Petang Jumaat 29hb April 2011, saya bersama Shake dsS dan Rozlan diA telah menghadiri Majlis Santai Alumni bersama Penasihat Yayasan Budiman Tan Sri Arshad Ayub di IntekMa Resort Shah Alam. Kesemua wakil Alumni UitM seluruh Malaysia (Shah Alam dan cawangan-cawangan UitM termasuk Sabah dan Sarawak) telah menghadiri majlis ini. Jadi saya bersama Shake dan Rozlan mewakili Alumni UitM Pahang. Turut hadir Prof Dato Dr Sahol Hamid, Naib Canselor UitM dan Prof Dato Dr Abdullah Mohd Said, Timbalan Naib Canselor Student Affairs dan Alumni, yang menggantikan Dato' Nasuddin (bekas Pengetua UitM Pahang) yang telah bersara kira-kira 10 bulan yang lepas.
Majlis tersebut antaranya bertujuan beramahmesra antara Jawatankuasa Alumni seluruh Malaysia di samping bertukar-tukar pandangan untuk memajukan Alumni masing-masing diperingkat cawangan. Selain itu Tan Sri Arshad Ayub, Penasihat Yayasan Budiman juga meminta Alumni mencari jalan untuk menambah Tabung Yayasan BudiMaN bagi membolehkan membantu lebih ramai pelajar miskin yang sedang belajar di UitM sekarang bagi membayar Yuran Penggajian dan Elaun Sara Hidup mereka kerana lebih dari 5000 orang pelajar UitM sekarang tidak mendapat pinjaman PTPTN ditambah dengan kemiskinan dan dibantu sepenuhnya oleh Yayasan Budiman. Kerajaan katanya turut menyalurkan dana kepada Yayasan Budiman tetapi ianya tidak mencukupi.
Majlis yang bermula pada jam 3-00 petang telah selesai kira-kira jam 6-00 petang dan kami semua sempat bergambar dan bersalaman sebelum bersurai. Satu Majlis yang bermanfaat kerana dapat bertemu dengan wakil-wakil Alumni seperti yang saya, Rozlan dan Shake ketemu iaitu Alumni Sarawak, Alumni Melaka, Alumni Perlis dan Dato Abdullah Said sendiri, Timbalan Naib Canselor. Insyaallah ianya berguna untuk memajukan Alumni UitM Pahang yang kini dalam proses pendaftaran dengan ROB walaupun Alumni UitM Pahang adalah cawangan terakhir yang masih dalam proses pendaftaran kerana Alumni-Alumni lain telah beroperasi lebih dahulu sebelum kita.
6 comments:
keep up the good works kida...
salam
tq kida, shake n rozlan for the effort.
Waalaikumussalam Walid,
Terima kasih...tapi Alumni Pahang ni sebenarnya yang berusaha keras ialah Saudari Ashikin kita.
Semoga Alumni Pahang akan bergerak mengikut perancangan dan berkembang maju serta mendapat kerjasama dari semua bekas-bekas pelajar UitM Pahang.
hehehe.. sodap kalau panggil nama tu - ashikin... need strong support from uols gak kida@geng.. seperti kata zue (itm melaka) - sharing is caring...
untuk tambah dana, saya rasa pihak yayasan mesti ambil peluang dgn memohon saham tawaran khas untuk bumiputera di MITI. Paling dekat Saham Bumi Armada, tutup permohonan di miti 7jun 2011. Mungkin ramai yg phobia dengan stock market, tapi senario agak berbeza kebelakangan ini utk IPO...mungkin berlanjutan sebelum dan sehingga PM membuka mulut bila tarikh PRU13.Saham-saham lain yg bakal disenaraikan spt gas malaysia, ea technique.
Syabas, Kida, Shake n geng...moga2 aktiviti akan lebih mantopss selepas ni!
Post a Comment