Sunday, May 18, 2008

bOLa

Musim bola EPL baru sahaja berlalu malam tadi dengan perlawanan akhir Piala FA antara Cardiff dengan Portsmouth yang di menangi oleh Portsmouth. Saingan liga EPL pula telahpun berakhir pada minggu lepas dengan Juara Liga masih lagi berpihak kepada Manchester United. Sementara 3 pasukan lagi yang akan mengiringi MU ke Champion League musim depan adalah Chelsea, Arsenal dan Liverpool. La Liga di Sepanyol pula di menangi oleh Real Madrid, Bundesliga di German di menangi oleh Bayern Munich sementara dalam Serie A pula saya rasa akan dimenangi oleh Inter Milan.

Liga-liga ini akan berhenti rehat selama 3 bulan sebelum memulakan musim baru 2008/2009 dan nampaknya malam minggu kita selama 3 bulan ini akan sedikit sepi dengan tiadanya perlawanan bolasepak yang dapat di tontoni. Walaupun begitu bermula pada 8hb Jun nanti akan berlangsung pula Euro 2008 selama hampir sebulan sehingga 30hb Jun nanti. Walaubagaimanapun mungkin Euro 2008 ini kurang meriah sedikit bagi peminat-peminat England kerana gagal melayakkan diri. Tapi masih banyak pasukan-pasukan handal seperti Germany, France, Italy dan Spain yang akan bertanding dan dijangka akan memeriahkan lagi Euro 2008 ini.

Bagaimanapun pada 22hb Mei ( Rabu malam Khamis) nanti akan berlangsung satu perlawanan yang di tunggu ramai oleh peminat-peminat bolasepak iaitu Final European Champion League antara Manchester United dan Chelsea yang akan di adakan di Moscow, Russia pada jam 2-00 pagi waktu Malaysia. Perlawanan yang pastinya hebat dan mendebarkan. Masa semi final dulu ada juga Kitang dan Kudin menganjurkan budiMaN tengok beramai-ramai di Melati Utama tetapi akhirnya ke dua-dua penganjur tertidur dan terlepas perlawanan tersebut. Jadi mungkin kali ini tak tahu la kot-kot penganjur yang sama masih nak menganjur lagi ke atau tidak. Tapi kalau tengok beramai-ramai di satu tempat agak lebih seronok. Seronok juga kalau tempat nak tengok tu ada aircond dan tempat baring sekali dan boleh plak mandi dan terus pergi kerja. Tapi tu kena kongsi-kongsi la sikit sorang. Lagi ramai lagi jimat, boleh ngeteh sekali. Apa-apa pun kita tengok lah dulu kot-kot ada penganjurnya nanti. Ada cadangan macam biasa, sila komen.

4 comments:

Anonymous said...

manchester united is life. The rest are mere details...

glory glory man united...

brotherhood of the man, united we stand...

Anonymous said...

salam.

ada liverpool fan kat cni tak????
hehehehe....

Anonymous said...

United beb... united....

Viva MU, Viva MU...!

(Bukan kereta viva ye!)

Anonymous said...

liverpooll...
You'il never walk Alone

Bob.mg@mpk