Acara makan-makan secara 'PotLuck' yang telah di adakan di rumah baru Syed Hamid DIA @ Walid telah berlangsung dengan begitu meriah sekali malam tadi. Seramai 5 keluarga telah menziarahi Walid di rumah barunya dengan yang mula-mula sekali tiba iaitu keluarga Lan Kentei, keluarga Kudeng DSS, keluarga Zailan Abu, keluarga saya, keluarga Apek, keluarga Kitang dari Temerloh dan akhir sekali Nasrun @ Mat Rock. Keluarga Kitang yang begitu padat dengan acara-acara kenduri di Kuantan pada hari semalam tanpa mengira penat datang juga semalam semata-mata kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Begitulah semangat kawan sejati yang walau sesibuk dan sepenat mana akan tetap berusaha untuk berjumpa kawan-kawan lama demi mengekalkan silatulrahim sesama kita.
Berbagai-bagai makanan telah dibawa oleh setiap keluarga yang datang. Ada yang bawak nasi minyak style Terengganu dengan lauk ikan dan kari ayam, ayam goreng KFC, kuih-kuih dari keluarga Kitang, Meehoon goreng dari SK, Sata istimewa dari Sg Gau oleh saya sendiri, nasi himpit dan lain-lain lagi. Namun makanan paling istimewa malam itu ialah Puding Raja yang telah di buat sendiri oleh Walid untuk hidangan semua tetamu. Begitu bersusah payah Walid menyediakan Puding Raja yang telah menjadi suatu item yang sensasi di dalam blog kebelakangan ini.
Rumah baru Walid di Taman Saujana Utama Sg Buloh cantik dengan rekaan rumah yang memberikan ruang luaran yang besar dan malam itu anak-anak kecil dapat bermain dengan selesa sesama mereka sementara ibubapa bersembang di dalam rumah. Kemesraan antara kita sekeluarga kini nampaknya sudah mulai tersemai kepada anak-anak kita semua dan dengan cara berkumpul melalui acara makan-makan sebegini akan lebih merapatkan hubungan antara mereka.
Kudeng DSS menjadi tumpuan semalam kerana boleh dikatakan semua yang hadir tidak pernah bersua dengan beliau setelah 21 tahun kita menamatkan pengajian di ITM dulu. Berbagai-bagai cerita di bualkan dan memang sesiapa yang tidak dapat hadir semalam rasanya rugi betul kerana tidak dapat merasakan keseronokan bertemu kawan-kawan lama semula. Keghairahan bertemu semula, bercerita kisah-kisah lama, menanyakan perkembangan semasa kawan-kawan kita bukan sahaja dapat memberikan pengajaran dan pengalaman malah ianya juga membuka peluang networking kerjaya dan perniagaan antara kita semua. Namun begitu Insyaallah dimasa-masa akan datang acara makan-makan begini akan cuba di adakan lagi bagi mereka yang ingin bertemu kawan-kawan semula.
Acara yang dimulakan pada pukol 8-30 malam semalam telah berakhir pada pukol 1-00 pagi dan di sini saya bagi pihak kawan-kawan semua yang hadir semalam ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Walid sekeluarga kerana menyediakan tempat untuk kita bertemu sesama keluarga kita. ( Gambar-gambar di ruangan link Gambar Blog)
9 comments:
Walid n Raja...terima kasih kerana susah payah buat puding raja... terharu tul! dapat gak SK mkn! pastu bukan nama je puding raja, yang buat pun dari keturunan raja.. so SK rasa cam sang puteri tgh bersantap puding ngeeeeee.....
pada yang hadir, baik teman2 itm dan pasangan masing2, SK rasa seronok jumpa kalian!
Salam sejahtera to all..
Kpd Walid, Raja & fmly.. Terimakasih daun keladi..Lain kali kita bergebang lagiiii... Kepada yg sama2 memeriahkan suasana di rumah Walid malam tadi, Allahuakbar.. Terimakasih yg tidak terhingga kpd anda semua juga..Suatu sejarah telah tercipta yg saya percaya semua yg hadir pd mlm tadi tidak akan dpt lupakan.. Kaum bapa, kaum ibu & anak2 memang begitu mesra & selesa.. Walaupun cuma beberapa keluarga shj yg dpt hadir sbg permulaan, suasana kekeluargaan di antara semua yg ada, sgt2 terbukti yg kita, budak2 ITM Phg adalah sebuah keluarga yg sgt besar & bahagia.. Tidak dpt dibayangkn kegembiraan yg akan diwujudkan sekiranya yg hadir pd mlm tadi adalah lebih ramai lagi.. I'Allah, di masa2 yg akan dtg, kita adakn lagi majlis yg sedemikian, di rumah "ahli keluarga" kita yg lain pula, atau di tempat2 seperti di Kuantan tempoh hari.. I'Allah, mungkin suatu hari, di rumah saya & keluarga saya pula.. Terimakasih sekali lagi kpd semua..
Lan Kentei & fmly :-D
Askm,..
Suggest.. Acara dinner ni can be any where and at anytime tak semesti kat rumah baru walid. Nak cantik kalau ia jadi acara bulanan bagi megekalkan momentum sialtur rahim dan dan disertakan dengan acara yasinan ke atau tahlil ke ataupun doa selamat. Nak tambah cantik lagi buat selepas asar agar yang jauh dapat hadir dan sempat juga pulang ke rumah.
Apa pun jelous tak dpt rasa puding raja.. rumah koi masuk air 4 inci masa 23 mlm tu.. jadi sibuk mengemas rumah pada 24 . Mulanya nak juga datang buat surprise.. tapi koi kena surprise dulu dgn hujan dan banjir..
Bilal.
Bilal, macam mana keadaan banjir kat rumah awak, dah ok ker?
Setuju dengan pandangan Bilal bahawa family gathering ni boleh dibuat dimana-mana... budak Kuantan maybe boleh pakat-pakat sesama mereka di sana untuk buat di mana2 tempat yang bersesuaian di Kuantan, jadi bolehlah postingkan gambar kat sini.
Yang kat KL boleh pakat buat lagi dimana yang sesuai di KL, yang kat Johor pun boleh buat sesama mereka di Johor, takdelah nak tunggu budak-budak KL je nak initiate benda-benda macam ni kan... yang kat melaka pun tak kurang ramainya tu pun boleh buat... tu semua bergantung kepada semangat nak berkawan atau tidaklah, kalau takde semangat tu memang benda yang senang pun jadi susah...
Rasulullah SAW said "Sebarkan salam, dan jangan lah kamu putuskan silaturrahim antara kamu. Ia adalah antara perkara yang dibenci oleh Allah SWT".
To Walid & family, thanks a trillion for being such a gracious host and really made us feel at home.
To Kida & family, thanks a cagillion for all your gallant effort of bridging us together again.
I (& my family) had an exceptional good and great time last night. If not because of the kids, we would still be hanging there until the wee hours in the morning.
It was SO GREAT of seeing you guys again after 21 years. Like what I told Mat Rock during our photo session:-
"Mat Rock, dulu mung sayup tinggi drp aku. Lening aku sama tinggi doh nge mung"...hahaha
I sincerely hope we can do this again in the near future, and more families could join in.
Jazakallah khair kathirun.
Walid, kidA and others...
Soorry la bang tak dpt dtg, i wish i could, but something is going on.. anyway i think that was a very good effort, so.. whut next?
Assalamualaikum. Rasa rugi tak dapat join malam tu. Sebab malam tu FG outstation. Anyway, its good to hear all of you get together. Kudeng, kita punya gathering camno..?
Kepada S.Hamid: selamat menduduki umah baru.
Kepada Bilal: Banyakkanlah bersabar. Kena banjir ni mmg banyak menguji ketahanan kita terutamanya dari segi mental...
Apa pun segala yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri...
Kpd semua yg hadir kat umah walid.
Trimas diucapkan atas kehadiran anda semua ke umah yg x seberapa tu.
anyway silaturahim is much more important. Hidangan yg dibawa secara pot luck tu mmg lazat dan alhamdullilah tiada pembaziran.
kpd yg dtg dari jauh..mmg berbessar hati walid n famili kerana bersusah payah tiba ke umah . even mat rock pun last minit dtg gak. tu la dia if kita masih ingin bersama2 walaupun ada comitment masing2.
Thks kpd kida yg mencetuskan idea dan juga thnks kpd memeriahkan majlis. Insyallah..akan ada hse warming yg tul2 nanti ditahun 2007..siap ada khemah n mayb dibuat waktu weekend serta bermula dari waktu tghari (kira2 mkn tghari la tu)...date/time akan walid inform. TUNGGUUUUUUU...
Sekali lagi walid n famili memohon maaf jika ada yg terkurang dan tak selesa semasa dimajlis tersebut(especially krusi x cukup..hehee)..maklum la...masing2 sibuk ngan ngetei n gebang2..
p/s kitang..awok lain kali mesti dtg lagi tau..
Last but not least...semuga kita dpt mengadakan event mcm ni dimasa akan dtg jika dipjgkan umur dan dimurahkan rezki.
kpd bilal...da abis buang air banjir tu bang?..
Post a Comment