Friday, March 30, 2007

uRGeNt! baNtUaN dipeRLukAn

Salam semua. Hampir 3 minggu blog tidak dapat di siarkan kerana kesibukan bermacam-macam urusan dan beberapa software blog yang kurang stabil. Namun begitu pada pagi Jumaat yang mulia ini saya gagahkan jua untuk mengenepikan sebarang urusan sebentar untuk membuka blog ini semula. Tengah malam semalam saya menerima panggilan telefon dari seorang rodong ITM Pahang kita yang satu batch dengan kita (nama beliau biarlah saya rahsiakan disini) memberitahu masalah beliau. Sebelum itu kira-kira seminggu yang lalu beliau telah memberitahu saya bahawa pada hari Sabtu lepas anak beliau telah diberitahu berjaya memasuki ke sebuah sekolah berasrama penuh setelah mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR yang lalu. Anak rodong kita itu perlulah mendaftarkan diri pada hari Isnin ini 2hb April 2007 di sekolah tersebut.

Tengah malam semalam beliau telah menelefon saya untuk memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai kewangan untuk menghantar anaknya ke sekolah itu dan meminta bantuan saya. Beliau memberitahu saya keperluan untuk deposit dan keperluan sekolah yang perlu dijelaskan kepada pihak sekolah dalam sekitar RM1,000. Itu tidak termasuk persediaan barangan keperluan untuk memasuki asrama dan sebagainya lagi. Rodong kita ini berniaga kecil-kecilan dan pendapatan beliau sememangnya tidak menentu dan dengan keadaan ekonomi yang semakin menyempit ketika ini, beliau memberitahu tiada punca kewangan langsung untuk menghantar anak beliau ke asrama penuh pada hari Isnin nanti. Adik-beradik, saudara mara dan ibu bapa tidak berupaya memberi bantuan kepada beliau. Beliau memberitahu saya memang tiada punca lain lagi dan sebab itulah beliau menelefon saya.

Sememangnya kalau diikutkan dari jumlah keperluan diatas tidak perlu rasanya untuk menghebahkan dan meminta bantuan sumbangan kerana mungkin ada individu yang boleh meminjamkan kepada beliau. Tetapi cara itu akan hanya menambahkan lagi masalah kewangan beliau yang sudah sedia dengan pelbagai masalah-masalah kewangan yang lain.

Namun begitu bila saya fikirkan balik selepas Suboh tadi, saya rasa inilah antara peluang kepada kita semua di pagi Jumaat yang mulia ini untuk sama-sama mendapatkan saham akhirat dan ganjaran yang berterusan membantu seorang insan untuk menuntut ilmu yang mana ganjaran tersebut akan berterusan selagi ilmu yang diperolehi itu digunakan sepanjang hayat ke arah kebaikan dan jika ilmu tersebut diajarkan berterusan kepada yang lain, ianya takkan putus-putus sampai bila-bila. Di sinilah peluang kita untuk membuktikan keikhlasan kita untuk bersama-sama membantu kengkawan kita bukan sahaja di masa senang tetapi dimasa-masa kesusahan begini.

Untuk itu saya mohon sumbangan anda semua tidak kira kecil atau besar, tidak kiralah RM10 ke atau RM5 ke..terpulang kepada keikhlasan dan kemampuan masing-masing. Mudahan-mudahan dengan sumbangan itu dapat meringankan beban rodong kita itu dan memberikan cahaya keceriaan dan semangat kepada anak beliau untuk pergi mendaftar diri ke sekolah baru nanti. Sumbangan boleh lah di bank in kedalam akaun Kitang atau Zainordin seperti berikut :

A/C : Maybank Berhad
A/C No : 114254123223
Nama pemegang A/C : Zainordin Awang Samah
Tel : 019-7567799

Sumbangan yang segera amatlah diperlukan memandangkan rodong kita itu perlu mendaftarkan anak beliau pada hari Isnin nanti dan saya bercadang untuk menyerahkan sumbangan ini pada petang Sabtu esok oleh Kitang @ Zainordin sendiri kepada rodong kita itu. (Identiti rodong itu biarlah saya dan Kitang sahaja yang mengetahuinya, harap kawan-kawan semua faham)

4 comments:

Anonymous said...

Salam semua.. seronok dapat bertemu kembali dalam platform ni. Sekadar pendapat.. rasanya elok disclose siapa rodong tu, apa kerjanya agar pelan jangka panjang dapat dilakukan kerana kalau setakat donate One off macam ni ramai boleh bantu tapi bimbang-bimbang akan datang akan mengalami masalah yang sama. Macam kes apamz.. sekurangnya ramai dapat membantu memberi idea mencarikan kerja atau apa sekalipun agar jangka masa panjang rodong kita tak berterusan bermasalah begini.
Kedua nya memang amat kita hormati permintaan rodong kita agar dirahsiakan identiti sebab mungkin malu atau maruah diri Ironinya mgkin pula tercetus buruk sangka atau fitnah benar ke ada kes seumpama ini atau kemana duit sumbangan itu pergi.. maklumlah manusia pelbagai ragam.. kita nak elakkan buruk sangka meskipun nawaitu baik..

Apa pun ayuh kekawan mari kita berganding bahu membantu seperti mana kita lakukan untuk mangsa banjir dan juga rodong-rodong kita yang susah seperti apamz dan mereka yang sewaktu dengannya.

Wassalam, Bilal

Anonymous said...

buat bilal dan kawan2 sume...sk cuma ingin jelaskan sikit di sini agar tidak ada salah faham mau pun salah anggap.

jika individu itu sendiri izinkan, kida tidak keberatan untuk siarkan identitinya tetapi ini adalah amanah dari individu tersebut dan kida harus pegang pada amanah. seandainya ada yang ragu-ragu dan tidak yakin tak payahlah sumbang...

juga dimaklumkan di sini idea untuk disiarkan di blog ini pun tanpa pengetahuan beliau.

sk, kida n kitang berharap sangat agar kawan2 sume memahami dan tidak mempersoalkan siapakah individu tersebut.

pada sesiapa yang telah membuat sumbangan sk n kida ucapkan terima kasih. moga allah swt murahkan rezeki kalian ameeennn....

salam ingatan
SK

shema said...

SK.. salam ingatan tu should come together with "tulus ikhlas" hehehe cam nak raya jer :-)

Anonymous said...

maaf, saya tidak dapat membantu kerana identitinya tidak saya ketahui. Ini adalah prinsip saya.
Wasalam