Tuesday, November 07, 2006

PrE gATHeriNG - tHE fiNaL fROntiER (siri 2)




Setelah mengadakan perbincangan antara beberapa kumpulan di Kuantan dan Kuala Lumpur dimana kumpulan Pregat Kuantan terdiri daripada Azmi Abu Bakar (Bilal), Amy Jarr (Antu) dan Wan Rozain (Niazor) yang telah mengadakan perjumpaan pada pagi 6hb Nov 2006 membincangkan persiapan pregathering yang bakal berlangsung nanti.

Sementara kumpulan Pregat di Kuala Lumpur pula tediri dari Syed Hamid (Walid), Zainordin (Kitang) dan saya sendiri, maka beberapa aturcara dan program2 yang akan dijalankan semasa pregathering nanti amatlah memerlukan kerjasama dan bantuan dari rakan-rakan semua. Perbincangan di Kuala Lumpur telah bersetuju untuk membentuk beberapa portfolio tugas sebagai persiapan kepada pregathering yang telah dirancangkan.

1. Bilal - Atucara Majlis dan Buku Program (kerjasama dgn Rozain)
2. Rozain - Penginapan dan Penyediaan Makanan
3. Antu - Permainan dan sukan keluarga
4. Syed Hamid/Padil - Pakaian Beragam dan Karaoke Fantasia
5. Kitang - Bendahari dan Pendaftaran Hotel (kerjasama dgn Rozain)
6. Lan Kida - Koordinasi dan Hadiah

Portfolio seperti Permainan dan Sukan akan mengeluarkan kenyataan berkaitan jenis sukan dan peraturan permainan. Begitu juga dengan portfolio Pakaian Beragam dan Karaoke Fantasia akan mengeluarkan garis panduan berhubung program yang akan dijalankan.

Setakat ini kita juga bersyukur dengan kehadiran sumbangan2 yang melimpah ruah terutamanya dari Lan Kentei, Slumber (sumbangan hadiah sebanyak 24 set kotak pinggan sup setiap satu set 6 pieces), Mat Dwan menyumbangkan 3 hadiah untuk pakaian beragam, Kitang menyumbangkan 6 hamper hadiah, Antu menyumbang 5 hamper hadiah, Bilal menyumbangkan kain perentang/banner serta sumbangan2 dari Antu dan Kitang untuk goodies bagi kanak2. Sebarang sumbangan lain amatlah di alu2kan agar dapat lebih memeriahkan lagi pregat kita nanti.

Selain itu bayaran awal pakej pregathering berjumlah RM150 sekeluarga amatlah di alu2kan untuk memastikan bayaran kepada Hotel dapat dijelaskan secepat mungkin agar pergathering kita nanti dapat berjalan lancar. Bayaran awal dapat memastikan booking kepada hotel kerana pregathering yang kita adakan dalam masa cuti penggal persekolahan dan tempat di hotel amatlah terhad. Kalau dapat kengkawan membayar secepat mungkin kepada Bendahari Pregat iaitu saudara Kitang (Rujuk artikel Pregat - Payment).

Artikel2 berkaitan pregathering ini akan saya letakkan di atas walaupun terdapat artikel2 baru yang lain bagi memudahkan kengkawan tanpa perlu skroll ke bawah.

4 comments:

apamz said...

Ada apa apa aku boleh tolong dari sini? Anyway, setelah diperkenan penyimpan mohor besar raja2, aku & family mengambil keputusan utk tan gi niaga hari tu semata-mata nak join jugak dinner tu, jumpa di sanaaaa.....

apamz said...

correction : tak gi niaga, bukan tan gi niaga

Anonymous said...

kida, malu koi awok promo sumbangan koi tu...brg murah ngat tu. siap detail lagi..isk *bera muka*

LaN KidA said...

Slumber..benda yang baik ni koi tak nak surok..benda yang tak elok ye kena surok sikit...benda baik ni supaya jadi contoh teladan bukan nak nunjuk..jgn org baca salah niat plak..kang free je pahala dapat kat Slumber.