Wednesday, June 11, 2008

keNduRi teMeRLoh

Baru lega sedikit selepas kembali dari Temerloh pada hari Ahad lepas dan dapat kembali menulis, itupun mata dah hampir layu sambil tengok game Spain vs Russia dalam Euro 2008. Setelah kembali dari Kuala Terengganu pada minggu sebelumnya, pada hari Rabu yang lepas, saya sekeluarga kembali semula ke Temerloh untuk menyempurnakan kenduri perkahwinan adik bongsu saya yang akan di adakan di rumah ayah saya pula.

Sebelum tu pada petang Rabu tu sempat lagi saya layan Sidi@ Che Dat dengan Raman Kerbau main golf di Kelab Golf Kinrara. Itupun main separuh sahaja kerana hujan lebat dan kami terpaksa berhenti bermain hanya setakat 7 lubang sahaja. Malamnya pula Antu dan Puis pun ada di Kuala Lumpur. Bob MG dari Kuantan pun ada bercuti di Kuala Lumpur juga dan menginap di Hotel Vistana bersama-sama Che Dat dan Raman Kerbau. Saya yang selepas golf bergegas pulang kerumah kerana hendak balik ke Temerloh pada malam tersebut. Dengar khabarnya Che Dat, Raman Kerbau, Puis, Hanif dan Antu berteh tarik sampai pukol 3 pagi malam tu. Bob MG pula bermalam di Kuala Lumpur kerana bercuti dan akan meneruskan perjalanan ke Perak pula membawa keluarga sempena cuti sekolah.

Saya sekeluarga sampai di Temerloh kira-kira jam 4-30 pagi kerana kesesakan jalanraya akibat kenaikan harga minyak di mana jalan-jalan di KL menjadi sesak kenderaan mengisi minyak di stesyen minyak. Pada Jumaat malam, ayah saya telah mengadakan kenduri Tahlil dan Doa Selamat dan Raman Kerbau telah menjadi caterer pada malam itu menghidangkan sajian makanan Ikan Patin Tempoyak dan lauk-lauk kampung. Kitang bersama anak-anak lelakinya juga telah hadir. Nampak ceria Haji Kecil Kitang kita yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 1hb Jun yang lalu.

Pada hari Sabtu pula telah berlangsung kenduri perkahwinan di mana rombongan pengantin yang datang dari Kuala Terengganu telah mengunjungi kenduri di rumah ayah saya pula. Kengkawan budiMaN yang hadir ialah Kitang bersama Lily dan anak-anak. Begitu juga Zambran sekeluarga bersama isteri dan anak-anak.

Pagi-pagi Ahad, kami sekeluarga telah kembali ke Kuala Lumpur dan sampai kira-kira jam 12-30 tengahari. Petangnya pula menghantar Sarah, anak sulong saya balik ke asrama sekolahnya. Hari Isnin serta Selasa pula saya kembali terpaksa membereskan beberapa urusan kerja yang tertangguh dan akhirnya alhamdulillah dapat di selesaikan.

Jadi cuti sekolah selama 2 minggu ni yang penuh dengan pelbagai acara telahpun selesai dengan selamat dan jayanya, alhamdulillah. Kini rasanya seperti yang di sebut-sebut kepada saya oleh beberapa kengkawan budiMaN, mungkin bolehlah saya dan kengkawan budiMaN semua di sini memikirkan pula satu program amal kebajikan budiMaN yang mana kali terakhir kita lakukan pada awal bulan Februari lalu di Surau Kg Tanjung Belengu ( Saya berjumpa beberapa penduduk Kg Tanjung Belengu semasa di Temerloh dan mereka tidak habis-habis mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada budiMaN dan melahirkan rasa terharu atas keperihatinan budiMaN.)

No comments: