Tuesday, May 27, 2008

cUti seKOLah mAi LAgi

Cuti sekolah selama 2 minggu datang lagi. Kengkawan budiMaN yang mempunyai anak yang bersekolah semestinya sibuk dengan perancangan cuti sekolah untuk anak-anak masing-masing yang kini berada di rumah sentiasa dan mana yang duduk di asrama kini pulang ke rumah. Mana yang mempunyai isteri sebagai guru, inilah masanya isteri bertukar profession kepada surirumah sepenuh masa. Bagaimanapun tidak semua yang dapat berada di rumah sentiasa.

Kepada mereka yang mempunyai anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM sudah tentunya cuti sekolah ini akan dipenuhi dengan kelas-kelas tambahan, summer camp dan seminar-seminar. Kalau tidak pun, jadual yang ketat sudah tentunya terpaksa di ikuti oleh anak-anak tersebut.

Sememangnya persaingan dalam mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan dan pelajaran kini semakin mencabar bukan sahaja kepada pelajar-pelajar sendiri tetapi juga kepada ibu bapa. Baru-baru ini seorang anak kepada sahabat saya baru sahaja menamatkan pengajian matrikulasi Kem Pendidikan dan hanya memperolehi keputusan CGPA 3.32 sahaja. Rupa-rupanya sekarang ini kalau memperolehi gred seumpama itu rendah tahapnya. Saya sangkakan gred tersebut sudah cukup tinggi untuk memasuki mana-mana universiti. Kalau zaman kita dulu-dulu, dapat CGPA 2.7 pun dah kira cukup bagus, sekarang tidak.

Anak kawan saya itu nak masuk universiti memasuki jurusan perubatan. Namun nampaknya dengan CGPA begitu beliau tidak layak untuk memohon. Samada IPTA atau IPTS di Malaysia, gred untuk jurusan perubatan membuat permohonan ialah 3.7. Sempat saya berbual baru-baru ini dengan 2 orang anak saudara SK yang mengambil jurusan perubatan di IMU (International Medical University) dan UIA dan mereka mengatakan syarat kemasukan di IMU ialah 3.8 tetapi hanya pelajar yang dapat 4.0 sahaja yang diterima. Sementara di UIA pula syarat kemasukan ialah 3.8 tetapi hanya 200 orang yang terbaik seluruh Malaysia yang mempunyai 3.8 keatas sahaja diterima. Ketat sungguh syarat kemasukan ke universiti sekarang ini. Di lain-lain IPTA dan IPTS pun lebih kurang sama sahaja.

Jadi anak kawan saya itu terpaksalah memohon untuk memasuki universiti di luar negeri dan tempat yang paling dekat dan paling murah ialah Indonesia seperti di Bandung atau di Gajah Mada yang di iktiraf oleh Lembaga Akreditasi. Itupun perbelanjaan pembelajaran di sana mencecah hampir RM250 ribu. Kalau di Malaysia selain di IPTA, IPTS yang menawarkan tempat-tempat pembelajaran, kosnya mencecah hampir RM300 ribu sehingga siap pembelajaran. IMU contohnya untuk jurusan perubatan, kos mencecah hampir RM350 ribu selama 5 tahun. Duit insuran pun tak cukup nak cover macam ni. Ambik pinjaman MARA mahu tersiksa budak-budak tu nanti nak bayar balik bila bekerja nanti. Kalau dapat score elok mungkinlah pinjaman tersebut hanya perlu di bayar sebanyak 10% sahaja tapi itupun banyak juga.

Pening juga memikirkan perbelanjaan pembelajaran sekarang tidak seperti semasa kita dulu-dulu. Dah la persaingan merebut tempat ke IPTA begitu sengit dan terpaksa mendapatkan CGPA yang tinggi, bila dah dapat nak kena fikir pula perbelanjaannya nanti. Mungkin UitM still menjadi alternatif yang paling baik agaknya.... Macam mana kengkawan?

3 comments:

wani said...

Is degree a necessity?

Kawan saya Senior Manager kahwinkan anak dia masa budak tu baru berumur 18 tahun. Saya terfikir, kalau ayahnya pandai, takkan anak tak pandai. Kenapa tak sambung belajar? Saya tanya sorang kawan. Kawan tu cakap, "Dia orang tu ada bisnes keluarga, tak yah belajar tinggipun boleh jadi kaya".

Bila adik angkat saya balik Malaysia selepas habis belajar, saya tanya dia kenapa tak wat Master terus (macamla kita ni dah ada master). Dia cakap master is not necessary unless u want to become a lecturer. And yes he is rich, when he was only 30 he had a Merc.

Pernah baca Rich Dad Poor Dad karangan Robert Kiyosaki. Yang Rich Dad tu yg ada degree je, Yang Poor Dad yang ada PhD.

Lim Goh Tong datang Malaya tanpa ada SPM, he became a millionaire.

Tapi nak suruh anak-anak buat bisnes bukan lepas SPM terus ambik kontractor kelas A terus. Dalam family dah ada bisnes barulah jiwa bisnes dan minat bisnes tu melekat kat anak-anak. Kalau dalam family tak pernah buat bisnes dan dia sendiri tak pernah involve dalam bisnes keluarga tu, payah juga dia nak wat bisnes. Kalau bisnes goreng pisang je pun payah juga.

Satu lagi kemahiran. Kena ada satu kemahiran @ pengetahuan yang boleh kita jual. Kemahiran memasak boleh buka restoren, Kemahiran buat program boleh buka software designing company.

To gain education and at the same time mengurangkan kos ialah pembelajaran jarak jauh. Kosnya mungkin tak banyak berbanding dengan belajar secara full time, tapi kalau anak kita tu cukup berdisiplin la.

Apa pandangan yg lain?

LaN KidA said...

Salam,
Setuju Wani, academic qualification tidak menjamin kejayaan seseorang. Memang saya saksikan sendiri beberapa kengkawan jutawan saya yang hanya lulus SPM sahaja dan dulunya kaki lepak kat Pertama Complex masa kita semua teruk2 mengaji kat UitM dulu. Di ukur kekayaan wang ringgit, memang mereka ini lebih berjaya daripada kengkawan saya yang mempunyai Master, PhD, Datuk dan Tan Sri. Kerana apa, kerana mereka ini mempunyai hubungan/ikatan dengan golongan tertentu dan mereka jadi kaya dan lebih dihormati dari mereka yang berpelajaran.

Namun begitu satu kekurangan yang saya dapati dalam diri mereka. Mereka2 yang tiada kelulusan akademik ini hanya pandai mengatur urusan tertentu sahaja. Sampai kepada sesuatu peringkat, mereka tidak berpengetahuan, tidak boleh bercakap dan tidak boleh bercerita dan bersembang dengan level-level knowledge tertentu. Ini kerana mungkin mereka tidak mahu belajar atau terus menuntut ilmu atau mengembangkan pengetahuan mereka.

Pokok pangkalnya saya berpendapat ilmu itu penting. Kalau kita mempunyai kelulusan setakat SPM tetapi kita terus-menerus mahu belajar tentang ilmu pengetahuan, insyaallah kita akan berjaya. Ilmu yang dipelajari di universiti kebanyakannya tidak di praktikkan pun dalam kerjaya dan kehidupan. Namun ilmu tersebut insyaallah sedikit sebanyak dapat membentuk halacara kehidupan.

Cara pemikiran mereka yang berkelayakan SPM tidak sama dengan pemegang Diploma. Cara berfikir pemegang Diploma pula tidak sama dengan cara berfikir pemegang Ijazah dan level of thinking pemegang Master dan PhD adalah berbeza sekali.

Ijazah, Master, PhD itu mungkin hanya segulung kertas, namun kertas segulung itulah kadangkala membezakan cara berfikir dan bertindak seseorang individu.

Apa-apa pun apalah guna itu semua baik mereka yang berkelayakan atau tidak, yang kaya dengan tiada Ijazah atau dengan Ijazah kerana akhirnya keimanan jua yang menjadi pengukur kepada manusia. Tanpa keimanan, segulung kertas dan segunung kekayaan hanya layak di bakul sampahkan sahaja akhirnya.

Anonymous said...

Kida...setuju bebenor dengan pandangan tuu....at the end kite kena balik to the basic....sebab kekadang bile kite fikir secara rasional buat la ape pun tanpa rahmat dan hidayat yg esa tak jadie ape pon...oleh itu lu fikirlaaaa sendiri beb spt kate NABIL..

Bob@MPK.mg