Thursday, December 28, 2006

RazAni @ bULu miNta tOLonG keNGkaWan

Pagi tadi Razani @ Bulu yang baru saja kematian isterinya menelefon saya. Sebenarnya saya dari sehari ke sehari memang nak telefon beliau bertanyakan khabar tetapi kerana kesibukan kerja dan urusan-urusan seharian membuatkan saya terlalai menelefon beliau. Sempat saya bertanyakan khabar dirinya dan beliau menyatakan dirinya dalam keadaan baik dan telahpun mula bekerja. Anak-anak beliau seramai 3 orang masih lagi tinggal bersama-samanya di Puchong Perdana.

Razani juga menanyakan saya jika saya tahu ada di antara kawan-kawan ITM kita dahulu yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara samada di Ibupejabat atau di Selangor. Ini kerana beliau mempunyai urusan yang amat penting berkaitan anak bongsunya untuk di uruskan segera dengan JPN. Sebelum ini beliau telah cuba menghubungi JPN malangnya tidak mendapat kerjasama seperti yang di hajatkan.

Saya beritahu beliau sepanjang pengetahuan saya tidak ada kawan-kawan ITM kita dulu yang bekerja di JPN. Walaubagaimanapun saya memberitahu beliau untuk cuba bertanyakan kawan-kawan lain di dalam blog ini, mungkin ada di antara anda semua tahu jika ada kawan-kawan ITM kita yang bekerja di sana. Oleh itu jika anda tahu ada kawan-kawan ITM kita yang bekerja di JPN agar dapat menghubungi Bulu di 0122095272. Jika anda mempunyai kawan atau saudara yang bekerja di JPN yang mungkin juga dapat membantu Bulu bolehlah juga menelefon beliau untuk membantu. Sekurang-kurangnya semoga dengan pertolongan ini akan dapat membantu Bulu yang baru kehilangan isteri yang tercinta, Insyaallah.

5 comments:

Amir-Isa said...

a'kum kida:
nak minta permission dari kau dan Bulu, minta email add. Razani @ Bulu kalau dia tak keberatan. Nanti email kat aku. Appreciate it.
Thanks.

Amir

Anonymous said...

Kida..artikel awok ni kabur lah. Sepatut terang detail apa masalah si Razani ni, manalah tahu ada org yg maybe pernah mengalami perkara yg sama dan boleh juga membantu. Tapi tak tahu lah kalau masalah tu maybe terlalu peribadi nak dikongsikan dlm blog

Anonymous said...

Kida, klu JPN kat HQ koi tak adelah kawan, tapi klu kat JPN Kuantan ni, Pengarah dia kamceng dengan koi, sebab koi dulu (1990 - 1998)masa kat Hospital Pekan pernah bertindak sebagai Pendaftar Kelahiran & Kematian dan ramailah anak-anak yang bersalin di Pekan, tertera nama koi kat Sijil Kelahiran mereka.

Anonymous said...

Maaf lah artikel aku tu kalau kabur tapi tulah sebab aku bagi no handphone Bulu supaya kawan-kawan call dan tanya dia sendiri, lagipun rasanya ramai yang tak pernah nak telefon Bulu sebelum ni. So call la Bulu ye...bolehlah dia ceritakan sendiri...ZM..call la Bulu kan senang...tekan je butang telefon... hehehe

LaN KidA said...

Thanks to Nor Anita (DSS batch Jan 87) dan Kudeng DSS yang sudi membantu Bulu. Anita ada contact tru e-mail dan Kudeng sms kpd saya utk menolong Bulu.