Friday, June 20, 2008

peRSoaLAn?

Hampir 8 hari saya tidak menulis untuk blog. Bukan kerana ketiadaan masa tetapi ketiadaan idea untuk menulis sesuatu yang bernas dan bukan hanya melaporkan aktiviti semasa yang sedikit. Bagaimanapun ada 2 perkara berkaitan kengkawan budiMaN yang sampai ke pengatahuan saya iaitu :

1. Raman Kerbau dbS sedang mengikuti Kursus Penternakan Lembu di Mai Farm, Kalumpang, Selangor bermula dari Isnin 16 Jun lalu sehingga 21 Jun ini. Kursus yang di adakan di ladang penternakan khabarnya milik bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai adalah anjuran Agro Bank. Khabarnya Che Dat yang telah mengusahakan agar Raman Kerbau dapat menyertai kursus ini. Menurut Che Dat selepas ini akan berlakulah keajaiban terhadap Raman Kerbau....

2. Haji kecil Kitang telah menganjurkan Teh Tarik Euro 2008 pada malam ini sempena perlawanan suku akhir antara Germany dengan Portugal bertempat di Taman Melati Utama. Khabarnya Kudin Mekanik, Mat Rock, Man Troq dan beberapa budiMaN lagi akan hadir. Insyaallah kalau larat saya akan turut serta.

Ketandusan idea untuk menulis dan merangka perancangan aktiviti amal budiMaN dalam beberapa hari ini walaupun kelapangan masa yang baik banyak di sebabkan oleh situasi semasa yang banyak berkisar kepada kesan peningkatan kos kehidupan dan pergolakan politik semasa yang masih tiada hentinya lagi. Di mana-mana dan dengan siapa sahaja yang saya jumpa, persoalan dan pergolakan tersebut masih tidak henti-henti lagi di sebut. Hingga ada yang menyuarakan jika saya ingin mengadakan suatu aktiviti amal budiMaN di waktu ini berkemungkinan sambutan tidak akan seperti dahulu kesan situasi sekarang ini.

Sesungguhnya kesan kenaikan harga petrol memberi implikasi yang amat menakjubkan kepada kita semua. Penipisan wang di dalam dompet akibat bahagian yang besar untuk kos perjalanan menipiskan lagi bahagian-bahagian wang untuk keperluan yang lain. Ketidakstabilan politik semasa kalau masih tidak di sedari oleh kita semua sebenarnya kini telah memberi kesan secara langsung kepada kita sebagai rakyat jelata akibat ketidakbijaksanaan mengurus dan mentadbir. Jangan kata kita tidak ada kena mengena dengan politik kerana sebagai rakyat kita sendiri sudah merasai pilihan hati kita dengan kenaikan petrol dan barangan pengguna.

Sehingga semuanya ini menjadi stabil dan di pulihkan seperti kemakmuran yang kita nikmati dahulu, sukar bagi kita semua untuk memikirkan perancangan lain selain dari perancangan kehidupan dan keluarga kita sendiri yang perlu di beri keutamaan dahulu. Maklumbalas anda semua di perlukan untuk memberitahu samada masih mampu lagi untuk meneruskan kerja amal budiMaN walau terpaksa berkorban wang ringgit dan menempuh perjalanan yang jauh demi untuk berbakti kepada masyarakat, bangsa dan agama atau semua ini perlu ditangguhkan sementara. Itu persoalan saya kepada anda semua.

8 comments:

bob@mpk said...

Kida....sokong 100% persoalan tuu tp kite kenalah redha lg satu ade aku msg pasai Arul@ zaimi hashim now die kat JB (imegresen kat pintu masuk singapura)baru jumpe Homecoming xsas ...so war2kan laa kat kengkawan mane yg ingat

BobMG@mpk

bob@mpk said...

Tambahan profile ARUL
Nama penuh: Zaimi b hashim
Asal: K.Lipis...sedara siti nurhaliza kot
Status:Berkeluarga
Anak:4 semua lelaki (mcm aku tp 3 jea)
Member kamceng kat ITM: Baiee( mat motor perlis)
gambar terbaharu -aku dah msg kat kida

lan kida said...

Salam Bob,
Koi dah terima gambor tu..insyaallah akan di publishkan gambar terbaharu Aru nanti. Thanks Bob for your contribution. To Aru..welcome home brother!

Nampaknya persoalan masih tinggal persoalan lagi lantaran tiada yang bisa menghuraikan....

Justeru adakah maksud akan kesampaian atau seharusnya di biarkan terus bergelempangan.... hahaha...sastera plak dah beb...APA BARANG!!

Azmi@bilal said...

Salam Kida.
Lama kawan menyepi kerana sibuk sikit. Saranan kawan.. biar apa pun yang berlaku.. Niat untuk beramal dengan ikhlas tak sepatutnya jadi halangan. Malah ini dinamakan cabaran. Cuma kita plan dan laksanakan secara berhemah agar dapat menguruangkan impact bagi setiap yang terlibat. Contohnya.. ada satu sekolah swasta Tahfiz Darul Fikri yang daif di Kpg Sri Damai di Kuantan ini yang amat memerlukan sumbangan dalam bentuk material seperti beras susu, milo, telur, minyak masak dan gula. Kalau kita dapat kumpulkan sedikit dana untuk menampung at least 6 bulan makanan mereka.. bayangkan semuanya untuk al-hafiz.. perlaburan yang baik untuk akhirat.. Itu padangan kawan.. Bilal

lan kida said...

Salam Bilal,
Cadangan untuk sumbangan bagi tahfiz rasanya sangat elok untuk budiMaN.

Saya telah menelefon Bilal sebentar tadi dan minta beliau dapatkan butir2 terperinci berkenaan keperluan dan sedikit maklumat berkaitan Tahfiz berkenaan.

Saya juga telah menelefon Apamz dan mendapat tahu bahawa isteri beliau Miza akan bersalin anak yang ke3 mereka sekitar bulan Ogos nanti, insyaallah.

Saya juga telah bercakap sebentar tadi dengan Haji Kitang untuk mendapatkan persetujuan beliau menjadi Bendahari dan menggunakan akaun beliau untuk sumbangan budiMaN.

Oleh itu setelah mendapat maklumat lengkap dari Bilal mungkin malam nanti, insyaallah akan saya lancarkan suatu kutipan sumbangan dari budiMaN untuk Sumbangan Amal budiMaN dengan Tahfiz berkenaan beserta juga sumbangan kepada Apamz sekeluarga.

ummi said...

Salam sume..Aah, rasanya lama dah x bertemu dan berkumpul buat aktiviti dengan Budiman ni..ya lah, lantaran sume orang ada hal masing2 dan sibuk dengan kerja seharian. Tapi kalu ditanya pada hati, eloklah kita mulakan semula. Ummi ni nk bersuara sgt pun, segan jugak sebab x ramai geng pompuan yang nk diajak berunding dan meriah2 kat sini..

Apapun, yang baik Ummi sokong sangat2 dan insyaAllah sedia beri kerjasama setakat termampu..wpun bulan Jun, Julai n Ogos ni agenda agak padat jugak..macam2 majlis bertunang dan kenduri adik serta saudara terdekat (sepupu-sepapat sume), acara-acara pelancongan Tioman pn byk..Hubby pun dah kerap pulak keluar masuk Tioman sejak dari Mei lagi..Semalam pn baru balik KL, next week 28 Jun nk antar Najwa ke Uitm Segamat pulak.

LaN KidA said...

Salam Ummi,
Insyaallah sekiranya semuanya berjalan lancar kita mungkin akan buat satu kutipan tetapi untuk 2 tujuan iaitu kepada Tahfiz dan Apamz.

Petang tadi sempat bertehtarik dan berbincang dengan Bilal, Fadil, Raman dan Kudin di Selayang.

Malam semalam pun sempat teh tarik dan bincang dengan Sidi @ Che Dat di Heritage Row perkara yang sama.

zula said...

Salam seme, aku nak respons bab sumbangan kat Tahfiz Darul Fikri tu, memang bagus ngat kalo kita pakat-pakat beri sumbangan, di samping ganjaran kat sana nanti (walaupun taklah berharap sangat) aku dengar citer boleh income tax deductable lagi. Nanti aku cuba confirmkan dengan MUIP