Selamat Hari Raya Aidil Adha saya sekeluarga ucapkan kepada semua kawan-kawan yang mengunjungi blog ini dan kepada semua ex-ITM Cawangan Pahang. Nampaknya ramai yang telah pulang ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan hari yang mulia ini bersama-sama ibubapa, adik-beradik, saudara-mara dan rakan taulan. Rozain DBS hari itu dalam chatbox ada menjemput kawan-kawan semua ke rumahnya di Jerantut kerana beliau ada membuat korban. Raman Shakri @ Kerbau beraya di Panching, Kuantan di rumah keluarga sebelah isterinya. Amir USA khabarnya beraya di Chicago mungkin bersama rakan-rakan disana. Dona DSS beraya di kampung beliau di Banting, Selangor. Khabarnya ada rendang special menanti sesiapa yang berkunjung ke rumahnya. Syed Hamid DIA beraya di Kuantan. Kudin Mekanik akan beraya di Jerantut juga.
Walaubagaimanapun ada juga antara kawan-kawan kita yang tidak dapat balik beraya di kampung seperti Slambe yang beraya di Nilai. Lan Kentei akan beraya di Shah Alam. Man Troq akan beraya di Setiawangsa dan saya sendiri akan beraya di Ampang, Selangor. Padil Sutoq akan beraya di Gombak, Selangor. Kudeng DSS akan beraya di Kundang dan mengadakan acara aqiqah dan kenduri di surau berdekatan rumahnya. Mungkin pada petang raya kawan-kawan yang beraya di sekitar Lembah Kelang akan berkumpul di rumah Lan Kentei yang akan membuat acara makan-makan istimewa bersama chef Jun Mrs LK. Apa-apa pun dimana saja anda berada raikanlah Aidil Adha ini dengan penuh keinsafan dan rasa taqwa kepada Allah swt. Ingatan juga kepada saudara-saudara kita di Johor, Melaka dan Kuantan yang akan beraya di pusat-pusat pemindahan banjir, saudara-saudara kita di Palestin, saudara-saudara kita di Iraq yang mana mungkin tidak dapat merayakan Aidil Adha ini seperti kita di sini.
No comments:
Post a Comment