Monday, December 11, 2006

NostALgia bUdAK ITm - ePisOD 6 (edisi belum edit)

Aku didalam bas menuju ke Kuala Lumpur. Bas Transnasional yang aku naiki hampir tiga suku penuh dengan penumpang. Penghawa dingin bas sejuk sekali. Nasib baik aku ada membawa jaket jeans lalu aku sarungkan ke badanku. Aku terbayang wajah Rizie. Tak sangka Rizie sekarang dah jadi Pramugari yang berjaya. Beberapa bulan dulu Rizie ada memberitahu aku bahawa dia telah terpilih menjadi model MAS untuk iklan di Billboard MAS dan majalah Going Places iaitu majalah MAS yang diberikan percuma di dalam kapalterbang. Selang tak lama kemudian, Rizie pernah membawa aku melalui jalan ke Lapangan Terbang Subang dan sepanjang perjalanan tersebut dia menunjukkan padaku wajah-wajahnya yang terpampang di setiap billboard MAS dan juga di Lapangan Terbang Subang. Rizie juga memberitahuku bahawa gambarnya digunakan didalam majalah Going Places. Gembira betul Rizie dan itulah Rizie, kawan yang ku kenal semasa aku bersekolah di Ipoh dahulu, masih tetap mesra macam dulu.

Aku terlelap dan bas terus bergerak mengharungi Lebuhraya Karak dalam dingin malam. Aku terjaga apabila bas sampai di Perhentian Pekeliling dan menurunkan sebahagian penumpang disitu. Bas meneruskan perjalanan ke Hentian Puduraya. Jam menunjukkan pukol 6-00 pagi dan kira-kira 15 minit lagi aku akan sampai di Hentian Puduraya. Dalam hatiku berkata mesti Rizie dah sampai dari LA malam tadi. Bas bergerak perlahan apabila sampai di Hentian Puduraya dan berhenti di salah satu Terminal disitu. Penumpang-penumpang mulai turun dan aku mencapai beg galasku yang ku letakkan diatas tempat dudukku. Aku keluar mencari telefon awam.

Telefon berdering, satu, dua, tiga, empat dan diangkat. Rizie..aku memanggil namanya. Terdengar suara seperti baru bangun dari tidur… Lan ke ni…dah sampai?..tunggu ye dalam 1 jam kita ambik awak depan Seven Eleven yer… Tunggu yer…Okay Rizie..gua tunggu lu okay..Bye.

Aku turun keluar dari Hentian Puduraya dan menuju ke kedai Seven Eleven. Aku masuk kedalam kedai dan membeli setin coca cola dan sebungkus rokok Marlboro. Aku keluar dari kedai dan sementara menunggu Rizie dalam keheningan pagi aku melepakkan diriku di atas kerusi bus stand yang berdekatan. Aku keluarkan sebotol air kosong yang ku bawa dan membasuh mukaku dan mengambil tuala kecil yang ku bawa untuk mengesat muka. Barulah terasa segar sedikit.

Ini bukan kali pertama aku berjumpa Rizie macam ni. Sebelum ke ITM Pahang biasanya 2 kali dalam sebulan aku akan berjumpa Rizie. Cuma bila aku masuk ITM Pahang dan terpaksa menyesuaikan diri di Kuantan, ada kira-kira 2 bulan aku tak dapat berjumpa dengannya. Tapi kami biasa berhubung melalui telefon dan menghantar poskad.

Ingatanku melayang seketika ke Kuantan dan persoalan tentang surat dari N masih belum terurai lagi dibenakku. N, aku tak berapa kenal sangat sebenarnya kerana beliau berlainan kelas denganku. Sabri lebih mengenalinya. Haruskah aku memberitahu tentang N kepada Rizie….

Bersambung....

7 comments:

Anonymous said...

musti cun giler minah nie... sampai boleh masuk 'billboard' MAS turrr... takkan tak proceed kidA...

Pokcik Zam said...

Dah lebih 14 tahun berlalu...kenangan masih berbuku. Just to compliment Mat Dwan ..."it's better late than never". Go Inspector Gadget go..

Anonymous said...

jawapannya dah tau aku tak proceed..tapi kenapa aku tak proceed kena baca lagi la seterusnya...hehehe

Pokcik Zam said...

Mat Dwan, Kida cover line baik nyer nampak...*tu SK kat sebelah pegang kayu* But first love always resided in our memory forever..

LaN KidA said...

Slambe..awak jangan nak ngapikan kawan..kang kawan buat sungguh...tapi awaklah dulu nunjukkan jalan..koi follow belakang..apa kata Mat Dwan..kekeke

Anonymous said...

rokok marlboro, betul ke ni, aku rasa KENT ler

Anonymous said...

Joe..ko mmg melayu yang tak mudah lupa...betul Joe..aku hisap Kent masa tu...syabas Joe