Semasa sembang-sembang teh tarik di Satay Kajang tempohari beberapa cadangan untuk mengadakan sessi dinner keluarga pada penghujung bulan Disember 2006 ini ada diutarakan oleh beberapa kengkawan. Tarikh-tarikh yang dicadangkan maybe antara 23hb Disember sehingga ke 28hb Disember mana yang sesuai dengan kengkawan. Dinner family reunion ni hanyalah satu acara bagi meneruskan persahabatan yang telah terjalin kembali antara kita semua khususnya bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Lembah Kelang. Dengan cara ini kita akan stay in touch antara kita serta family kita dengan harapan kemesraan yang telah terjalin antara keluarga kita akan berterusan sampai bila-bila. Bagi mereka yang berada di luar Lembah Kelang dan ingin menyertai dinner ini juga amatlah dialu-alukan. Kemungkinan dinner ni kita buat di satu tempat yang sesuai dan kita sama-sama bayar makanan yang di pesan disana nanti.
Amy Jarr juga ada menelefon saya dan mencadangkan sekiranya dapat kita mengadakan satu acara golf reunion antara kita. Tarikh yang saya rasa sesuai adalah pada 26hb Disember 2006 bersamaan hari Selasa dan tempatnya saya cadangkan di Bukit Unggol Golf & Country Club, Bangi, Selangor sebab hari Selasa tu promotion rate kat situ. Kepada kawan-kawan yang baru berjinak-jinak dengan sukan golf inilah masa yang sesuai untuk bertemu kengkawan disamping bermain golf. Slamber, Bilal, Jepun, Mat Dwan, Kitang, Padil, Kudin walaupun baru atau jarang-jarang main golf, inilah masa yang sesuai berseronok sambil berjumpa kengkawan. Regular golfer tu kalau boleh ambik cuti marilah kita sama2 memeriahkan sekali seperti saya, Antu, Kerbau, Mat Taib, Che Dat, Mat Rock, Lan Kentei dan Sabri Cigak. Kalau di ikutkan jumlah yang ada kat atas ni maybe boleh dapat 4 flight, ramai tu dan meriah.
So harap mendapat feedback dari kengkawan untuk 2 acara di atas secara menulis di ruangan komen atau sms pada saya.
7 comments:
kida n rerodong.camner if POTLUCK kat umah koi Saujana Utama?
Walid.. mcm yg kita discuss, kita pakat reramai, buat kat umoh awok je laaaa... Kida maybe blh spread the news to others or war-war kan dlm blog nie.. Nak ngajok buat umoh koiiii, nanti siap betul2 dulu laaa.. I'Allah nanti2 nak panggil rerodong dtg..
Walid...ko e-mail aku camne nak buat.. Ada member cadangkan ko cari catering ker then member bayarkan tapi aku ingat susah jugak sebab kawan2 kita ni bukan senang nak mintak confirmation dia org samada nak pergi atau tak. Jadi nak booking caterer pun susah jugak. Atau kita cadangkan setiap family bawak satu makanan. Cuma Walid maybe boleh tolong sediakan air sahaja dan pinggan serta cawan kertas..senang tak payah basuh..belanja tu maybe kita boleh share sekali utk beli perkakas tu.. tetapi family yang pergi mesti comfirmkan apa makanan yang ingin di bawak..takut nanti semua bawak meehoon goreng..mabuk meehoon goreng kita malam tu..so kengkawan please senaraikan apa yang nak dibawalah kalau setuju dengan cadangan ini. Kalau Walid nak buat tahlil baca Yassin pun boleh jugak so kita boleh start lepas Isyak ke atau datang untuk sembahyang Isyak lepas tu tahlil..mana2 lah...
Walid, satu lagi, ko nak buat ni bila?
kasi tarikh and time dulu beb... tak banyak makanan tak per, yg penting niat baik tercapai...
Cadangan...Ahad,24 Dec 2006 (mlmnye 25 Dec 2006)...
26 Dec ok tapi golf tu kena adalah.Kat rumah tak sesuai
Post a Comment