Friday, November 24, 2006

caTaTaN peRjaLaNan pReGaTheRiNG - 3

Kumpulan konvoi KL, Temerloh dan Maran telah sampai di Mercu Resort Cherating lebih kurang jam 2-30 petang Sabtu 18hb November 2006. Lebih kurang 6 buah kereta telah sampai iaitu Kitang, Jepun, Padil, Wan Azhar, Syed Hamid dan saya sendiri bersama keluarga masing-masing. Ini di ikuti dengan Wan Mazlan (Apek) dan Mat Dwan yang sampai lebih kurang pada masa yang sama. Tidak lama selepas itu Lan Kentei yang menghadiri kenduri perkahwinan sepupunya di Permatang Badak juga sampai.

Di kaunter pendaftaran peserta, kami disambut dengan begitu ceria sekali oleh Wan Rozain dan Bilal yang telah menunggu peserta-peserta untuk pendaftaran sejak pagi lagi. Pada masa itu Rozi DIB sudahpun sampai dan mendaftar, begitu juga dengan Roslina DBS sekeluarga. Semuanya bersalaman dan berpelukan kerana teramat seronok dan gembira berjumpa semula. Tidak lama kemudian Apamz sekeluarga juga tiba, begitu juga dengan Amy Jarr dan Raman Shakri (Kerbau). Peserta-peserta pregathering semakin ramai yang tiba dan suasana di Mercu hingar bingar dengan keriuhan kawan-kawan bertanyakan khabar berita dan gelak ketawa. Memang suasana tersebut sudah terlalu lama tidak dirasakan dan keghairahan bertemu kengkawan sukar di ucapkan.

Selesai pendaftaran dan menerima kunci bilik, semua peserta membawa keluarga masing-masing ke bilik yang telah di sediakan. Walaupun keadaan bilik agak kecil tetapi ianya tidak memberi masalah kepada peserta. Perasaan gembira dan seronok bertemu kawan-kawan lama menghilangkan semua penat perjalanan.

Pukol 3-30 petang, semua peserta berkumpul semula bersama keluarga masing-masing di Dewan Makan untuk menikmati Welcome Drinks. Semasa menikmati Welcome Drinks ada juga peserta-peserta yang baru sampai dan terus menyertai minum petang itu bersama-sama. Suasana hingar bingar dengan gelak ketawa dan jeritan usikan dari beberapa kengkawan memenuhi Dewan Makan Mercu. Pada ketika itu masa di rasakan berjalan dengan begitu pantas sekali dan terasa masih banyak kengkawan yang tak dapat ditemui lagi disitu kerana berjumpa dengan seorang kawan sahaja sudah cukup lama untuk bertanyakan khabar berita darinya. Begitulah terujanya perasaan bila bertemu kawan lama.

Pukol 4-15 petang, Antu membuat pengumuman bahawa semua peserta pregathering beserta keluarga masing-masing di minta berkumpul di tepi pantai untuk acara Telematch Keluarga yang akan di jalankan. Semua peserta memberikan kerjasama yang baik dan pada pukol 4-15 petang semua peserta bersama keluarga masing-masing sudahpun berada di pantai berhadapan Mercu Resort untuk memulakan acara telematch keluarga.

Berbagai acara telah diadakan dengan AJK telematch keluarga di ketuai oleh Antu memulakan acara kanak-kanak seperti pertandingan tiup belon, lumba lari 50m dan lain-lain lagi. Sementara acara untuk kaum bapa pula juga telah diadakan di mana kaum bapa telah memberikan kerjasama yang menggalakkan. Begitu juga dalam acara untuk suami isteri. Seronok dengan acara-acara telematch disamping bergurau senda dengan kawan-kawan lama serta menikmati udara segar di tepi pantai Mercu yang begitu bersih dan privacy. Semua keluarga begitu sporting bercampur gaul antara satu sama lain walaupun hanya baru mengenali.

Acara telematch keluarga telah selesai pada pukol 5-30 petang dan semua peserta kembali semula ke Mercu Resort dan kesempatan ini di ambil oleh keluarga peserta untuk mandi di kolam renang atau berehat sambil bersembang. Acara seterusnya iaitu Jamuan Makan Malam akan diadakan pada pukol 7-45 malam dan semua peserta tidak sabar-sabar lagi. Keghairahan dengan acara jamuan tersebut dimana lebih ramai kawan-kawan akan di temukan seperti kawan-kawan dari Kuantan dan acara-acara pada jamuan itu seperti pakaian beragam kanak-kanak dan karaoke di jangka akan meriah sekali nanti.

Bersambung.....

6 comments:

Anonymous said...

mmg terasa sangat masa berlalu begitu cepat...tapi yang paling best sekali walaupun sk baru jumpa Jun, Lily, YM tapi diaorg best!!!! cam kenal lama. sk suka sgt sbb dapat kengkwn baru...

Anonymous said...

yang tu namanya ada chemistry anim...

Anonymous said...

nak tambah lagi satu... terkilan tak dapat tengok anak no 3 kla-kla, kalu berkenan nak wat menantu...

Anonymous said...

setuju ngan SK.. Jun, Lily & YM.. memang best..

Anonymous said...

rodong komen, gambo koi serious sngt masa registration tu.. ye ke? Serious tak pe, hati dlm baik juga..tak gitu rodong???

Anonymous said...

same ere....heheh..seghonok giler..selalu2 lah buat family event camni yek...anyway, tq to all yg menjayakan pregat ni..it's really nice to know all of u guys..(dulu asyik tgk gambo lama yg rambut kembang2 n jeans ketat2 tu..heehee..jgn mare)...
p/s: sk n shema..kita sambung gath kat umah plak pas ni..leh mkn tiramisu, hikks

*jun-mRs lAn kenTei*