Lagi 1 hari saja lagi AGGP 2007 dan insyaallah kita semua akan berkumpul di Bukit Beruntong Golf And Country Club. Malam tadi sempat bersama-sama Fadil DBS di driving range Setapak dan akhirnya mengeteh dengan beliau dan beberapa orang rakan lain sampai pukol 2 pagi juga la. Tengok semasa Fadil training di driving range Setapak semalam, boleh tahan juga swing Fadil ni walaupun katanya dah 3 tahun dia tak sentuh kayu golf. (Kat atas tu gambar Fadil tengah swing la semalam)Apa-apa pun kita tunggu event sebenar pada Ahad 11hb Mac nanti.
Kudeng ada memberitahu beliau tak dapat menyertai acara AGGP 2007 kali ini kerana urusan keluar fisabilillah ke Cameron Highlands dan beliau mengirim salam kepada semua kawan-kawan yang hadir di AGGP nanti. Che Dat juga tidak dapat menyertai kita semua kerana isterinya dijangka akan melahirkan anak ke enam pada hari ini 9hb Mac 2007. Maybe Che Dat akan menghantar sedikit berita atau gambar kepada kita tentang kelahiran anak ke 6 beliau nanti.
AGGP 2007 yang akan berlangsung Ahad ini di Bukit Beruntong mungkin akan berkonvoi beramai-ramai ke sana. Kalau yang dari KL saya rasa meeting point konvoi yang sesuai ialah di Stesyen Minyak Caltex Jalan Selayang. Masa meeting point ialah jam 11-30 pagi dan perjalanan tersebut mungkin mengambil masa sejam juga jadi insyaallah kita akan sampai di kelab pada jam 12-30 tengahari dan sedang elok untuk memulakan permainan pada jam 1-00 tengahari. So sesiapa yang nak berkonvoi harap dapat bercalling-calling la sesama kita nanti ye.
Khabarnya Antu @ Amy Jarr akan membuat penyusunan peserta-peserta untuk flight golfing nanti jadi saya pun tak tahu lagi kedudukan flight tersebut. Jadi kita mungkin mengetahuinya pada hari Ahad nanti. So tak tahu lagi la patner kita siapa dalam flight. Tapi semua tu tak kisah la kerana memang yang nak pergi ke AGGP ni dah tak sabar-sabar lagi dah rasanya....
3 comments:
rodong2 yg akan berentap esok..slmt maju jaya.insyallah akan turut serta disesi lain. tahniah che dat. byk minum power root ker...:...:)
sedikit pesanan penaja.main golf tu bagus tapi jgn sampai lupa solat sudahle.
Babe, every nine ada halfway hut untuk solat, makan dan minum..terpulang kat golfer jer samada nak solat ke tidak... anyway thanks for the reminder
Post a Comment