Kebelakangan ini kita lihat blog ini telah mula menerima kunjungan demi kunjungan dari serata pelusuk dunia baik dari USA, New Zealand, Korea, Japan, kampung-kampung dan dari serata tempat di seluruh Malaysia sendiri. Saya juga telah menerima e-mail bukan sahaja dari kawan-kawan yang satu batch dengan kita tetapi juga dari kawan-kawan ITM Pahang yang tidak pernah bersua muka sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, blog ini telah menjadi bukan sahaja perantara antara kita semua bahkan ianya telah merangkumi kawan-kawan yang pernah menduduki ITM Pahang sebelum dan selepas masa kita.
Saya ingin menarik perhatian kita semua bahawa senior dan junior adalah semuanya dari satu produk iaitu produk kepada ITM Cawangan Pahang yang sama-sama kita duduki suatu masa dahulu. Istilah senior dan junior pada saya sudah tidak relevan lagi di sini kerana semuanya yang menduduki ITM Pahang dahulu kini sudah berada di dunia luar dan istilah tersebut hanyalah suatu cara untuk memperkenalkan diri sahaja. Pada saya istilah senior dan junior sudah tidak boleh menggambarkan superior senior kepada junior bila kita mengharungi haluan kehidupan masing-masing setelah keluar dari ITM. Hormat-menghormati sesama kita adalah lebih penting dan perlu untuk lebih mesra dalam menjalin ikatan persahabatan sesama kita semua.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan dan membuka peluang ini kepada semua bekas-bekas pelajar ITM Cawangan Pahang tidak kira batch tahun bila supaya dapat tampil secara lebih terbuka untuk bersama-sama kita dengan lebih erat dan mesra di dalam blog ini agar ikatan persahabatan yang terjalin nanti akan membawa lebih manfaat dan permuafakatan antara kita. Lupakanlah terma-terma seperti senior dan junior kerana ianya sudah tidak ujud lagi bila kita melangkah keluar dari ITM dahulu. Kita semua dari satu produk yang sama iaitu produk ITM Cawangan Pahang dan kesamaan inilah membuka peluang untuk kita bersatu semula.
Saya juga ingin meminta pandangan anda semua jika sekiranya wajar untuk kita menukar motto blog ini yang sebelum ini "di tujukan kepada batch Julai 85" sahaja di tukar kepada "ditujukan kepada semua bekas-bekas pelajar ITM Cawangan Pahang".
5 comments:
Setuju.
betul tu, kdg2 junior pun lebih umurnya daripada senior. cuma diberi kesempatan untuk masuk dulu ke itm daripada junior.
Saya pun setuju bebenor dgn cdgn saudara Kida tu.. Let us set aside our "seniority" or "juniority" & be friends as much acquainted as we can.. There are a lot of things that we are able to share here,via this blog.. "Suka duka kita serasa.."
Blehhhhhh????
Lan Kentei & Jun (wife koiiii)
Pd pendapat koi,terserah pada awok Kida. Awok yg build blog ni. Tapi koi cuma nak nasihat kat awok bahawa awok kena ambil risiko atas keputusan yg dibuat. Jgn nanti tiada lagi kemeriahan spt skrg apabila ramai batch July'85 mula mengundurkan diri. Apa yg koi tahu batch lain pun ada blog sendiri. Koi sendiri pernah melihat blog tersebut. Anyway sorry dgn pendapat yg koi katakan ini. Apapun "Aiman tak kisah".
ZM.. tempat ko tak kena banjir ker?... bagi lah lapuran sikit dengan gambar-gambar ker... kawan-kawan ramai nak tahu....
Post a Comment