Hari ini saya betul-betul tak sempat nak buat artikel yang proper kat blog ini kerana kesibukan beberapa hal yang perlu dibereskan segera. Jadi secara ringkasnya saya sampaikan kat sini beberapa berita secara ringkas apa yang saya terima dari kengkawan semalam.
1. Kepada Jun dan Hadtamizi, insyaallah artikel anda akan saya siarkan pada hari esok dengan gambar-gambar yang dikirim. Hadtamizi yang kini bertugas di Songhkla kini bercuti di Kuala Lumpur sehingga 28hb Disember sebelum balik untuk Hari Raya Aidil Adha di Johor Bahru.
2. Antu Raya sekeluarga kini bercuti di Kuala Lumpur, begitu juga Che Dat yang juga berada di Kuala Lumpur kerana tugas. Sempatlah saya teh tarik dengan Che Dat dan Zailan Abu malam tadi di depan Vistana Hotel sambil tengok EPL.
3. Rumah Bilal telah mengalami banjir baru-baru ini dan harap Bilal dapat menghantar berita mengenai keadaan banjir di rumahnya dan kalau ada sebarang bantuan yang diperlukan, saya rasa kawan-kawan sedia membantu mana yang termampu.
4. Kepada kawan-kawan DIA, saya telah berjaya mengesan "bahu" (codename ni budak DIA je tahu) melalui bantuan Bahagian Risikan BPR Malaysia Ibupejabat bermula kira-kira sebulan yang lalu dan mempunyai no telefon beliau untuk dihubungi. Kepada sesiapa yang berminat dan berjaya untuk persuade "bahu" memberikan butiran diri beliau kepada blog ini amatlah di salutekan... hehehe
5. Buat Kudeng punye idea untuk link blog ini dengan blog-blog lain atau site lain, semuanya bergantung kepada kebenaran tuanpunya blog itu samada membenarkan blog atau site itu di link. Jika tiada tawaran untuk link kan blog atau site mereka kepada saya, then saya pun tak boleh nak buat apa lah. Tapi takpe, nanti saya cuba2 tanyakan mereka samada ingin site mereka di link kan di sini.
7 comments:
1. Idea Kudeng utk link dgn blog atau website rodong2 lain sgt bagus. Dulu Bai, Amir, ex ITM Jan 85 ada bagi address. Mungkin blh hyperlink buat permulaan. Yg lain2 tu, blh la anto address blog masing2 kat Kida..termasuk blog rahsia SK.
kida...
give me 'bahu' number and i will follow up asap.
p/s ..kentei...move over ok..heehe
Heh2..Hello Mr/Ms anonymous.. tqvm 4 asking me to move over.. It's up 2 u.. So long as we can get as many friends as possible to join us in this blog, that is more than good enough.. Regardless of "bahu", "siku", "lutut" or any other parts of our body.. Pls invite her/him in yaa... tqvm again.. Sori la, terpaksa panggil anonymous bcoz u didn't introduce yourself..
Yezzzzaaarrr... :-D
Kida
Keadaan Banjir di Kuantan sudah beransur pulih. Sekitar rumah kawan hanya pada 22, 23 dan 24 yang ketara sangat. Apa pun tak lah memusnahkan harta benda sekadar masuk ke dalam rumah sedikit sekitar 2 - 3 inci. Thanks for your concern.
Tak tahu lak rumah Rozain cam mana
Bilal melapurkan untuk Blog Budakitmpahang... dari Kuantan.
salam.
kentei ada org nak potong kew kita nie...mmmmm....kida..cepat kasi nombor nya...
testing
petang tadi jumpe bilal dan isteri kat opis...keadaan terkawal-mg@bob melapokan untuk tv9
p/s mid/lan...'sape bahu' nie...tak ingat laaa rase nyea pompuan kot
Post a Comment