Friday, December 15, 2006

aKu daN jiPaNG cN 7151

Korang ingat tak motor Suzuki GP125 yang aku pakai masa kat ITM dulu. Motor tu warna hitam plat number CN7151 ada stripe hijau. Ni aku nak cerita sikit pasal motor aku tu. Motor tu bapak aku belikan masa aku sekolah kat Ipoh pada tahun 1982 tak silap aku. Secondhand jer beli kat Temerloh dan aku slow-slow bawak motor tu pergi Ipoh. Masa tu jalan lama lagi takde highway macam sekarang. Dekat 5 jam jugak aku nak sampai Ipoh.

Masa kat Ipoh motor tu memang banyak jasanya kat aku. Tolong aku bawak pergi kuliah, tengok wayang, pergi Jublee Park main mesin pin ball, kena kejar dengan Polis kat Taman DR kat Ipoh. Masa tu geng-geng rumah aku kat Ipoh pun semuanya pakai motor jugak. Ada 4 orang. Ada pakai RX100 Yamaha, ada Yamaha Enduro 125 Scrambler dan ada pakai Yamaha Cub 75. Motor aku tu kira gempak jugaklah masa tu.

Selain dari tu motor tu banyak jugak aku gunakan untuk angkut awek-awek kat Ipoh tu especially awek Politeknik Ungku Omar lah, tempat aku belajar dulu. Aku masa dapat motor tu pun umur baru 16 tahun nak masuk 17 tahun beb, tengah remaja giler. Bawak awek sana sini last-last awek last sekali naik kat Ipoh aku rasa Rizie lah kot. Achid (Syed Ismail senior DBS kita satu kelas dengan aku masa kat Ipoh) pun pernah bawak motor aku tu angkut bini dia Sharifah pun budak kelas aku jugak.

Kat Ipoh seingat aku 2 kali aku pernah accident dengan motor tu. Sekali tu aku dengan housemate aku masa maghrib nak pergi ambik lauk yang aku catering kat rumah ada satu makcik tu. Tergolek aku dengan housemate aku langgar anjing, habis berterabur lauk makan malam kami hari tu. Tulah accident paling teruk sekali, dekat sebulan jugak baru aku pulih sepenuhnya.

Kali ke 2 accident tu aku seorang diri je. Ingatkan nak ponteng kelas balik rumah tidur. Sekali aku tengah bagus punye ramp ada satu mini austin melintas depan aku. Apa lagi head to head aku dengan dia. Patah riuk motor aku. Jadi macam angka lapan. Mini Austin tu tau sajelah beb, punyalah keras besi dia. Aku, ntah tiba-tiba dengan kuasa Allah aku pandai pulak buat stunt masa tu, aku terbang macam CicakMan lompat atas bonet depan kereta Austin tu... so adalah calar-calar sikit dan luka-luka sikit. Tapi motor GP aku... aku ingat dah tak boleh diselamatkan lagi rupanya driver Austin tu tolong aku repair motor tu bagi elok balik semula. Kos semua dia bayar. Aku pulak dia hantar klinik. Member-member aku balik kuliah tengok motor aku dia orang ingat aku dah jalan dah... especially awek akulah Rizie menangis-nangis (asyik-asyik sebut Rizie je aku ni ada kena pelangkung dengan SK nanti ni... jgn marah ye SK). Rupanya masa tu aku dah sampai rumah dah dari klinik cuma motor aku je driver Austin tu belum hantar workshop lagi. Barulah awek aku dengan member-member aku lega tengok aku. Sempatlah awek aku jaga aku satu malam kat rumah aku tu.... hehehe..macam King brother! Aku pun tak mahu Rizie lama-lama kat situ sebab ramai lagi awek lain nak datang lawat aku..saja aku suroh member aku hold dulu... tak naya nanti beb...hehehe

So lepas habis sekolah kat Ipoh, aku guna motor tu untuk pergi kerja. Masa tu aku kerja kat HSBC Temerloh sempatlah 2 tahun sebelum aku masuk ITM. Masa kerja ni tak banyak sangat fungsi motor ni sebab kerja bank ni takde sosial life selain party-party yang di anjurkan oleh bank dan clientnya. Tulah sebab aku cabut kerja bank sambung belajar balik kat ITM lagipun aku banyak dapat exemption subject masa kat ITM. Masa part 2 aku belajar 4 subject jer , orang lain 8 subject. Part 3 & 4 pun aku ada exemption jugak.

Masa kat ITM aku pun bawaklah motor aku tu. Masa tu takde gempaklah dah sebab motor tu kira dah outdated dah. Tapi bergunalah untuk bawak aku pergi kelas dari Remaja ke kampus. Motor tu masa tu pun dah tak pakai kunci sangat pun sampai budak kerja kantin tu tanpa pengetahuan aku selalu ciluk motor aku tu. Member aku jangan ceritalah. Tau2 motor aku tu hilang dah, member bawak.

Tapi masa kat ITM Shah Alam, naik balik saham GP125 tu sebab masa tu motor Jipang ni tengah famous dia orang bikin buat race kat depan Pertama Complex. Motor lain dia orang tak bikin..takde power beb..aku masa tu gempak jugaklah bawak motor tu kat KL malam-malam minggu kat depan Masjid India Jalan Bunus tu. Masa kat ITM takde awek dah naik motor aku tu kecuali SK lah aku bawak round KL..hehehe.

Last sekali masa aku kerja Kuantan kat LKPP aku bawaklah motor tu kat rumah sewa aku kat Taman Cendrawasih. masa tu pun aku tak banyak guna sebab company bagi aku kereta, mula-mula Volvo 240 GL lepas tu Toyota Corolla Altis stationwagon ( hehe..mana ada Altis masa tu).

Lepas tu aku dapat kerja kat KL sebab aku pun dah menikah masa tu jadi aku tinggalkan motor tu macam tu sajalah kat kengkawan rumah aku kat Kuantan tu. Last sekali aku dengar motor tu dah kena jual kat satu member tu dan itulah kali terakhir aku dengar berita pasal motor GP125 CN7151 aku tu... itulah kenangan aku dengan CN7151.

11 comments:

Anonymous said...

aku rase aku x sempat pun tengok jipang tu... Jipang apamz ade laa... ke yg apamz tu yang ngka... rase nye apamz ade jipang dia... aku, biasak laa... Fame aku tu...

Anonymous said...

Apa la Kla... Jipang tu kan masa ITM lagi aku pakai.. aku warna hitam stripe hijau...Apamz punye warna merah..sampai kat rumah Cendrawasih masa kita duduk bujang sekali tu aku bawak...last2 Apamz jual kat Rosli LKPP lepas aku pindah rumah tu kerja BPR kat KL.. lepas itu baru korang pindah Setongkol bawak kerusi bar tu... aik drummer takkan dah lupa...

Anonymous said...

lu punya citer macam citer raja petra kamarudin...hebat hebat..ada citer pasal capati tak...hehehehe

Anonymous said...

aku dulu naik basikal aje gi kelas masa part 4, kla2 selalu kacau aku, kata aku bawa tengah sgnt, aku manalah tau undang2 sbb bawa basikal tak payah gi ambil lesen.. he..he..he

Anonymous said...

Anonymous...wei bagilah nama..Capati mai aku belanja kat Suzy Corner.. ko call aku kita ngeteh ramai2...meh la

Anonymous said...

tadi sk tak sempat baca n3 terbaru kida... bila dah baca....

uuuwaaaa tipah eh bukan sk tertipu lagi... ingatkan sk ni kekasih awal dan akhir uuuwaaa....

Anonymous said...

SK, pokcik dah bilang dulu lagi. Tu Kida mmg terer tu, berguru ngan Hang Tuah. Tun Teja pun blh kena tiup. Skrg ni klu dia mau musti blh dpt lagi tu..Life begins at 40.

Sl Jr

Anonymous said...

ingat kida je yang berguru...sk pun berguru gak ngan kacip fatimah eh bukan tun fatimah!

Anonymous said...

Slamber...sesape je skrg ni boleh tiup dapat Tun Fatimah....janji tiup dengan cap gambar agong tu..ilmu hitam Apek tu pun kalau takde cap gambar agong tu pun tak boleh jalan jugak...

Anonymous said...

Bila la nak keluar cerita cinta SK lak ni...

Sl Jr

Anonymous said...

Kida, yg aku maksudkan tu mase kat c'wasih laaa... Bukan kat itm. Kat itm jangankan aku, itu Dalai Lama kat Nepal pun tau ngka pakai jipang stripe ija... Aku. biasalaa.. Fame aku tu, tapi sblm tu, dgn basikal aku, round satu kuantan dgn aru... Mane aru skrg, kat imigresen JB lagi kot...