Ayah Slumber atau lebih dikenali sebagai Pak Tam Kadir (betul ye Slumber..kalau tak betul cakap ye) sekarang sedang sakit tenat di rumahnya di Kerdau. Slumber kata ayahnya mengalami sakit susah hendak makan dan badannya menjadi kurus akibat itu sehinggakan tidak terdaya untuk bergerak lagi. Makan sahaja dia akan muntah. Jadi Slumber adik-beradik terpaksa bergilir2 menjaga ayahnya.
Disini saya meminta kengkawan semua agar dapat mendoakan ayah Slumber agar dapat sembuh dan dipanjangkan umur. Selepas sembahyang tu doakanlah sikit untuk ayah Slumber. Kepada Slumber, banyak2kanlah bersabar kerana tanggungjawab anak menjaga ibubapa ni suatu perkara yang amat-amat besar hikmah dan fadilatnya. Bagi saya sendiri pengalaman tersebut telah mengubah hidup saya dan banyak miracle dan blessing in disguise yang akan kita perolehi, insyaallah.
2 comments:
Dudek (Sljr), semoga ayoh awok cepat sembuh......
Nizam Slumber Jr..
..Sama-sama lah kita doakan semuga dia cepat sembuh... Insyallah.
Banyakkan berdoa & bertawakkal pada Allah anggaplah ini hanya satu ujian dari Nya..
Post a Comment