Wednesday, May 28, 2008

bEkaS peNGaRah keSeLaMataN

Sebenarnya dah lama saya ketahui perkara ini cuma terlupa untuk bercerita di dalam blog ini. Semasa kita semua menuntut di UitM dulu, tentunya kita tidak ambil kisah siapakah Pengarah Keselamatan UitM Malaysia merangkap Pengarah ROTU semasa kita belajar samada di Shah Alam mahupun di Kuantan dahulu. Itulah dia sebenarnya seperti gambar di atas. Nama beliau ialah Mejar (B) Samsudin atau sekarang ni saya panggil Mat Sam. Saya mengenali beliau kira-kira 7 tahun yang lepas dan kini merupakan salah seorang rakan paling kamcing saya. Beliau telah bersara dari UitM pada tahun 1997 dan kini menjalankan kerja-kerja sambilan sebagai Penceramah Motivasi.

Mungkin pada masa itu kita hanya mengenali Tok Kelana, Saad dan lain-lain. Rupa-rupanya boss dia orang ni Mat Sam. Mat Sam juga merupakan Pengarah ROTU (seorang lagi Pengarah ROTU Universiti Malaya pun member kamcing juga sekarang ni iaitu Mejar(B) Che Ya - Kudin Mekanik dengan Padil Sutok pun kenal) selain menjalankan tugas sebagai investigation internal audit. Mat Sam pernah cerita macam mana Pengetua-Pengetua UitM peringkat negeri ni kecut perut bila dia dengan Pendaftar yang saya dan SK panggil Uncle Bahadun ( dah aruah pun meninggal kira-kira 3-4 tahun yang lepas) datang melawat pasal banyak benda dia orang buat tak ikut prosedur. Saya tanya Mat Sam, kenal tak Nasudin, pengetua Pahang.... dia kata..oohh itu biasa kena gempak dengan gua beb. Ceh!

Hai Mat Sam, kalau gua kenal lu lah masa tu, Pak Guard ambik metrik kad gua pasal rambut panjang, gua botakkan kepala lu selagi lu tak pulangkan kad gua. Pak Guard tahan gua kat pintu gate pasal lambat balik, lu tak lepaskan gua, gua bakar office lu beb... hehehe. Rupa-rupanya Mat Sam ni lawak habis beb.... nasib lah kita tak kenal dengan dia dulu.

2 comments:

Anonymous said...

Kida..tak ingat laa die nie..kalau Chegu haron ..haaa tuu ingat sgt..sbb kolam sharifah aini...anyway selamat cuti sekolah...

Bob@Mg.MPK

Anonymous said...

Salam Bob,
Dia ni Pengarah Keselamatan UitM zaman kita dulu memang kita tak kenal pun. Pejabat dia kat Shah Alam. Dia round jer seluruh itM Malaysia buat checking.