Alhamdulillah, hari ini genaplah umur blog kita ini 2 bulan. Dengan pelbagai artikel dan aktiviti-aktiviti yang terhasil yang lahir dari cetusan kawan-kawan semua menerusi blog ini serasa seperti blog ini sudah lama bersebati di dalam jiwa kita semua. Kini rasanya hidup kita serasa tidak lengkap jika tidak mengikuti perkembangan blog ini walaupun sehari.
Kaunter hits yang telah mencecah lebih dari 11 ribu menunjukkan betapa prihatinnya kita terhadap blog ini. Kini tidak kurang dari 200 hits diperolehi oleh blog ini setiap hari dan jumlah ini kadang-kadang mencecah hingga lebih dari 500 hits sehari.
Dari hanya beberapa orang sahaja yang mengetahui dan mengikuti blog ini, kini bilangan pengunjung-pengunjung blog sudah tidak hanya terhad kepada bekas-bekas pelajar ITM batch Julai 85 sahaja tetapi merangkumi semua batch termasuk juga keluarga bekas pelajar. Kita kini ibarat satu keluarga besar yang saling mengambil berat antara satu sama lain.
Tidak cukup dengan itu, kita juga telah berjaya mengadakan suatu majlis pregathering selama 2 hari 1 malam bertempat di Mercu Resort Cherating dimana ianya berjaya menemukan kita yang selama ini terpisah. Sessi-sessi teh tarik juga berjaya menemukan kita dengan beberapa kawan-kawan kita yang sudah hampir 18 tahun tidak berjumpa.
Sumbangan profile diri dan keluarga juga berjaya menarik perhatian kita untuk menghantar artikel dan gambar keluarga untuk tatapan dan dikongsi bersama kawan-kawan kita semua. Di harap sumbangan-sumbangan artikel akan terus diterima untuk kita kongsi bersama-sama.
Akhir kata teruskanlah menatap blog ini untuk mempertingkatkan keperihatinan kita bersama-sama sahabat-sahabat kita. Masih banyak lagi perkara-perkara yang akan kita lakukan menerusi blog ini seperti kegiatan-kegiatan amal, acara makan-makan bersama keluarga, grand gathering dan lain-lain lagi yang akan kita jalankan dari masa ke semasa, Insyaallah...
6 comments:
Baru 2 bulan ke? Mmg rasa mcm dah sebati dgn kehidupan blog ni, tak buka sehari rasa mcm tak lengkap hidup. Teruja nak tunggu article baru, perkembangan rodong2 dan tak ketinggalan juga lagu pilihan..
Tahniah KidA...
syukur n happy anniversary yg ke 2 bulan....da mula nak meniarap...pastu merangkak...pastu berdiri..n berlari...trus maju..
dari Ali Maju restoran..
iyelah kejap je blog ni dah berusia 2 bulan...sk bersyukur dgn adanya blog ni sk dapat jumpa kengkwn semula dan paling best skali kalau dulu sk tak pernah bertegur sapa tapi sekarang cam dah kenal lama...
syabas my darling kida mmmuuaahhh!
Kida & SK...engka berdua le pencetus segala-galanya...syabas dari koi...
Lupa pulok...mmmuuuaaahhh dari koi utk. SK...oooppsss Kida sekali!
kitang... koi tahu 'muaaaah' utk awin sebenarnya... hehhehe
Anyway congratulation to you guys, you have done a good job..keep it up..
for those out there, come forward join us.., as kida sez we're such abig family..
drop e mails, chattings, articles, notes or what so ever.. there's no bearears...
Post a Comment