyak RM20 atau RM30 sebulan yang diberikan oleh emaknya.

Sembang 4 :
Bercakap pasal survival dengan RM20 atau RM30 sebulan seperti Jia Hui, saya juga pernah berjumpa dengan seorang anak orang kaya yang hidup penuh dengan kemewahan tiba-tiba menjadi miskin dan susah. Kalau dulu setiap kali makan samada di hotel atau restoran yang terkenal. Sekali makan sekurang-kurangnya RM200-300 seorang. Bila beliau menjadi miskin beliau seperti hilang punca dan tidak tahu bagaimana untuk hidup dengan wang yang sedikit. Diberi beliau RM10 beliau tidak reti bagaimana nak makan dengan wang RM10 itu. Kalau kita dengan wang RM10 kita tahu bagaimana untuk membeli makanan tetapi beliau tidak tahu kerana beliau tidak pernah mengalami situasi dengan hanya RM10 kita boleh dapatkan makanan. Nampak mustahil tapi realitinya begitu. Bila duduk di atas tanpa pernah memandang atau turun ke bawah, bila jatuh tersungkur, beliau tidak tahu situasi di bawah. Sebab itu pada saya, kita boleh kata seseorang itu susah dan amat berat masalahnya tetapi selagi kita sendiri tidak pernah mengalami masalah sedemikian, kita tidak akan pernah faham dan dapat merasakan kesusahan tersebut sebenar-benarnya.

Ketabahan, kesabaran dan menempuh hidup sebegitu seperti cerita-cerita di atas kadang-kadang membuat saya amat terharu dan menyanjung tinggi dengan apa yang telah mereka semua lalui. Kadang-kadang kita merasakan diri kita susah tetapi sebenarnya masih banyak lagi insan yang lebih susah dari kita. Semestinya kita sentiasa bersyukur kepada Allah swt dengan apa yang kita ada. Semestinya juga kita sentiasa prihatin dengan sahabat-sahabat kita di sekeliling dengan selalu bertanyakan khabar dan mengunjungi mereka kerana dengan hanya bertelefon atau mendengar khabar melalui pihak ketiga tidaklah sama seperti kita bertemu sendiri dan dapat meluahkan isi hati dan melihat sendiri keadaan sahabat kita itu. Ikhlaskanlah diri kita.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Pak cik dan ghodong semua.
Pengalaman dalam melunsuri kehidupan. Kesusahan dan kepayahan dalam menghadapi kehidupan akan menjadikan kita seorang insan yg mengenal erti kehidupan. Pengalaman berharga itu akan mematangkan kita. Menghargai apa yang kita miliki. Berat mata memandang, sesak telinga mendangar berat lagi bahu memikul. Hanya yang merasai dan Allah taala jua yg mengetahui. Kenal dan dapat menilai erti persahabatan. Mana satu kawan, mana satu rakan dan mana satu sahabat. Hidup macam roda. Adakala di atas. Adakala di bawah. Bila di atas, jenguk-jenguk la kawan, rakan, sahabat yg kat bawah. Bila kat atas beringatlah..., mungkin satu hari, kita kat bawah. Bukan celoteh atau mgomel.. sekadar peringatan buat diri.. Life is tough... Disinilah significant nya kawan, rakan, sahabat mahupun BUDIMAN.......

Anonymous said...

wkumsalam charlie..salam untuk Budiman sume..
Dalam usia yang sebegini, kita yang x senang sgt, x susah sgt ni kenalah bersyukur sentiasa dan mengingatiNya walaupun apa yang diharungi. Saling bantu-membantu dan tolong-menolong dengan ikhlas amatlah digalakkan...Betul dah apa kata Charlie tu..xyah ummi nk komen panjang...saling mengingati sesama kita, kalu ada yang susah kita ringankan, kalu ada yang senang, bolehlah bulur-hulurkan..

**Kida, siapakah hamba Allah ni ya..xnak wat konvoi ke g ke rumahnya kita ziarah jugak la dan melihat dan menyelami kesusahan beliau..insyaAllah, kalu right timing. Bila kenangkan anak2 kecil yang xreti apa2 tulah yang buat hati meruntun..sedangkan anak2 kita mewah makan, pakai segala..

LaN KidA said...

Salam anak sedara(Charlie) dgn mok sedara (Ummi),
Buat pengetahuan semua, rakan budiMaN yang saya ceritakan di atas sememangnya pada waktu itu kesusahan dan sehingga kini masih menanggung kesusahan juga tetapi mereka ada memberitahu saya mereka boleh lagi meneruskan kehidupan seadanya dan berterima kasih sangat kepada kengkawan yang prihatin.

Sebenarnya ada di antara mereka telahpun kita semua budiMaN bantu dahulu semasa Kutipan Sumbangan Menghantar Anak ke sekolah berasrama penuh kalau tidak silap saya pada tahun 2007 yang lepas.

Buat masa ini saya rasa biarlah mereka jalani kehidupan semampu mereka dan mungkin ada ketikanya di suatu hari nanti apabila mereka memerlukan bantuan, insyaallah akan saya suarakan di sini moga-moga budiMaN sudi menghulurkan bantuan.