Monday, October 19, 2009

seLaMat beRaNGkat biLaL

Sabtu lepas saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengunjungi Bilal di rumah beliau di Kota SieraMas, Nilai bagi mengucapkan selamat kepada beliau yang akan menunaikan haji. Kebiasaannya begitulah kalau di kampung bila ada yang nak menunaikan haji maka satu kampung akan datang menziarah untuk mengucapkan selamat jalan sambil bersedekah kepada bakal haji tersebut. Mulanya saya mengajak Kudin Mekanik, Fadil Sutok dan Walid untuk pergi bersama tetapi masing-masing sibuk dengan hal sendiri jadi saya ambil keputusan untuk menziarah Bilal dan isteri Puan Rohani bersama SK sahaja.

Insyaallah Bilal bersama isterinya Puan Rohani akan mendaftar di Tabung Haji Kelana Jaya untuk penerbangan beliau pada pukol 3-00 pagi nanti. Bilal mendapat penerbangan haji yang pertama dan merupakan kumpulan jemaah pertama dari Malaysia yang akan tiba di Arab Saudi. Semoga Bilal dan Rohani akan dipermudahkan dalam mengerjakan ibadah haji nanti serta selamat kembali semula ke Malaysia, insyaallah pada 3 Disember nanti.

Semasa menziarah Bilal di rumah beliau kebetulan Slamber Jr pun ada. Dan rakan budiMaN yang paling tidak di sangka juga muncul iaitu Affandi Daud dpA batch Julai 85 atau lebih dikenali sebagai Pendita Zaaba. Saya rasa sejak graduated dulu kira-kira 21 tahun dahulu tak pernah bertemu lagi dengan Zaaba ni tapi saya rasa fizikal beliau tak banyak berubah. Zaaba kini bertugas di Bahagian Pentadbiran PDRM Bukit Aman setelah 14 tahun bersama Kementerian Pelancungan. Bekeluarga dan mempunyai 3 orang anak, 2 lelaki dan 1 perempuan. Zaaba kini tinggal di Kepong berhampiran FRIM. Sesiapa nak menghubungi Zaaba - 019-2199752.

Slamber Jr pun agak lama tak bertemu dengan beliau. Khabarnya perniagaan makin maju dan selain dari Pasaraya Mydin di pekan Nilai berhampiran stesyen bas Nilai, beliau akan membuka satu lagi cawangan Mydin di Kota SieraMas dan dijangka beroperasi mulai awal November ini. Hebat Slamber Jr dengan 2 cawangan Mydin kini...juta-juta tu beb.

4 comments:

wani said...

Ya Allah! tembamnya slumber!

walid said...

salam
semuga selamat pergi dan kembali dgn mabrur nya.
amin

Anonymous said...

Selamat mendapat haji mabrur bilal. Ya Alla,memang tembam Slamber yek. Dulu kurus keding jer. Kida, ko jangan lah ckp bukan2, aku ni kaya hutang juta2..bukan kaya duit cam ko, siap ada branch kat filipina lagi

Sl Jr

lan kida said...

Salam Slambe,
Amin...mudah2an berkat kata-kata awak tu. Koi branch pun kedai runcit kampung jer...meniaga kecik2 tapi ribu-ribu jugak la masyuk hari2 tapi ribu-ribu peso jer...rm2-30 jer tu sebenarnya....