Wednesday, November 29, 2006

keNaNgaN di kUaNTan - sUmBaNgaN muSLiM




Assalamualaikum Kida dan kawan2....

Seperti dijanjikan, inilah gambar2 yang saya sempat rakamkan (sorry tak sempat resize kan) untuk tatapan semua. Saya berjalan2 ke Kuantan, lalu saya teringat untuk call Rozain untuk minum petang pada hari tu. So, dengan hujan renyai-renyai kami menyusur ke Jalan Padang Lalang, bersebelahan dengan kilang Percetakan Inderapura (masih ada lagi - gambar tak ambil pulak).

Kenangan terimbau kembali di masa kita lepak2 selepas makan malam sementara menunggu waktu malam dari gerai abang Sham/Kak Dib. Selalunya akan beli keropok lekor yang dimakan panas-panas sebaik sahaja diangkat dari kuali.

Dari gambar2 tersebut, taulah Asrama Remaja sekarang didiami oleh pelajar2 Itm yang sekarang ni (kursus apa tak pasti, mungkin juga pelajar kajian luar kampus - refer dengan Rozain, sebab dia yang berborak dengan Pak Guard kat situ).

Dari situ, kami terus menuju ke Teluk Sisek. Sempat menyusur ke Asrama Bahaman.... Restoran Mira.....(favourite saya adalah Mee Kari di situ)... dan Kilang Astec.... Di mana ketiga2 unit itu sudah tidak ujud lagi. Sedih juga.

Sesampainya di Teluk Sisek, di mana tempat kita menimba ilmu pada masa itu, maka saya terbayangkan semasa menunggu bas ITM; dan kemudiannya bersesak-sesak mengejar bas untuk pulang awal demi mendapatkan makan tengahari/malam. Saya sempat merakamkan gambar dari luar pagar yang sekarang dihuni untuk bagi kegunaan IKIP. Ada juga gambar cafe, tempat kita semua bersembang sementara menunggu kelas yang seterusnya.

Terkenang tapak tempat kita berkawad tengah panas dengan jeritan cikgu harun dan para komander yang hanya tahu menjerit sahaja. Mungkin ramai masih ingat kubur kristian di sebelah hujung dan pejabat Jabatan Orang Asli (sekarang JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Ali) di sebelah pejabat Cikgu Harun.

Kemudian, saya terus ke Taman Gelora dan menikmati Rojak Ayam di situ. (Gambar disertakan... pasti menggiurkan kawan2). Rasa masih lagi sama seperti 20 tahun yang lalu. Seenak dan sesedap di ketika kita menikmatinya di usia 18 / 19 tahun dahulu...

Then, malam nya, pasar malam di sebelah kampus kita dan Tasik Teratai (Rozain yang memberikan nama Tasik Sharifah Aini - tak pasti kenapa; tanya Wan Rozain juga).

Itu saja yang boleh saya katakan tentang trip saya ke Kuantan sambil berkunjung ke asrama dan kolej kita pada 26 November 2006 (Ahad). Kenangan 20 tahun lalu berputar kembali semasa kali pertama menjejakkan kaki ke Institut Teknologi MARA di mana kita adalah batch yang kedua mendiami Kolej tersebut. Itu takkan terluput dari sanubari setiap dari kita tentunya. Di mana kita berpijak sekarang tentunya bertitik tolak dari situ. Syukur ke hadrat Illahi kerana kita semua mendapat peluang menikmati peluang belajar di menara gading dan mengenali hati budi serta tingkahlaku yang pelbagai, cabaran, kerenah rakan-rakan yang mungkin kita tidak pernah tercapai dek akal kita.

Sedar tak sedar.... kita sudah berada di tempat kita berada pada tahap masing-masing hari ini. Namun, ukhwah di antara kita diharap akan tetap terjalin, insyaAllah.

Sekian. Assalamualaikum.
Muslim bin Othman
27 November 2006

2 comments:

Pokcik Zam said...

Tahniah Muslim, berjaya menjejak kembali nostalgia lampau..

LaN KidA said...

Muslim.. syabas demi kenangan lalu anda sanggup ke Kuantan untuk merakamkan kembali tempat2 bersejarah dan nostalgik bagi tatapan kita semua. Terima kasih Muslim.