Semalam aku main golf kali ke 2 selepas raya. Semalam main di Bukit Beruntong Golf & Country Resort. Hari Rabu baru ni aku main kat Bangi Golf Resort. Setelah sebulan setengah tak main golf bermula dari bulan puasa sehingga ke hari raya, permainan golf aku boleh tahan jugaklah. Semalam aku score 97 dan kat Bangi aku score 96. Jauh lagi la dari handicap aku sebelum puasa dulu. Tapi keadaan padang golf akibat hujan lebat yang saban petang di Kuala Lumpur ni sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan permainan juga. BBGCC semalam keadaan padang golfnya begitu teruk sekali akibat tiada sistem perparitan bawah tanah. Aku difahamkan banyak kelab golf mengalami masalah yang serupa. Cuma beberapa kelab golf ternama yang mempunyai sistem perparitan bawah tanah dapat mengekalkan keadaan padang yang baik.
Dalam hujan lebat semasa berteduh di Halfway Hut di lubang ke 5 East Course di Bkt Beruntong semalam aku dan kawan2 aku Dato' Badrus, Kol. Ramlay dan Mejar Ceya sempat bercerita tentang etika golf dan hubungan dengan kehidupan seharian. Aku tertarik untuk mencatat beberapa perkara yang menarik dan etika golf ini sebenarnya terkandung dalam Royal Ancient of St Andrew Golf Etiqutte dan USGA.
Etika golf bermula apabila seorang pemain golf berkeinginan untuk bermain golf bersama rakan2nya biasanya seramai 4 orang. Biasanya hasrat ini timbul seminggu atau 2-3 hari sebelum bermain golf. Maka beliau akan menelefon kawan2nya tadi dan menyatakan hasrat untuk bermain golf. Ada kengkawan tadi mungkin akan menyatakan persetujuan terus atau ada yang akan meminta masa mungkin sehingga malam nanti untuk membuat keputusan. So, maknanya keputusan bermain golf masih lagi tergantung. Kawan yang meminta masa akan seberapa daya yang boleh mesti menghubungi balik kawan yang mengajak tadi sebelum malam tiba dan memberitahu keputusannya samada boleh bermain atau tidak. Ini salah satu sifat golfer yang baik untuk kita renungkan. Sifat courteous golfer untuk menghubungi balik kawan dan menyatakan keputusannya akan membuatkan kawannya tidak tertanya2 dan dapat membuat keputusan yang lain.
Walaupun keputusan yang disampaikan menyatakan bahawa beliau tidak dapat bermain bersama kerana mempunyai urusan yang lain, courtesy untuk menelefon balik adalah suatu perkara yang amat penting dalam menjamin hubungan persahabatan antara golfer.
Setelah cukup pemain barulah pemain yang mengajak tadi akan membuat booking di Kelab Golf yang telah dipersetujui bersama kengkawannya tadi. Dari waktu ini sehinggalah ke hari permainan, pemain golf ini akan saling berhubungan antara satu sama lain untuk memastikan kelancaran permainan golf itu nanti atau untuk menentukan cara2 permainan nanti. Sampailah ke hari permainan, 2 jam sebelum bermain pemain akan berhubung untuk mengetahui status pemain berada, samada ok tak dengan kenderaan masing2, atau nak pergi secara berkumpulan atau pergi sendiri dsb. Golfer selalunya mengambil berat antara satu sama lain demi memastikan permainan golf yang dirancang akan berjaya.
Setengah jam sebelum permainan, semua pemain golf akan berkumpul di Club House untuk mendaftarkan diri dan membuat pembayaran. Jika last minute mungkin ada diantara pemain tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab kecemasan, maka beliau dalam keadaan sesibuk manapun akan tetap menghubungi kawan2nya yang sudah berada di Kelab Golf untuk memberitahu hal tersebut. Courtesy untuk menghubungi ini sekali lagi amat penting dalam Etika Golf.
Suatu hal yang penting dalam Etika Golf ialah sifat golfer itu yang akan berusaha untuk menepati janjinya setelah janji diberi. Walaubagaimana sibuk dengan urusan dan hal2 peribadi dan kerja, jika persetujuan telah diberi maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kehadirannya nanti. Sifat golfer, cuma jika ada hal2 kecemasan keluarga seperti sakit, kematian sahaja yang akan membuatkan golfer tidak jadi bermain. Setakat kenduri adik kahwin ke, bapak kahwin ke, tidak akan menjadi halangan bagi golfer untuk meneruskan permainannya, kerana perkara sebegitu boleh diatur atau di arrange untuk mengikut kesesuaian keadaan dan masa.
Slogan golf seperti "It's not how you drive but how you arrive" antara perkara yang membentuk permainan golf, membantu golfer mendisiplinkan diri, sikap, menguruskan masa dan situasi dengan lebih baik dan teratur. Sebab itulah regular golfer (bukan social golfer) yang memahami etika golf akan lebih senang berurusan kerana golf bukan setakat suatu permainan tetapi etika hidup teratur yang dapat di manfaatkan.
No comments:
Post a Comment