Aku baru sampai ke Kuala Lumpur dari trip pregathering di Kuantan, singgah di Temerloh dan akhirnya sampai semula kat KL jam 3-00 petang tadi. Aku mendapat berita tentang kematian ayah Slumber daripada Kitang menerusi sms pada jam 7-30 pagi tadi. Ayah Slumber yang lebih dikenali sebagai Pak Itam Kadir telah meninggal dunia pada jam 2-00 pagi tadi di rumah keluarga Slumber di Kg Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang.
Ayah Slumber yang telah lama terlantar di Hospital Temerloh akibat sakit berkaitan usus perut telah di bawa balik oleh kaum keluarganya pada petang semalam selepas Asar dari Hospital Temerloh. Sudah suratan, Allahyarham telah meninggal dunia di rumahnya sendiri setelah kembali dari hospital.
Beberapa kawan2 kita seperti Kitang dan Kerbau ada menziarahi jenazah ayah Slumber pagi tadi. Saya bersama keluarga sempat menziarahi jenazah Allahyarham ayah Slumber dan sempat menyembahyangkan jenazah sekali, sebelum jenazah di bawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Slumber yang ditemui mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada kawan2 yang telah datang menziarah dan menghantar sms ucapan takziah kepada beliau. Beliau berkata segala ingatan kengkawan akan dikenang sepanjang hayat.
13 comments:
Slumber Jrn Slumber Snr,
Takziah dari walid.baru je dpt tau..
semuga kita kuatkan semangat n tabah menghadapi apa jua di masa hadapan.
Inalillahinalillahiroji'un....
Semoga nizam dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah ini. Saya pernah di dalam keadaan ini, jadi kuatkan semangat keluarga dan diri sendiri. Al Fatihah kepada Allahyarham...
Dudek.
Alfatihah dari koi sekeluarga...
Kita dah jadi yatim sekarang... ayah koi pun baru meninggal pada hari raya ke 6 baru2 ni...
Apek, tu lah yang aku selalu ingatkan kengkawan semua untuk share info benda2 macam ni...maybe kekdang kita rasa tak penting utk orang lain tahu tapi ianya penting dalam erti persahabatan.. Takziah utk Apek juga..
Takziah. Semoga Allah mengampuni segala dosanya dan melimpatkan rahmat pada dirinya. Tabahlah menerima janjiNya.
BETUL CAKAP KIDA...share the info.
utk pengetahuan semua.walid ank yatim piatu...dua2 ayahanda n bonda telah ke rahmatullah hampir 10 tahun yg lalu..so mmg perit nak lalui masa tu..so skali lagi kpd slumber n apek.....tabahkan semangat n cekalkan iman..insyaallah
Rosli & Nizam Abd kadir.. Innalillahiwainnaa Ilaihirojiunn.. Takziah drp kami sekeluarga di Shah Alam.. Semuga Allah SWT akan mencucuri rahmat kpd arwah ayahanda Abd Kadir & menempatkan beliau bersama para Ambia' & As-Solihin.. Al-Faaatihahhh..
Slumber Jr dan Sr,... Kami sekeluarga mengucapkan takziah buat saudara sekeluarga dan juga AlFatihah buat Allahyarham, semoga Allah menempatkan roh beliau bersama-sama para anbiya.
Keadaan ini tidak jauh beza dari kami telah kehilangan ayahanda 14 tahun yang lampau...bawa banyak banyak bersabar dan mohon keampunan dari Allah jua...
2 both Selamba.Salam Takziah.Baru dpt tau.-Gonjeng
SLUMBER...TAKZIAH BUAT SEKELUARGA. MOGA ROH ARUAH DICUCURI RAHMAT HENDAKNYA...AMIN
Apek...salam takziah dari aku sekeluarga.Mudah2an roh arwah dicucuri RahmatNya...Al-Fatihah
Our heartfelt condolences goes to Rosli & Nizam and family..
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan mengangkatnya bersama para solihin.
Alfatihah and May Allah be by his side. Amin.
Amir+Family
Takziah buat keluarga Slumber,
Tiap yg bernyawa pasti akan menempuhinya. Allah lebih menyanyanginya, yg tinggal, hidup perlu diteruskan. Moga dgn pemergiaannya akan ada hikmah. Hanya Allah jua yang maha mengetahui. Buat arwah, Al-Fatihah dan moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Amin.
Post a Comment