Wednesday, October 14, 2009

biLaL n kitaNG

Sebenarnya saya mendapat khabar dari Bilal dpA dan Kitang diA semenjak dari minggu lepas lagi tetapi kerana ketiadaan masa untuk posting artikel maka hanya malam ini saya berpeluang untuk menyampaikannya kepada rakan budiMaN semua.

1. Bilal dpA
Bilal suami isteri insyaallah akan bertolak ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardu haji pada 20hb Oktober 2009 ini iaitu pada minggu hadapan hari Selasa. Semoga perjalanan Bilal suami isteri di permudahkan pergi dan balik dan mendapat haji mabrur serta di permudahkan dalam menunaikan fardu haji nanti. Kepada rakan budiMaN yang ingin mengucapkan selamat kepada Bilal bolehlah menghubungi beliau di 013-3350036.

2. Kitang diA
Bendahari budiMaN saudara Kitang pula memberitahu saya bahawa beliau akan menjalani pembedahan ke dua di Pantai Medical Center pada hari ini 14hb Oktober 2009 jam 1-00 tengahari. Semoga Kitang akan selamat menjalani pembedahan tersebut dan akan kembali pulih kesihatannya seperti sediakala. Kitang boleh dihubungi di 019-7567799.

9 comments:

Ummi said...

Salam

Bilal & Isteri - Selamat menunaikan fardhu haji dan semoga segala urusan di sana dipermudahkan dan mendapat haji yang mabrur...

Kitang - Selamat menjalani pembedahan lagik..semoga tabah menghadapi dugaan dan cepat sembuh hendaknya..Buat Lily dan anak2 jugak, moga sokongan dan perhatian yang diberikan akan menjadi penguat semangat kepada Kitang.

wani said...

Bilal & isteri

semoga mendapat haji yang mabrur. KT 5 ke? Kawan saya KT6 pada 21/10

Minta kirim doa

Ya Allah kurniakanlah Salwani Ali solat yang khusyuk, hati yang redha kepadaMu Ya Allah. Kurniakanlah Salwani syafaat di akhirat kelak dari kekasihMu, Nabi Muhammad

Jengok2 le blog saya menceritakan pengalaman haji. http://pabiyen.blogspot.com/

wani said...

maknanya sekarang kitang sudah selamat menjalani pembedahan @ masih dalam OT. Nanti saya ajak Sham SS pergi melawat. Alamak! esok saya kena kendalikan audio utk jamuan raya

zula said...

Bilal & Isteri : moga selamat pergi dan kembali, moga mendapat haji yang mabrur, minta tolong doakan untuk kebahagiaan saya sekeluarga...

Kitang : Moga cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian Ilahi...

apamz said...

Salam, Bilal & isteri,
Alhamdulillah, dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci dalam usia semuda ini. Moga mendapat haji yang mabrur dan diberi kesihatan dan ketabahan dalam mengerjakan rukun Islam ke5 ini.

Bila berada di hadapan Baitullah minta tolong doakan kesejahteraan kwn sekeluarga, terutamanya kesihatan isteri kwn, miza.

Semoga Selamat pergi dan selamat kembali.

apamz said...

Saya baru call kitang sebentar tadi, Alhamdulillah... menurut belaiu segalanya berjalan lancar semalam, dan beliau dalam keadaan ceria dan sihat. Hari ini masih lagi kena berpuasa...

walid said...

Salam semua
buat Azmi dan isteri...Selamat menunaikan ibadah Haji semuga segala urusan dipermudahkan dan mendapat keberkatan serta Haji yang mabrur hendaknya dan kami sekeluarga mengharapkan selamat pergi dan kembali. AMin

Buat Kitang..semuga selamat menjalani pembedahan dan kami semua doakan agar kesihatan kitang digandakan dgn leibh baik olehNYA.

Lan Kentei and Jun said...

Salam utk Bilal & Isteri..
Semuga dipermudahkan perjalanan, sihat sejahtera sepanjang menjalankan ibadah & memperolehi haji yang mabrur. Allahuakbar, nikmatnya dikurniakan sbg tetamu Allah SWT..

Salam utk Kitang & Lily..
Mudah2an dipercepatkan proses kembali seperti biasa, sihat & sejahtera..

Bilal said...

Salam
Terima kasih semua.. mohon ampun dan maaf zahir dan batin.

Mereka yang kirimkan doa seperti wani, apamz dan rakan rakan yang lain telah saya catat dlm bku kecil insyAllah akan saya tunaikan.

Wani.. blok dan artikel awak banyak membantu untuk persiapan kami sekeluarga.. terima kasih atas perkongsian

Fadhil Kemboja.. terima kasih atas ingatan awak. Kwn cuba reply sms pada wak tapi tak tahu sampai atau tidak.. Mat rock.. terima kasih kerana telefon.. dan tak kurang juga sahabat yang hantar sms.. terima kasih tas ingatan dan doa.

Terima kasih semua.. Azmi & Rohani