Friday, December 22, 2006

faMiLy diNNer di rUmaH waLiD- 2

Rancangan untuk mengadakan dinner di rumah Walid pada malam 24hb Disember 2006 nampaknya tidak begitu menggalakkan sambutan dari kawan-kawan. Setakat ini yang telah mengesahkan penyertaan untuk hadir dengan family masing-masing cuma 3 family iaitu saya, family Lan Kentei dan family Kudeng DSS. Beberapa kawan-kawan yang lain nampaknya masih lagi tidak dapat memberikan jawapan mereka. Ntahlah, susah nak cerita bab-bab ni ......

Kudeng khabarnya akan menyediakan laksa Terengganu, manakala Lan Kentei akan membawa makanan special jugak dan family saya akan membawa Meehoon Goreng, kuih dan sedikit buah-buah jika sempat saya beli dalam perjalanan balik dari Temerloh pada petang itu nanti.

Di sini saya minta Walid tolong bagi address yang lengkap untuk ke rumah beliau dan kalau boleh panduan jika melalui jalan Sungai Buloh dari KL dsb. Acara malam itu maybe akan bermula pada pukol 8-30 malam. Kepada kawan-kawan yang sudi untuk ke rumah Walid, marilah bersama-sama kita meraikan perpindahan Walid kerumah barunya dan bertemu semula kawan-kawan lama di sana.... Dona, FG..tak mau join ker?

5 comments:

Anonymous said...

Salam.
MIntak maaf sbb Rabu n Khamis walid tiada di warong ni sbb balik ke Perlis menghadiri pengkebumian pak sedara org umah (YM) yg telah kembali ke rahmatullah pagi Rabu.
dan takdir juga utk makcik walid di pekan,pahang yg meninggal pada hari yg sama.
So kpd mrk yg ingin hadir ke rumah walid ..alamat nya :

No.14, Jalan Mawar 3
Taman Saujana Utama
47000 Sg Buloh
Tel : 017-6709849
013-2086580

Panduan akan diemailkan ke kida by 2day.
Jgn lupa bekalan anda.
walid sediakan minuman dan paper plate/cups

Anonymous said...

Panduan:
Jika mengikut jalan lama ke Kuala Selangor melalui Sg Buloh..truskan memandu ke arah K.Selangor sehingga bertemu landmark SAUJANA UTAMA n belok ke kiri.
Jika anda melalui NKVE ke arah Rawang melalui Guthrie Hiway, exit di signboard Sg Buloh/K.Selangor n ambik kanan (melalui trafik Light) selepas itu bertemu landmark Saujana Utama.

Anonymous said...

Setelah bertemu landmark (kiri anda) belok ke kiri dan trus kedlm sehingga di simpang berdepan dgn woksop ambik kanan dan trus memandu sehingga bertemu landmark SU1 (simpang empat) ambik kanan dan trus hingga ke hujung jalan,selekoh kiri pastu ada simpang naik ke taman perumahan.Actually bial tiba di ujung jalan tu da nmpk umah Walid..tul2 perumahan tepi jalan tu. anything give me a call.

Anonymous said...

Masih ada yg x pasti?..pastikan anda tau ke Kuala Selangor (jln lama)...sure x sesat nya

Anonymous said...

takziah untuk Raja n Walid.. juga seluruh keluarga arwah...moga arwah di tempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin...

nanti sk bukakan email check kalau ada sk akan publishkan insyaallah..