Pagi Ahad 19hb November 2006, hari ke 2 pregathering, semua peserta pregathering telah menikmati sarapan yang disediakan oleh pihak Mercu Resort. Walaupun ramai diantara peserta tidur lewat tetapi kebanyakannya telah dikejutkan oleh anak-anak mereka yang ingin mandi di kolam renang. Nak tak nak kena bangunlah jugak melayan anak-anak.
Selepas bersarapan, Antu sebagai pengerusi perbincangan telah memanggil semua peserta pregathering untuk mengadakan suatu perbincangan khas mengenai Grand Gathering yang bakal berlangsung nanti seperti yang dicadangkan oleh saudara Bilal. Bilal terpaksa meninggalkan pregathering pada hari Ahad kerana beliau terpaksa berlepas ke Pulau Pinang atas urusan kerja.
Perbincangan adalah khusus membincangkan berkaitan Grandgathering. Hasil perbincangan yang telah diadakan adalah seperti berikut seperti yang telah dicatakan oleh Raman Kerbau pada pagi itu :
1. Penyertaan grandgathering nanti adalah tertumpu kepada bekas pelajar ITM batch Julai 1985 sahaja tetapi penyertaan daripada lain-lain batch sangatlah dialu-alukan.
2. Cadangan tarikh untuk Grandgathering adalah pada cuti sekolah Ogos 2007.
3. Tempat Grandgathering dipersetujui di Kuala Lumpur.
4. Lantikan AJK Grandgathering :
- Pengerusi : Mazlan Mokhtar @ Lan Kida
- Setiausaha : Azmi Abu Bakar @ Bilal
- Bendahari : Zainordin @ Kitang
- Wakil Kursus :
Dip In Accauntancy : Syed Hamid
Dip Business Studies : Hairul Salleh @ Jepun
Dip Public Admin : Apek / Antu
Dip Secretary : Muslim (jika Muslim setuju)
Dip Computer Science : Raman Boss
Dip Banking : Zul Sani
Wakil Junior : Md Nor @ Karat
Wakil Senior : Halim Mat Som
Wakil Wanita : Mahanim/ Shema
- Urusetia Tempat : Norazalan @ Lan Kentei
Perbincangan tersebut telah ditangguhkan pada pukol 12-10 minit.
Selepas itu semua peserta telah bersiap-siap untuk checkout dan menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak Mrecu Resort. Semasa makan tengahari, hadiah-hadiah untuk acara Telematch telah disampaikan oleh saudara Amy Jarr selaku AJK acara tersebut.
Lebihkurang pada pukol 2-00 petang, semua peserta telah berkumpul untuk mengambil gambar kenang-kenangan di hadapan kolam renang Mercu Resort sebelum bersurai. Sesungguhnya acara pregathering yang telah dijalankan selama 2 hari di Mercu Resort Cherating tersebut telah dijayakan dengan begitu baik sekali dengan kerjasama daripada para peserta. Kesempatan berjumpa kembali antaranya yang sudah 18 tahun terpisah adalah satu catatan sejarah hidup yang sukar dilupakan.
Terimakasih yang tidak terhingga juga ingin dirakamkan kepada AJK pregathering yang telah bertungkus lumus tidak mengira waktu dan kewangan seperti Wan Rozain, Amy Jarr, Bilal, Kitang, Syed Hamid dan Padil yang telah merealisasikan impian kita untuk bertemu kembali. Terimakasih juga kepada para penderma dan penyumbang seperti Lan Kentei, Antu, Kitang, Bilal, Slumber, Mat Dwan dan pihak-pihak yang telah menyumbang dalam apa jua bentuk bagi menjayakan pregathering kita itu. Terima kasih.
6 comments:
Koi mengharapkan... rerodong kiter esp Para Senior / Para Junior yang masuk blog nie dapat sama2 memeriahkan Grand Gathering tu nanti... BLOG NIE ADALAH UNTUK SEMUA....
Hubungan silaturahim Para Senior & Para Junior amatlah ditagih..
Koi memang setuju bebenor....
Kepada Para Senior + Junior... hubungilah AJK Grand Gathering nanti....
Kida koi cadangkan awok sediakan directory jejak kasih untuk Para Senior + Junior kita.....
SK pun harap bila gathering akan datang lebih ramai yg join..tak sabar nak tunggu nxt gathering...
lah... dah siri akhir Catatan Perjalan Pregathering ni, tahniah & terima kasih kepada sume yg menyertai gathering tempohari, sebarang yang baik adalah dari Allah s.w.t jua dan segala cacat cela, terlebih dan terkurang saya bagi pihak AJK memohon kemaafan dan InsyaAllah akan cuba diperbaiki utk event akan datang.
sebelum ucapan syabas kpd AJK...terlebih dulu walid memohon maaf kiranya ada silap n salah semasa pregat kita.terutama skali semasa acara kendalian walid.
kpd semua yg terlibat n founder of the blog Kida & SK...walid ucapkan tahniah x terhingga diats apa jua yg ada sebelun,semasa n selepas pregat. Semuga yg baik itu akan trus berkekalan hendaknya. semuga murah rezki kpd rerodong seme.
tabik spring untuk karad...
wakil junior.., harap-harap ada wakil senior plulak next gathering..,
zul punggkok, mohideen, magnum, abg ayub... come join the club..
Post a Comment