Thursday, June 12, 2008

eURo 2008


Sehingga malam ini semua pasukan yang memasuki pusingan akhir Euro 2008 telahpun melepasi perlawanan pertama peringkat kumpulan dan sewaktu saya menulis artikel ini sedang berlangsung perlawanan kedua peringkat kumpulan antara Portugal dengan Republik Chech. Dari 8hb Jun 2008 dahulu sehingga 19hb Jun ini setiap malam kita akan di sajikan dengan perlawanan-perlawanan hebat Euro 2008.

Saya sendiri sebenarnya tidak tahu pasukan mana yang harus di sokong kerana semua pasukan nampak seimbang. (Bukan kerana England tiada sebab memang tak minat pun dengan pasukan England) Saya lebih suka memerhatikan beberapa pemain yang bakal menyinar di kejohanan ini dan mula di pikat oleh beberapa kelab-kelab gergasi bolasepak Eropah.

Antara yang saya minat untuk perhatikan seperti Karem Benzeyma (khabarnya bernilai 30 juta pound sterling) serta Samir Nasri (gambar atas -dikatakan sebagai The new Zidane) dari France yang kini menarik perhatian Manchester United dan Arsenal. Selain itu saya juga ingin melihat pemain seperti Luca Toni dari Italy. Selain itu beberapa pasukan seperti Spain yang mempunyai pemain dikatakan bernilai jutaan pound dan dikatakan pasukan yang mempunyai nilai pemain tertinggi antara pasukan-pasukan lain dengan Torres, David Villa, Fabregas, Sergio Ramos dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan pasukan seperti Crotia yang telah menewaskan England 2 kali di pusingan kelayakan.

Namun pasukan-pasukan underdog seperti Chech dan Greece tidak harus dilupakan yang mana mereka telah menjuarai kejohanan ini dalam 2 siri sebelum ini. Pengurus pula yang saya ingin perhatikan ialah Joachim Loew (gambar bawah) dari Germany yang mana Michael Ballack pernah berkata sebagai pengurus taktikal dan strategi terbaik yang pernah ditemuinya. Begitu juga dengan Marco Van Basten dan Jose Felippe Solari.

Apa-apa pun sama-sama kita saksikan kehebatan Euro 2008 menerusi Astro dan TV3 serta TV9. Kudin Mekanik 2 hari lepas ada beritahu bahawa Haji Kecil Kitang ingin mengajak kengkawan teh tarik sambil tengok Euro 2008. Mungkin sukar sedikit pada hari bekerja saya rasa kecuali kalau di buat pada hari Jumaat atau Sabtu. Kita tunggu pelawaan Kudin Mekanik dan Haji Kecil Kitang nanti.....

4 comments:

kudeng said...

Viva Espanyol..!!!

waleed said...

salam
emmm...team mana yek?
semlm Croatia 2- germany 1
(upset tuuu).
Anyway..Haji kecil Kitang..syukur nmpk sihat tu.

p/s waleed sokong..

LaN KidA said...

Salam,
Walid, apa barang malu2 plak ni...keke

Ni nak cerita skit, ada sape ntah dah ceroboh gua punya email, hantar email spam kat kengkawan semua...nak beritahu...gua tak pernah hantar email spam tu... mesti ada sape dah ceroboh gua punya email password ni...Anyway..gua dah tukar password dah.

Sekian nak beritahu.

waleed said...

salam.
kida...croboh email password camner tu?..
tp aku ada trima email dari awok pasal bisnes apa ntah. Yang tu ke?