Friday, June 27, 2008

pRoGRaM aMaL budiMaN

Setelah mengadakan perbincangan dengan beberapa rakan budiMaN dan setelah hampir 4 bulan semenjak Februari lalu budiMaN mengadakan kerja amal di Surau Kg Tanjung Belengu, maka saya ingin mengajak kengkawan budiMaN semua sekali lagi untuk bersama-sama melakukan sedikit program amal untuk masyarakat. Kali ini tumpuan adalah untuk mengutip sumbangan bagi 3 perkara iaitu :

1. Sumbangan amal budiMaN kepada Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kg Sri Damai, Kuantan
Menurut Bilal, Maahad ini telah ditubuhkan kira-kira 10 tahun yang lalu dan di tadbir secara persendirian oleh Ustaz Rosli Abd Jabar. Terdapat 60 orang pelajar tahfiz belajar di sana dalam suasana persekitaran prasarana pembelajaran yang sangat sederhana. Banyak bergantung kepada sumbangan orangramai untuk prasarana, makan minum dan penyelenggaraan. Segala bentuk sumbangan dalam bentuk material seperti beras, susu, tepung dan sebagainya sangat-sangatlah di alu-alukan.

Sumbangan dari budiMaN, insyaallah akan di berikan dalam bentuk bahan-bahan material seperti beras, gula, susu dan keperluan2 lain yang di fikirkan sesuai. budiMaN akan menguruskan pembelian bahan-bahan tersebut dari hasil sumbangan tunai oleh warga budiMaN nanti.

2. Sumbangan Amal untuk Keluarga Apamz
Hampir setiap tahun semenjak budiMaN dipertemukan, sumbangan amal budiMaN kepada keluarga Apamz alhamdulillah dapat di lakukan. Namun untuk tahun 2008 ini, budiMaN masih belum mengadakan sebarang aktiviti bersama keluarga Apamz. Untuk itu saya ingin mengajak budiMaN semua untuk menyumbang kepada keluarga Apamz tambahan pula isteri Apamz, Miza akan melahirkan anak ke 3 mereka sekitar bulan Ogos nanti.

3. Sumbangan Amal untuk Masyarakat
Ada beberapa email yang saya terima dari beberapa rakan budiMaN seperti dari Amir USA yang memberitahu berkaitan kesusahan dan penderitaan keluarga yang mungkin boleh di bantu oleh budiMaN setakat yang termampu. Selain itu jika ada lebihan sumbangan, saya juga bercadang untuk membuat sumbangan kepada beberapa buah surau samada dalam bentuk material atau tunai terutama kepada surau-surau daif yang terletak di ceruk-ceruk kampung.

Program Amal budiMaN pada kali ini akan hanya tertumpu untuk kutipan sumbangan dahulu dan tempohmasa kutipan sumbangan ini mungkin akan dibuat dalam tempoh sebulan dari tarikh artikel ini. Setelah itu, kita akan istiharkan jumlah kutipan di sini dan akan menetapkan pembahagian sumbangan untuk 3 kerja amal seperti yang diterangkan di atas. Mungkin kalau bersesuaian di harap akan dapat pula di adakan ekspedisi berkonvoi beramai2 budiMaN bagi menyerahkan sumbangan itu jika perlu dan ada interest dari kengkawan.

Kitang telah bersetuju dalam perbincangan dengan saya tempohari untuk sekali lagi menjadi Bendahari budiMaN dalam mengutip sumbangan ini. Segala sumbangan bolehlah di bank in melalui akaun Maybank seperti butiran di bawah :

Bank : Maybank
No Akaun : 114254123223
Nama Akaun : Zainordin Awang Samah
Telefon : 03-22972584, 019-7567799

Setelah anda menyumbang menerusi akaun tersebut, sila sms atau berhubung dengan Kitang untuk memberikan butiran sumbangan anda untuk tujuan catatan pengurusan.

Diharap kengkawan budiMaN dan sesiapa yang mengikuti blog ini dapat menjayakan program amal budiMaN ini. Sumbangan walau sedikit mana pun amat dihargai dan sumbanglah setakat mana yang termampu oleh anda hatta RM1 sekalipun dan janganlah berasa malu dan segan untuk menyumbang walau dalam nilai yang rendah. Jumlah keseluruhan sumbangan akan di siarkan di sini tetapi nama penderma serta jumlah yang di derma tidak akan di siarkan dan hanya menjadi catatan pengurusan dan untuk rekod yang disimpan sahaja.

Saya menjangkakan dalam keadaan ekonomi dan kos kehidupan yang mencabar ini, program amal mungkin akan berlaku sedikit kelembapan, namun doa saya agar perancangan kita ini di permudahkan Allah swt jua dan niat suci murni ini akan beroleh kejayaan, insyaallah.

11 comments:

Anonymous said...

salam..
mungkin waleeed bukan yg pertama donate....tp yg pertama beri ulasan.
apa2 hal waleed sokong apa jua ativiti yg dpt memberi manafaat kpd kedua2 pihak.Pemberi dan penerima.
p/s Semuga segala amalan yg dibuat oleh warga Budiman mendapat rahmat dariNYA.

Anonymous said...

Salam...sumbanglah,walau sekecil manapun...janji ikhlas.
Besar pahalanya wer...

Anonymous said...

Salam Walid dan Kitang,
Memang korang berdua ni antara yang paling setia apabila budiMaN mengadakan program amal. Begitu juga kengkawan budiMaN yang lain.

Terfikir saya kalau ada lebihan dari sumbangan antara lain mungkin boleh juga di buat sedekah kenduri berbuka puasa dalam bulan Ramadhan nanti yang akan bermula 2 bulan sahaja dari sekarang. Mungkin kenduri buka puasa tu boleh dibuat di surau sekitar KL contohnya di Surau perumahan Kudeng yang mana Kudeng menjadi Imam Besarnya.

Mudah2an hajat kita semua di sini di makbulkan olehNya. Amin.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Ana rasa antum semua sudah sedia maklum anak ana ada 2 orang kat madrasah kat subang jaya. Madrasah anak ana tu nak kata daif, taklah jugak. Nak kata selesa tu, taklah jugak. Mudir dia, lecturer UM. Dia duk tanggung kos madrasah muslim ngan muslimah melalui duit dia sendiri, campur dengan sumbangan bulanan ibubapa dan sumbangan zakat orang ramai. Jumlah student lebih kurang 40 orang. Mudir dia pun pernah mesyuarat dgn para ibubapa supaya sama2 berusaha mencari sumber kewangan untuk menampung kos operasi kedua2 madrasah tersebut.

Jadi sementara kita duk bincang topik ni, ana pun tumpang jugaklah nak mencelah. Ana nak sumbang banyak tak mampu jugak. So kalau fellow BUDIMAN berniat nak keluarkan zakat or sedekah kepada madrasah tersebut, bolehlah berhubung dengan ana.

Jazakallah khair kathirun.

Anonymous said...

Salam Kudeng,
Insyaallah apabila sudah dikumpulkan hasil sumbangan budiMaN nanti madrasah di Subang Jaya tersebut boleh disenaraikan sekali sebagai salah satu tempat penerima sumbangan kalau kengkawan budiMaN semua setuju.

Semoga Allah swt memurahkan rezeki kita semua di sini untuk lebih banyak beramal dan bersedekah jariah. Amin

Anonymous said...

Salam,
Buat anonymous... janganlah berselindung di sebalik anonymous..sila-silalah berikan nama... apa barang lu takut sangat nak beri nama ni beb..lu ada hutang banyak ke apa..atau lu memang takut orang kenal lu pasal lu hensem sangat... gua dah banyak kali beri amaran jangan guna anonymous selain dari masa artikel politik dulu.

SEKALI LAGI SESAPE YANG PAKAI ANONYMOUS KAT SINI..GUA AKAN DELETE DIA PUNYE KOMEN DAN ANONYMOUS KALAU LU TAK MAHU KENALKAN DIRI LU...ANONY 1 DAN ANONY 2...GUA BAGI SEHINGGA ISNIN MALAM ATAU GUA AKAN DELETE LU PUNYE KOMEN.

Sehingga Isnin malam..gua tak akan response dengan lu punye cadangan tu beb...APA BARANG LA LU ORANG NI BEB!

Anonymous said...

Salam sume BUDIMAN..Sorilah, lately memang bz je wpun weekend, x lekat kat rumah..ada je hal..InsyaAllah dengan limpah rahmatNya dan rezekiNya, Ummi x keberatan nak menyumbangkan x kiralah kudrat atau sumber kewangan setakat termampu dan join aktiviti yang memang dinanti2kan ni jika kelapangan. So, Ummi tetap setia di sini lah, lebih senang...insyaAllah.

Harap2 kali ni lebih ramai geng DSS pun boleh join aktiviti lebih bermanfaat camni...

Anonymous said...

salam.
kpd seme BUDIMAN. Ok gak cadangan anoy 1 tu..cuma tulah...adalah lebih baik memperkenalkan diri ataupun kasi hint sapa diri kita. Jgn takut abg2 , kakak2 sekelian..niat kita baik.Jgn takut org kata kita memandai2..atau nak menunjuk2...kalau kita ikhlas..pedulikan org lain kata..yg penting ALLAH s.w.t tau keihklasan kita.APa2 hal...kita besatu membantu yg terbaik.

p/s So ari ni kita mula berbuat sumbangan dan beramal kudarat. So ada meeting tak ni? kat ne nak buat dll? Jsut let me know. InsyaALLAH kita jayakan nya.

LaN KidA said...

Salam semua,
Sebagai menepati janji saya tempohari, sehingga tengah malam Isnin, Ano 1 dan Ano 2 masih tidak mahu memperkenalkan diri masing-masing maka saya dengan ini mendeletekan sebarang komen dari mereka yang tidak bernama ini.

Pada saya tidak ada gunanya bersahabat dan mendengar pandangan dari orang yang takut dikenali atau tidak mahu dikenali kerana selalunya orang sebegini tidak ikhlas dan takut dengan bayang-bayang diri sendiri.

Kepada Ano 1 dan Ano 2 silalah kunjungi blog-blog lain yang sudi menerima orang yang tidak dikenali macam anda itu... buat saya di sini... minta maaf..saya tak sudi menerima anda.

Anonymous said...

Salam Sahabat..
Bulan Rejab telah bermula.. ana semakin ghairah untuk meningkatkan amalan dan mghindarkan kemungkaran dan ana ingin mengajak dan menyeru atas dasar persahabatan yang ikhlas serta atas dasar umat nabi Mohamad s.a.w marilah kita berganding bahu sekali lagi untutujuan yang mulia. Mari kita semua berusaha mensasarkan by 31st. Ogos we all managed to collect RM10,000. Bunyi mgkin a bit ambitious tapirdasarkan pada trek rekod yg lepas macam tak mustahil. Kemudian kita fix a few ocassion kita sedekahkan sumbangan itu sempena ramadhan pasti manis sekali amalan berkenaan.'

Ayuh gerak gempur semua rakan-rakan di merata tempat termasuk NZ, US, Thailand dan Cambodia dan kita jadikan projek amal ini sebagai projek mega 2008.

Mo Allah buka ruang dan peluang dan permudahkan usaha murni ini, insyaAllah

LaN KidA said...

Salam semua,
Terima kasih kepada Bilal yang berusaha menyeru rakan2 budiMaN semua untuk program amal ini. Bilal juga telah berusaha menghantar sms kepada ramai rakan2 untuk memberitahu tentang program ini. Moga Allah swt jua memberi rahmat kepada Bilal atas usaha beliau itu, insyaallah.

Sehingga Jumaat sesudah seminggu program ini, kutipan untuk program amal budiMaN di dalam akaun Maybank Bendahari kita saudara Kitang berjumlah RM0 sahaja. Suatu angka yang sudah saya jangka dari awal lagi dan tidak membimbangkan saya. Mungkin masih terlalu awal kerana program ini di jangka berlangsung selama sebulan dan mungkin boleh di panjangkan jika keadaan memerlukan.

Sempat bertemu dengan Mak Saudara SK, Prof Dr Halini dan suaminya Dr Abdullah, dalam satu majlis makan2 di rumah emak SK minggu lepas. Dr Halini mengusahakan NGO Khalifah sebuah pertubuhan amal untuk puteri2 remaja Islam dan kerap bergabung dengan Mercy dan beberapa pertubuhan NGO lain dalam program kebajikan. Kami seluruh keluarga pun kekadang tu turut dikerah membantu juga ada masanya. Beliau kebetulan petang itu selepas majlis di rumah emak SK mempunyai jamuan amal mengutip derma dan saya bersembang dengan beliau. Dr Halini kata memang kena banyak bersabar dalam buat program amal. Sedangkan diperingkat NGO yang besar-besar pun dia kata balik-balik muka yang sama atau orang sama sahaja yang akan tampil menderma begitulah bila setiap kali program amal di jalankan.

Moga Allah swt murahkan rezeki budiMaN dan mempermudahkan untuk membuat seberapa banyak program amal demi mencurah bakti kepada masyarakat seagama dan sebangsa dengan kita. Amin.