Sunday, May 11, 2008

ibU

Hari ini 11hb Mei 2008 adalah Hari Ibu yang jatuh pada setiap hari Ahad minggu ke 2 bulan Mei pada tiap-tiap tahun. Jadi di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu budiMaN dan ibu-ibu yang mengikuti blog ini. Malam tadi saya sekeluarga bersama keluarga dan adik-adik SK meraikan Hari Ibu dengan makan malam di Restoran Nasi Lemak Jalan Sultan Sulaiman Kg Baru.

Walaupun saya sendiri sudah tiada ibu lagi yang telahpun meninggal dunia kira-kira 6 tahun yang lalu tetapi kasih dan sayang saya pada arwah ibu saya Hajjah Mazni bte Silong tetap tidak akan luput sampai bila-bila. Hampir setiap hari saya sentiasa teringatkan beliau dan biasanya saya akan sedekahkan AlFatihah setiap kali walau dimana jua saya berada ketika itu. Kenangan-kenangan sewaktu bersama beliau terutama 2 tahun terakhir hayat beliau ketika mendapat penyakit jantung dan paru-paru berair sentiasa tidak dapat saya lupakan. Saya berhenti kerja, tinggalkan keluarga, tinggalkan rumah di Kuala Lumpur untuk semata-mata menjaga dan berada di sisi beliau selama 2 tahun di penghujung hayatnya mengingatkan saya setiap detik apabila bersama-samanya. Saya redha dengan pemergiannya dan saya mendoakan agar arwah ibu saya akan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan di ampunkan segala dosa-dosanya. Saya juga amat menghargai SK, isteri dan ibu kepada anak-anak saya yang memahami situasi saya di waktu itu, melebihkan masa, waktu, tumpuan, perhatian dan segala-galanya untuk ibu saya lebih kepada isteri dan anak-anak saya sendiri di waktu penghujung hayat ibu saya selama 2 tahun itu.

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu. Ayah dan Ibu adalah insan keutamaan di atas dunia ini dari segala-gala insan yang kita sayangi. Sayangi, sentiasa berada di sisi mereka ( jangan setakat telefon sahaja ), lebihkan mereka dalam segala-gala hal dari segala insan yang kita sayangi, insyaallah keberkatannya akan dapat kita rasai kerana alhamdulillah saya sendiri sudah merasainya. Cintai mereka selagi mereka bernyawa dan kenang mereka sentiasa apabila mereka sudah tiada.

7 comments:

LaN KidA said...

Salam semua,
Saja saya nak tambah di sini untuk share pengalaman saya menjaga ibu saya yang sakit selama 2 tahun sebelum beliau kembali ke rahmatullah kira-kira 6 tahun yang lalu.

Saya berhenti kerja dari perkhidmatan kerajaan dengan gaji tetap dan berpencen selama 13 tahun dan Allah swt lorongkan saya menjaga ibu saya yang telah mendapat sakit ketika itu. Saya tinggalkan kehidupan mewah saya, tinggalkan isteri dan anak saya semata-mata untuk berada di sisi ibu saya yang seringkali dimasukkan ke Hospital samada di Kuantan, Mentakab dan IJN di KL. Saya bergilir dengan ayah saya berada di sisi beliau sentiasa dan kadang-kadang ditemani oleh adik beradik saya apabila mereka mendapat cuti. Saya temani ibu saya samada di hospital mahupun di rumah di Temerloh.

Saya suapkan ibu saya makanan, saya bersihkan badan beliau, saya basuh berak beliau dan saya temani beliau supaya beliau sentiasa bersama ahli keluarganya sentiasa. Satu ketika selepas membasuh berak ibu saya, saya tersendu sayu apabila ibu saya berkata " Sempat juga Lan, awak jaga emak macam emak jaga awak masa kecil-kecil dulu". Saya ingat perkataan beliau itu hingga ke hari ini. Dalam hati saya masih berasakan pengorbanan saya itu hanya sebesar hama sahaja jika hendak di bandingkan dengan pengorbanan seorang ibu membesarkan anaknya. Tiada tandingannya dan tidak terbalas oleh saya.

Menjaga ibu saya yang sedang sakit menyaksikan bermacam-macam miracle dan keajaiban yang saya tempuhi. Berhenti kerja dengan tiada pendapatan tetap dan baru memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, memang payah kalau difikirkan. Tapi alhamdulillah, keajaiban Allah swt, alhamdulillah saya dan SK tidak pernah kesusahan kewangan ketika itu sedangkan pada masa itu tiap-tiap bulan hampir RM6 ribu kami perlukan untuk menyelesaikan bil-bil bulanan rumah dan keluarga.

Saya saksikan banyak keajaiban Allah swt dengan menjaga ibu dan keajaiban tersebut terus saya saksikan walaupun sudah hampir 6 tahun ibu saya meninggal dunia. Saya bersyukur kepada Allah swt kerana di lorongkan saya menjaga ibu saya dan saya berpeluang berbakti kepada ibu.

Teringat kata-kata Raman Kerbau sewaktu bapanya meninggal mengejut baru-baru ini yang mana katanya beliau redha tetapi beliau terkilan kerana tidak berpeluang menjaga bapanya sebagaimana yang saya lakukan dengan ibu saya.

Kadang-kadang bila ibu kita sakit, itulah sebenarnya Allah swt ingin berikan bahagian kita sebagai anak untuk membalas dan berbakti kepada ibu dengan menjaga dan berada di sisi beliau sentiasa. Pengalaman saya, jangan lah fikirkan pasal isteri, anak atau pekerjaan apabila ibu kita sakit...itu bahagian kita sebagai seorang anak kepada ibu kita dan insyaallah Allah swt akan bersama-sama kita membantu kehidupan kita di masa itu dan di kemudian hari.

Walid said...

salam seme.
Terkesema jugak citer sal ibu dan ayah nie.Walid da jadi anak yatim piatu tapi mmg tul la kata kida, pengorbanan mereka selama menjaga dari segala segi dan aspek hingga kita dewasa tiada pengakhiran atau tiada tanda noktah.Semasa hayat, cintailah sepuas2nya kedua ibubapa kita.Berilah masa kita kpd mereka juga.Selain dari itu, fokuskan juga kasih sayang kpd ibu mertua(jika da takder ibu n ayah) serta yg terpenting ibu yg menjadi istri kita kpd anak2 kita.
Kehilangan kedua2 ayahanda n ibunda tercinta adalah ketentuan dariNYA.Kita hanya redha dgn ketentuan itu dan doakanlah mereka semuga arwah ditempatkan disamping orang2 yg beriman, beramal soleh serta dilapangkan kubur dgn chaya keimanan.
Buat ibu2 BUDIMAN, tak kira dimana jua anda berada, SELAMAT HARI IBU.
Kasih sayang yg telah dicurahkan kpd keluarga tiada tandingan.Hanya keberkatan dan kesejahteraan yg dipohon dari NYA kpd ibu-ibu BUDIMAN agar kekal bahagia disamping keluarga tercinta.

p/s kida..cam NOVEL la puloq.

kudeng said...

Assalamualaikum

Nabi SAW pernah bersabda bila ditanya oleh sahabat tentang siapa yang patut diutamakan. Nabi SAW menjawab (lebih kurang):-

1. Allah SWT
2. Rasulullah SAW
3. Ibu mu
4. Ibu mu
5. Ibu mu
6. Bapa mu

Amat rugilah sesiapa yang semasa hidupnya sempat bersama ibubapa mereka, tapi tidak berbakti kepada mereka.

"Who should I give my love to, my respect and my honor to, who should I give my love to after Allah, & Rasulullah...

Comes your mother, who next, your mother, who next, your mother, and then your father..."

Ana la a'lamu. Wallahu Ta'ala A'lam

Anonymous said...

cam koi payah gak. suami koi tak berapa suka ngan mak koi. kalau nak ikutkan seorang isteri dia kena dengar cakap suami.

koi sayang mak koi. anak mana tak sayang mak. lebih2 lg koi ni pompuan. jiwa koi sentimental. dah 2 tahun koi tak beraya ngan mak. padahal koi dah tak de mak mertua. koi kena raya kat KL sbb suami tak nak balik rumah mak koi.

kalau mak koi datang rumah suami koi bising gak. tapi koi pekakkan telinga. selagi dia tak suh koi halau mak koi, koi buat tak reti je.

mak koi perasan gak, tapi dia rindu ngan anak cucu dia, dia datang gak

Mus_Astley said...

Assalamualaikum,

So touched with everything. Ceritanya, lagu backgroundnya... Saya setuju sangat dengan apa yang kida cakap tu. Sebab, di persekitaran kita hari ini, banyak yang boleh kita lihat anak2 yang sudah 'sedikit' kelapangan diberikan Tuhan, lupa akan asal usulnya. Teringat cerita Sheila Rusly dalam cerekarama tempohari. Ibu mungkin tidak mengungkit, maka kekadang itulah anak rasa ibunya tiada masalah dengan perangai mereka.

Hari ini segalanya dibayar cash, hari ini kita buat kat ibu kita, esok esok, anak kita akan buat kita pulak.. .Biasa kita tengok perkara seperti ini terjadi, bukan?

Anonymous said...

Wow...hebat betul cerita Lan dgn arwah ibu nya...memang boleh buat novel...semoga menjadi contoh dah tauladan untuk kita semua....
Baru2 ni pon mak saya masuk hospital Temerloh akibat sakit jantung. Tapi tak lah terlantar...saya pon memang nak teman kan dia kat hospital, tapi saya baru kerja kat kompeni baru...jadi tak dapat cuti...mujur anak saudara saya ada yg jadi doktor kat hospital Temerloh tu...adik saya pon cuti sehari dua untuk temankan mak saya...Insyallah lepas ni bila saya dah dapat cuti saya akan teman kan mak saya siang dan malam kat hospital...adik beradik lain tak nak buat tak apa...saya tak ada perasaan dengki...mak kita tanggungjawab kita...suami saya pon very supportive dan understanding dalam bab ni...

Fazuna/Joana

dona_itmpahang@yahoo.com said...

Tabik Spring tuk Kida!!!!